KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mei 23, 2008

MEMPERSATUKAN Pak Lah, CheDet dan Anwar Dari Persepsi REDHUAN OON


By REDHUAN D OON

SAYA telah memberi komen kepada blog terkemuka dan terpanjang dalam sejarah kita iaitu blog
http://www.chedet.com/ pada topik pengumuman keluar dari umno sebanyak dua kali.Kali yang kedua baru tadi selepas subuh ialah untuk mencadangkan Tun berdebat terbuka dengan Pak Lah dan Anwar Ibrahim supaya rakyat dapat mencari kesefahaman politik dan tidak terumbang-ambing dalam keadaan 'stalemate' yang ke sana pun tidak, ke sini pun tidak.

Tentu sekali ia akan merupakan debat paling agung dalam sejarah tanahair, satu-satunya yang menentukan hidup mati mana-mana pihak maupun hala-tuju yang lebih jelas selepas
ini.

Tetapi bukankah Islam ajak kita bermuafakat? Jadi tidak semestinya satu menang yang lain mati. Harus setuju untuk tidak setuju. Kemudian buatlah penyelesaian di atas pentas bersama.

Barak Obama boleh memuji melangit Hilary Clinton dua hari lepas, kenapa kita tidak boleh? Rakyat akan dapat bermuafakat dengan lebih telus dan jujur.

Telaah selanjutnya KLIK DISINI

4 ulasan:

awang samiun berkata...

Buang masa saja. Mana ada budaya politik kita untuk berdebat. Budaya kita " Kalau awak tak bunuh saya , saya akan bunuh awak".

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Suatu yang mustahil. Bagaikan menjejak uthopia di negara pulau hanyut!

Awanama berkata...

Cadangan katun........bedawi cakap pun gagap macam mana nak masuk debat.

czackPY berkata...

Tak payahlah layan Reduan Ong nie. Dimana beliau bila pejuang reformasi bergasak dengan BN. Bila kemenangan muncul baru nak tonjol diri