KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mei 24, 2008

PAS Batu KECAM Param Mahu ISAkan Tun MAHATHIR!

By NUR HIDAYATUL JANNAH

PAS Kawasan Batu mengecam cadangan Param Cumaraswamy bekas rapporteur Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) yang mnedesak kerajaan menahan mentan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA.

Menurut Ketua Penerangannya, Tarmizi Mohd Jam, cadangan itu bukan sahaja bertentangan dengan hak asasi manusia malah ia amat bercanggah dengan ajaran Islam yang suci.

Katanya, sekalipun Tun Dr. Mahathir boleh didakwa atas apa jua isu yang boleh dibuktikan melalui undang-undang, ISA tidak boleh digunakan kerana akta rimba ini ditentang oleh PAS dan rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat atas nama prinsip keadilan.

Param telah mencadangkan kerajaan menggunakan ISA kepada Dr. Mahathir berdasarkan ucapan bekas Perdana Menteri tersebut di Johor pada 17 Mei yang lalu yang disifatkan sarat dengan api perkauman.

Tarmizi turut meminta Gerakan Mansuh ISA (GMM) mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini sekaligus ia menjadi teks mendidik rakyat yang berterusan agar mereka memahami betapa teruk dan tidak berperikemanusiaannya undang-undang ISA ini.

"Kita kesal. Cadangan itu semacam dendam. Selama ini beliau (Param) antara yang menentang ISA. Kini dia juga yang mahu ISA digunakan untuk Tun (Mahathir)," tegas beliau dalam satu kenyataannya kepada media.

Tarmizi bimbang, ISA hanya ditentang ketika pemimpin tertentu ditahan menggunakan akta itu tetapi dalam masa yang sama, ISA juga boleh digunakan kepada mereka yang tidak sependapat dan menjadi musuh pihak tententu yang lain.