KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 08, 2008

BEBASKAN Raja Petra Tanpa IKAT JAMIN

Blogger Raja Petra memilih penjara dari diikat jamin atas kesalahan menyiarkan artikel tentang Kes Altantuya dalam Blog Malaysia Today miliknya

By HIDAYATUL JANNAH

PAS Kawasan Batu mendesak agar pihak kerajaan bersikap telus dan profesional dalam menangani artikel bertajuk "Let's send the Altantuya murderers to hell" yang disiarkan oleh Blog Malaysia Today milik Raja Petra Kamaruddin.

Pihak kerajaan juga diminta membebaskan segera blogger tersebut tanpa sebarang ikat jamin. Demikian kenyataan Ketua Penerangan PAS Kawasan, Tarmizi Mohd Jam kepada Berita Sanggahtoksago.Com.

Pada 25 April 2008, Raja Petra menyiarkan satu artikel yang mengundang pelbagai kontroversi itu dalam blognya.

Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi - pembunuhan seorang wanita muda Mongolia, Altantuya yang sedang dalam proses perbicaraan "buntu" di mahkamah.

Katanya, rakyat dimungkiri oleh janji-janji lunak Perdana Menteri, Umno dan BN setelah dikejutkan dengan kebangkitan rakyat 8 Mac.

"Bagi saya, Raja Petra diugut kerana mempersoalkan kebuntuan penyiasatan dalam proses keadilan kes pembunuhan kejam Altantuya. Rakyat perlu berani menyuarakan hak. Penjenayah perlu dihukum!" tegas beliau yang juga Timbalan Pengarah JPN PAS Wilayah Persekutuan itu.

PAS Kawasan Batu katanya, menyokong penuh langkah berani Raja Petra untuk memilih penjara dari membayar wang ikat jamin demi membuka lebih besar lagi mata rakyat di negara ini.

"Sikap tegasnya patut dipuji. Beliau tiada kepentingan apa-apa. Siaran artikel itu, jika benar-benar fitnah ia patut dibuktikan. Mungkin Raja Petra ada alasan tersendiri untuk menyiarkannya," tegas beliau.

Ramai yang menjangkakan serbuan polis akan dibuat setelah rencana beliau bersabit kes pembunuhan dan letupan Altantuya tersiar pada Blog Malaysia Today itu.

PAS Kawasan Batu turut menuntut satu penyiasatan dan pendakwaan profesional, dan penghakiman bebas dapat dilangsungkan dalam kes yang dianggap berprofil tinggi ini.

Kepada Raja Petra dan isterinya Marina Lee, Tarmizi berharap mereka terus bersabar dan PAS Kawasan Batu akan mengikuti dari dekat penahanan Raja Petra dengan jaminan bersama-sama menegakkan keadilan sejagat.

Tiada ulasan: