KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mei 23, 2008

Apakah EZAM Akan Jadi REGU NAJIB Melanyak Kerajaan 3 Beranak?

Walaupun ada pihak yang khuatir Ezam akan menjadi 'tojan horse' kepada pembangkang apabila menyertai UMNO, beliau tidak yakin perkara itu akan berlaku kerana percaya dengan niat ikhlas untuk kembali semula ke pangkuan UMNO.

By AGENDADAILY

DALAM suasana politik negara diwarnai cerita lompat parti dan perang saraf pembangkang mereka akan menubuhkan kerajaan baru, orang kuat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Noor semakin hampir kembali menyertai UMNO.

Walaupun sebelum ini beberapa media dan laman berita membuat spekulasi kemasukan Ezam ke dalam UMNO, Agendadaily petang Khamis berkesempatan menemui Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bertanyakan mengenai perkara berkenaan.

Menurut Najib, UMNO sedia untuk menerima Ezam menyertai UMNO semula.

“Bagi saya Ezam adalah friendly party dan saya yakin dengan keikhlasannya untuk menyertai semula UMNO,” kata beliau.

Menurut Najib, kesediaan Ezam menyertai semula UMNO membuktikan beliau telah hilang keyakinan sepenuhnya terhadap Anwar, PKR dan pakatan pembangkang.

Najib menjelaskan, walaupun ada pihak yang khuatir Ezam akan menjadi 'tojan horse' kepada pembangkang apabila menyertai UMNO, beliau tidak yakin perkara itu akan berlaku kerana percaya dengan niat ikhlas untuk kembali semula ke pangkuan UMNO.

Ungkapan 'trojen horse' dalam politik sering digunakan bagi menggambarkan seseorang itu akan menjadi musuh dalam selimut kepada sesebuah parti. Ini bermakna jika seseorang itu berasal dari parti lawan dan kemudiannya menyertai parti lain, orang itu dikhuatiri akan menjadi musuh dalam selimut.

Najib menyatakan demikian ketika ditanya desas-desus kemungkinan Ezam menyertai semula UMNO selepas mengambil keputusan meninggalkan PKR dan kini bergerak aktif melalui GERAK, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertujuan banteras rasuah.

Ekoran desas-desus, pelbagai pihak telah memberikan komen termasuk Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang pelik dengan keputusan Ezam untuk sertai semula UMNO kerana berpendapat Ezam adalah orang yang sama-sama bertanggungjawab tubuh PKR serta pernah masuk penjara kerana perjuangannya.

Namun, Ezam sendiri tidak memberikan sebarang kenyataan sebelum ini berhubung cerita beliau akan kembali ke pangkuan UMNO.

Bagaimanapun setelah Agendadaily menghubunginya yang kini berada di luar negara bagi meminta komen kenyataan terbaru Najib itu, Ezam memberikan komen seperti berikut:

“Saya menghargai kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dan mengucapkan terima kasih,” ujarnya ringkas.

Beliau bagaimanapun berkata, akan membuat kenyataan berhubung dengan isu berkenaan sekembalinya dri luar negara.

Tiada ulasan: