KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 13, 2008

Umno Yang Mula DERHAKA Pada Sultan. Mengapa KARPAL Diratah?

By ALHUSSYEN
KARPAL Singh (DAP-Bukit Gelugor) masih berkeras dengan pendiriannya. Sudah ada 20 laporan polis dibuat terhadapnya dan beliau tidak risau walaupun 2,000 laporan dibuat kerana berpendapat tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Beliau yang kini disiasat polis berikutan kenyataannya terhadap tindakan Sultan Perak berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury, menegaskan beliau tidak mencabar kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama dan Adat Istiadat Melayu.

Menurutnya, apa yang disuarakannya adalah:

A. Sultan Perak tidak ada hak mengarahkan Menteri Besar Perak menarik balik arahan pertukaran terhadap Jamry.

B. Siapa sediakan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.


"Saya tidak menerima apa-apa jawapan, sebaliknya beberapa pertuduhan dilemparkan kepada saya, termasuk mengatakan saya derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semalam.

"Antara yang buat laporan termasuk Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Apa kredibiliti beliau untuk buat laporan polis, namanya sendiri baru-baru ini terbabit dalam skandal klip video V K Lingam.

"Kalau perbuatan saya salah, kenapa tiada tindakan terhadap Datuk Rosol Wahid dan 22 Ahli Dewan Undangan Negeri di Terengganu yang membantah tindakan Sultan Terengganu kerana enggan memberi perkenan melantik Menteri Besar pilihan Barisan Nasional (BN).

"Begitu juga di Perlis. Kenapa ada pilih kasih. Umno yang mulakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agung dan Raja-Raja Melayu," katanya.

Sementara itu Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar apabila ditanya mengenai sikap Karpal berkaitan isu itu, beliau berkata, Yang Berhormat Karpal Singh ada hak, saya hormat pendapat beliau kerana beliau berhak atas kenyataannya dan itu merupakan pandangan peribadi beliau.

2 ulasan:

AIDC berkata...

apa kata bakal PM Malaysia...

Video 1

http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 2

http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

5689 berkata...

zzzzz2018.8.13
nhl jerseys wholesale
coach outlet
nike requin
pandora jewelry outlet
ray ban sunglasses
canada goose outlet
nhl jerseys
uggs outlet
moncler online
クロムハーツ