KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 13, 2008

Apakah Ini Hanya PERANG SARAF Anwar? 17 MP Akan KELUAR BN Esok...

Benarkah akan berlaku penghijarahan seramai 17 orang ahli-ahli Parlimen BN di Sabah ke Pakatan Rakyat esok, 14 Mei 2008?

By AGENDADAILY

KETIKA Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya petang Isnin dimana beliau masih lagi mempertahankan dakwaannya sudah mempunyai cukup bilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan bersamanya membentuk kerajaan baru... di Dewan Rakyat lain pula suasananya.

Nama-nama yang disebut akan berhijrah menyertai Anwar, satu persatu membuat penegasan mereka bukan sahaja akan tetap bersama BN tetapi menafikan akan menjadi penumpang kerajaan baru Anwar tersebut.

Malah ada yang memberi penegasan yang dicari ialah keadilan bukan Parti Keadilan dan menyifatkan dakwaan Ahli-Ahli Parlimen BN dari Sabah yang paling ramai akan melompat sebagai satu penghinaan kepada mereka.

Antara mereka yang berada dalam senarai teratas, kumpulan yang didakwa akan melompat parti secara terbuka membuat penafian kepada Agendadaily ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden, Ahli Parlimen Tenom, Raime Unggi, Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr,. Makin Marcus Mojigoh, Ahli Parlimen Arau dan Datuk Ismail Kassim. Manakala Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah mengambil sikap tidak mahu membuat ulasan.

Menurut mereka, walaupun suara mereka di dalam Dewan Rakyat macam pembangkang itu tidak bererti mereka akan menyertai pembangkang tetapi sebaliknya melahirkan suara akar umbi dari Sabah yang mengharapkan kerajaan berlaku adil kepada mereka.

Untuk mengikuti analisa lanjut berkenaan isu ini, sila KLIK DISINI

1 ulasan:

AIDC berkata...

apa kata bakal PM Malaysia...

Video 1

http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 2

http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/