KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, September 07, 2011

Prof Dr Aziz Bari beri amaran kepada ATM tidak jadi macam Polis!


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diseru tidak mengikut jejak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang membelakangkan undang-undang dalam menuruti telunjuk kerajaan Umno-BN yang memerintah. Demikian komen Profesor Dr. Abdul Aziz Bari (foto kiri) ketika diminta mengulas kenyataan akhbar Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain Khamis lalu.

Aziz berkata Panglima ATM itu aneh bila menyebut soal perlunya rakyat setia kepada ATM.  Katanya, ATM - sebagaimana juga polis - adalah sebahagian dari perkhidmatan awam. Mereka tidak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Mereka hanya perlu setia kepada Raja dan negara. Mereka hanya perlu melaksanakan perintah yang sesuai dengan undang-undang.

Beliau menjelaskan ATM dibiayai oleh pembayar cukai, dengan itu mereka adalah milik rakyat.  "ATM perlu berkhidmat untuk rakyat, bukan mengampu kerajaan hingga ke tahap melanggar undang-undang. Memangkah kertas undi orang lain adalah kesalahan jenayah dan kalau ada yang memerintahkan berbuat demikian ia tidak boleh dipatuhi. Perintah ketua ada batasnya, ia boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa", tegas Aziz. 

Aziz menjelaskan, rakyat termasuk parti politik, hanya perlu setia kepada negara. "Panglima ATM mengarut bila menyebut soal kesetiaan dan kepercayaan rakyat kepada mereka. Sebagaimana anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain ATM juga adalah hamba rakyat. Ajaran mana yang menuntut supaya rakyat setia atau percaya dengan tentera?" soalnya.

Beliau memuji keberanian bekas-bekas tentera tampil ke depan dan menyifatkannya tindakan patriotik.  "Keberanian itu baru sejajar dengan kedudukan mereka sebagai pahlawan; yakni berani menyatakan kebenaran", ujar Aziz lagi.

Katanya Panglima ATM tidak boleh meremehkan pengakuan itu dan cuba menuduh PAS mengambil kesempatan, sebaiknya beliau tutup mulut atau berjanji akan melakukan penyiasatan rapi.  "Kenyataan emosional PAT mendedahkan kelemahan intelektualnya; sama seperti KPN dan Timbalan KPN yang mengeluarkan pelbagai kenyataan bodoh semasa Himpunan Aman Bersih 2.0 bulan lalu", tambah pakar Perlembagaan itu lagi.

Aziz berkata Panglima ATM tidak berhak untuk memaksa rakyat percaya dan menerima bulat-bulat apa yang dikatakannya. Sama ada rakyat yakin atau tidak dengan ATM, katanya, adalah beban yang beliau perlu tanggung dan ini bergantung kepada siasatan rapi serta bukti yang jelas. 

"Dari apa yang didedahkan, jelas ATM khususnya dan kerajaan amnya berada di dalam keadaan yang defensif yakni mereka perlu buktikan yang sebaliknya", tambahnya. Kata Aziz, apa yang didedahkan ini bukanlah hanya sekali dan ia menandakan perlunya keperluan serius kepada reformasi pilihan raya, khususnya undi pos.

Kalau Tentera Malaysia juga main politik, setia pada Umno-BN apa akan jadi?


Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  perlu membuktikan bahawa tidak pernah berlaku sebarang penyelewengan mengendalikan undi pos setiap kali pilihan raya, dan bukan hanya membuat penafian kosong semata-mata. 

Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari (foto kanan) menggesa ATM menubuhkan jawatankuasa penyiasat dalaman sekurang-kurangnya, sebagai usaha untuk membuktikan tiada berlaku penyelewengan undi pos selama ini.

Aziz membidas kenyataan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafian agensi kerajaan itu terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos dalam ATM.

Beliau berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga. 

Tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Dewan Pemuda PAS yang mendedahkan isu itu beberapa hari lalu, juga tidak wajar kerana beliau sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu kerana 'membongkar' ketempangan yang berjalan selama ini, mungkin tanpa pengetahuan pihak atasan.

"Pemuda PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM. Ini kerana ATM adalah milik rakyat. Ini yang Panglima ATM kena faham," tegasnya kepada Harakah.

Zulkifeli dalam kenyataan balasnya, menyalahkan Pemuda PAS dan menafikan dakwaan berlakunya manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan Angkatan Tentera Malaysia. Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah Yang di-Pertuan Agong," kata Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik," katanya.

ATM sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan, hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah, ujarnya lagi.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", Aziz berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Aziz menegaskan, ATM hanya perlu menjalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang, tetapi dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos ia adalah satu jenayah.

Dengan sinis, pensyarah undang-undang UIAM itu mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak Ketua Polis Negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari Perlembagaan".

Terdahulu di Bintulu, dalam bengkel yang dianjurkan oleh kumpulan pemikir IDEAS bersama Dewan Pemuda PAS Sarawak, Aziz menyifatkan Perlembagaan Malaysia, meskipun belum sepenuhnya, semakin lumpuh kerana pelaksanaannya terhalang dan dihalang.

Tegasnya, punca fenomena ini kerana keengganan beberapa institusi tertentu yang lebih selesa untuk menari mengikut rentak kerajaan yang memerintah.

Katanya, rakyat tidak dapat merasai nikmat perlindungan yang disediakan oleh Perlembagaan kerana institusi-institusi penting seperti badan kehakiman dan SPR enggan menjalankan peranan mereka sebagaimana yang dihasratkan oleh Perlembagaan. 

Selasa, Ogos 23, 2011

Skrip bersumpah: Mengapa KDN nak seret Ketua Wanita KeADILan?


KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang tindakan yang akan diambil terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (gambar kanan) kerana masih tidak membuat laporan polis bagi mengemukakan bukti berkaitan dakwaannya wujud “skrip bersumpah” yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar dengan Program 6P.

Susulan itu, ketua setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, tiga langkah sedang dalam pertimbangan KDN iaitu sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap Ahli Parlimen Ampang itu.

"KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekaligus, dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut bahawa inisiatif kerajaan menerusi Program 6P ini sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan Negara," katanya dalam satu kenyataan.

Minggu lalu, Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang dipetik berkata bahawa hasil siasatan PKR mendapati Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P mensyaratkan PATI supaya membaca 'skrip bersumpah' menyatakan sokongan kepada Umno dan BN sebagai sebahagian proses pemutihan.

Skrip itu dikatakan tertulis teks “Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO/BN” yang didakwa Zuraida diperolehi daripada ahli PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu. 

Justeru, Zuraida mendakwa bahawa Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi dan melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara. Menurut Mahmood, ia adalah tuduhan berat kepada kepentingan negara, kerana Program 6P adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik. >> READ MORE

Kompas tak tarik balik: Muslihat di sebalik permohonan maaf dengan Najib



AHAD lalu, harian terkenal Indonesia Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun, permohonan maaf itu didapati hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib. Malaysiakini juga difahamkan bahawa ia juga dilakukan pada saat-saat terakhir oleh pengurusan tertinggi Kompas.

Artikel pedas, yang menjadi kontroversi itu bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar'. Ia disiarkan pada isu Kompas 4 Ogos lalu tetapi dengan mudahnya boleh dilayari di versi Internet di Malaysia.

Antara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia".

Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.

Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene. >> READ MORE

Rayuan akhir Ramadan, bantu mereka yang kurang upaya

PARA sahabat dan rakan yang dermawan / hartawan dialu-alukan untuk menyumbang dan menghulurkan sedekah melalui PAS Kawasan Batu bersempena Ramadan penuh berkat ini. Mulai hari ini, Ramadan hanya tinggal tujuh hari sahaja lagi untuk ummat Islam merebut ganjaran hebat yang ditawarkan Allah SWT, kata Bendahari PAS Kawasan Batu, Haji Rosdin Mohd Yassin kepada SanggahTokSago.Com. 

Infak anda akan dimanfaatkan untuk gerak kerja fi sabilillah termasuk membantu mereka kelainan upaya, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim serta yang ditimpa musibah khas menjelang Idul Fitri ini. SMS makluman infak anda ke 019-2310109. Semoga sentiasa dilimpahkan rahmat Allah seisi keluarga. Anda boleh hulurkanlah infak fisabillah anda ke akaun BIMB 12113010000551 atas nama PAS Batu. 

Nak FisabililLah? Rayuan bina asrama Tahfiz Masjid Khosutin, Kemboja RM260 ribu


Kerja-kerja pembinaan tapak asrama tahfiz sedang dilakukan. Ia dibina bersebelah dengan masjid untuk kemudahan jangka panjang masyarakat Islam di daerah ini.

HARAPANNYA begitu tinggi. Untuk menyiapkan bangunan dua tingkat Asrama Tahfiz Masjid Nurul Iman, Kg. Khosutin, Kampong (Negeri) Cham, Kemboja. Di kampung ini tiada ustaz mahupun ustazah yang boleh membimbing masyarakat Islam setempat.

Bagi Timbalan Mufti Kampong Cham, Dato' Musa Ali (gambar kanan), sokongan dan sumbangan umat Islam daripada Malaysia amat diperlukan. Tiada tempat lagi untuk mereka mendapat biaya mendirikan asrama berkenaan. Masjid yang tersergam indah itu pun hasil sedekah umat Islam di Malaysia.

Setelah terbinanya masjid itu, kelas tahfiz dimulakan sejak 2009. Kini pelajarnya sudah mencecah 35 orang. Tetapi mereka tiada asrama sempurna dan tiada kelas untuk belajar. Kelas dan tempat tidur mereka, di dalam masjid itulah.

Kadang-kadang pelajar ini terganggu dengan aktiviti masjid dan kadang-kadang juga jemaah masjid pula 'tak tahan' dengan ragam mereka. Ia dilihat kurang sihat untuk pembelajaran anak-anak tahfiz ini.

Di Kemboja, pihak kerajaan tidak memperuntukkan wang untuk membina masjid, surau mahupun sekolah agama. Rata-rata masyarakat Islam di negara ini hidup dalam keadaan miskin. Pembinaan masjid dan surau, lebih 100 buah yang terbina, adalah sumbangan orang Islam dari luar Kemboja khasnya daripada Malaysia.

Atas kesedaran itulah, maka Ustaz Musa berusaha untuk melahirkan pendakwah daripada anak-anak Kemboja sendiri bagi membimbing genarasi Melayu Kemboja pada masa depan.

Kata, Ustaz Musa, pembelajaran mereka tidak ketahuanhala dalam keadaan yang tidak terurus. Tetapi semangat tinggi mereka untuk belajar dan menebus maruah umat, kelas tahfiz dan ta'alim ini terus bertahan.  

"Di masjid kami tiada ceramah agama. Tiada kuliah agama macam di Malaysia. Tiada sambutan Maulidur Rasul atau Badar Kubra. Yang kami tahu, solat lima waktu dan puasa.

"Ustaz-ustaz tinggal agak jauh. Kami tak boleh bayar mereka kerana kami miskin. Sebab itu tak ada kelas agama atau ceramah agama. Kg. Khosutin adalah sebuah pulau di tengah-tengah Sungai Mekong," ujar beliau.

Ustaz Musa yan kini berada di Kuala Lumpur memberitahu, beliau datang untuk mendapatkan sumbangan bagi membiayai juadah berbuka puasa di Kemboja. (Gambar: Sebahagian pelajar tahfiz yang menginap di Masjid Nurul Ihsan, Kg. Khosutin, Kampong Cham, Kemboja).

"Sedekah umat Islam di sini amat bermakna. Kami di sana hanya makan nasi putih bila berbuka puasa. Susah nak jumpa lauk, ayam atau daging. Kemiskinan menjadikan hidup kami daif dan melarat," katanya kepada Harakah.

Ustaz Musa antara yang cukup dikenali di Malaysia, atas kerja-kerjanya memungut sumbangan umat Islam bagi menjayakan misi dakwah di Kemboja. Di tangan beliau, tidak kurang dari 10 buah masjid berjaya dibina.

Kini beliau mahu, asrama tahfiz dua tingkat ini menjadi kenyataan. Kos pembinaannya dianggarkan RM260 ribu. Kerja-kerja pembinaan tapak sudah dimulakan bulan lalu atas inisiatif badan bukan kerajaan (NGO) Peduli Kasih yang diusahakan oleh PAS Kawasan Batu.

Peduli Kasih telah dilancarkan oleh bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Ustaz Ahmad Awang di Markas Tarbiyah PAS Pusat. Ustaz Musa turut berucap sewaktu pelancaran.

Kira-kira RM10,000 telah disalurkan kepada Ustaz Musa untuk pembinaan tapak. Asrama ini dibina bersebelahan dengan Masjid Nurul Iman. Ia bakal menempatkan pejabat pentadbiran, perpustakaan, kelas dan asrama pelajar serta guru dan bilik tamu.

Bersempena Ramadan yang berkat, Ustaz Musa sangat mengalu-ngalukan sumbangan umat Islam Malaysia bagi menjayakannya. Sesiapa yang berminat boleh hubungi Dato' Suhaimi Abdul Rahman (019-3648805) atau masukkan ke akaun CIMB Islamik 1219-0001028-10-7 atas nama Peduli Kasih. - Oleh DATO' ISMAIL YAHYA

Jumaat, Ogos 05, 2011

Gempaq! Gempaq! PRU-13: Misi Umno-BN pertahan kuasa dengan Kod "71"


Jelas dari sumber maklumat Website Suruhanjaya Pilihanraya sendiri dengan jelas, tiada menyatakan bahawa hanya "Warganegara Malaysia" sahaja yang ditakrifkan sebagai "layak" mendaftar sebagai pengundi dan layak mengundi setelah permohonan diluluskan.

Dalam Laman Rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia juga tiada dinyatakan bahawa "Pemastautin Tetap" juga layak sebagai pengundi. Hanya "Warganegara Malaysia" sahaja layak sebagai pengundi. Dibawah ialah contoh MyPR ataupun Kad Pengenalan Malaysia Pemastautin Tetap (Bukan Warganegara Malaysia).

Kalau Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mengambil tindakan dengan kadar segera, maka bersiap sedialah untuk meninggalkan Bangunan SUK dgn kadar segera. Berhentilah buat kerja syok sendiri dan mula kan kerja2 bersih daftar pemilih. Asyik harap PAS je sampai kiamat tak boleh selesai masaalah ni.

TAWAS ke, Jom Shopping ke, semua program USELESS dan TAK GUNA kalau Kerajaan Pakatan Rakyat tidak dapat halang mamat Indon, Bangla dan Myammar dari mengundi. Terima kasih Tulang Besi atas info yang cukup berguna ini. 

Anda klik DISINI DEDAH LAGI - deretan nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia.

Oktober atau Disember: Beranikah Najib istihar pilihan raya awal?


Najib Tun Razak berada dalam dilemma?

TIADA siapa boleh menolak bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) 13 akan diadakan secara mengejut. Ini terpulang kepada gerak hati Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, jika beliau merasakan sesuai mencadangkan pembubaran Parlimen bagi diadakan pilihan raya.

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin juga sudah acapkali berkata di depan Ahli-ahli Parlimen BN dan ketua-ketua Umno bahagian yang ditemuinya secara berperingkat-peringkat bahawa "anggaplah PRU 13" sudah dekat.

Namun, ramai yang percaya, Najib dan Muhyiddin tahu bahawa PRU 13 tidak mungkin diadakan awal, iaitu secara mengejut kerana Umno-BN sendiri belum cukup bersedia dan belum cukup keyakinan dapat sokongan dari rakyat.

Yang lebih penting, Najib dan Muyiddin sendiri cukup risau dengan prestasi Umno-BN. Jika sekarang mereka mempunyai 137 kerusi Parlimen, Najib dan Muhyiddin tahu kali ini Umno-BN hanya mampu memperolehi 120 kerusi sahaja.

Untuk menubuhkan kerajaan, Umno-BN pelru memenangi 112 dari 222 kerusi dan 120 ini adalah kekuatan sebenar Umno-BN sekarang, jika dikira atas kertas. Inilah yang merisaukan Najib dan Muhyiddin. Dari jumlah itu, macam-macam boleh jadi kerana tidak mustahil Umno-BN akan gagal menubuhkan kerajaan kali ini, jika keputusan PRU 12, Mac 2008 diambil kira.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini belum bersedia atau dengan lain perkataan belum mendapat signal dari kerajaan untuk membuat persiapan pilihan raya mengejut. Jika mereka sudah mendapat signal, mereka tentunya tidak sibuk-sibuk bercakap soal biometrik. Mahu memulakan program biometrik, bukan sesuatu yang mudah.

Lagipun, jika betul-betul SPR mahu menggunakan biometrik, tentulah ia perlu membuat pesanan kepada pembekal dan bolehkah pembekal membekalkan alatan-alatan ini dalam masa terdesak seperti sekarang, untuk persiapan mengadakan pilihan raya mengejut?

Ramai yang merasakan, cerita mahu menggunakan biometrik ini adalah alasan untuk melambatkan pilihan raya. Jika kelulusan menggunakan biometrik sudah diluluskan, bererti SPR perlu membuat persiapan rapi ke arah penggunaannya. Mustahil dalam sebulan dua, ketika Umno sendiri mahu mengadakan perhimpunan agungnya dalam bulan November, PRU 13 mahu diumumkan!

Satu perkara yang perlu diketahui, Najib dan Muhyiddin sebenarnya cukup hampa dengan sokongan kaum Cina terhadap BN. Tiap kali acara turun padang yang mereka anjurkan, tidak mendapat sokongan. Walaupun ada, tetapi tidak mencukupi untuk mereka merasakan pengundi Cina sudah kembali menyokong BN.

Pengumuman perlantikan G. Palanivel, Presiden MIC sebagai menteri penuh di Perhimpunan Agung MIC juga dibuat Najib sebab mahu menarik sokongan kaum India kepada MIC-BN. Hakikatnya, pengundi India bukan tidak menyokong MIC-BN kerana jawatan menteri penuh seorang atau dua orang, tetapi kerana mereka rasakan nasib kaum India lebih terbela di bawah Pakatan Rakyat.

Mustahil Najib tidak tahu bahawa Palanivel tidak menunjukkan sikap yang baik terhadap keputusan pucuk pimpinan BN ketika namanya tidak dicalonkan semula bertanding di Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor tidak lama dahulu.

Di hari pengumuman calon, Palanivel tidak menghadirkan diri kerana membantah BN memilih Kamalanathan. Adakah ini satu tindakan bijak? Tetapi demi mencari sokongan dari kaum India, Najib terpaksa mengorbankan perasaan pimpinan komponen lain dengan melantik Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

MIC kini, mereka mempunyai dua menteri dan dua timbalan menteri. Selain Palanivel, Dr. S. Subramaniam adalah Menteri Sumber Manusia dan dua timbalan menteri itu ialah Saravanan (Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar) dan Devamany (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Kepada pengundi Cina, Najib dan Muhyiddin tahu bahawa MCA dan Gerakan nyata ditolak oleh pegundi Cina. Najib dan Muhyiddin sudah hampir putus asa dengan prestasi MCA dan Gerakan setakat ini tetapi BN tidak mempunyai banyak pilihan, melainkan melaungkan slogan 1Malaysia secara berterusan bagi memberi keyakinan baru kepada orang-orang Cina.

Dari cerita seorang kenalan, orang Cina tidak marah apa-apa kepada BN tetapi mereka merasakan mereka sudah lama menjadi penyokong BN dan kali ini mereka mahu menukar sokongan. Mereka mahu mencuba sesuatu yang baru dan mereka yakin, dengan membuat perubahan, nasib orang-orang Cina akan lebih baik.

Cerita-cerita ini yang menakutkan BN dan menyebabkan Najib belum mempunyai cukup keberanian untuk mencadangkan pembubaran Parlimen. Jika Najib sudah yakin bahawa pengundi Cina sudah kembali menyokong BN, mustahil Najib mahu menangguhkan tarikh pembubaran Parlimen.

Era kepimpinan Najib ini mungkin boleh menyebabkan orang-orang Melayu teruja dengan cerita-cerita kehebatan Allahyarham Tun Razak Hussein tetapi untuk menarik sokongan kaum Cina dan orang-orang muda, Najib seperti buntu dibuatnya.

Program belia dan usaha mendekati orang muda nampaknya masih belum menampakkan hasil tetapi Najib dan Muhyiddin mahu terus dilihat sebagai dua orang pemimpin yang sedia bertemu dengan golongan pengundi muda ini.

Jadi, cerita penggunaan biometrik sebenarnya akan mampu menjadikan PRU 13 lewat dan tidak boleh diadakan segera. Ketika PAS menuntut untuk diadakan dakwat celup, SPR nampaknya beria-ia sangat mahu mencadangkan biometrik.

Padahal, menggunakan dakwat adalah lebih mudah dan murah berbanding dengan penggunaan biometrik yang mahal dan mengambil masa untuk melaksanakan – tetapi jelas SPR mahu bertahan dengan keputusannya itu bagi menyenangi hati Perdana Menteri.

Hari ini, Pengerusi SPR dan timbalannya sibuk dengan macam-macam aktiviti termasuk menghadiri majlis-majlis wacana bagi memberi penerangan dan penjelasan. Kadang-kadang kesibukan mereka berdua ini mengalahkan kesibukan Ketua Penerangan Umno, Dato' Ahmad Mazlan yang dilihat terpaksa memainkan peranan secara lebih serius mempertahankan Felda.

Apa pun, tarikh pilihan raya sebenarnya masih terletak di tangan Najib. Jika beliau yakin BN boleh menang walaupun tidak lebih baik dari keputusan PRU 12 yang lalu, Najib dan Muhyiddin mungkin akan bersetuju supaya pilihan raya umum diadakan segera, hujung tahun ini.

Pakatan Rakyat kena bersedia. Tidak ada yang mustahil dalam istilah politik. Mereka boleh buat ketika mereka merasakan mereka kuat dan mereka boleh menangguhkan ketika mereka merasakan mereka masih lemah. Ia berbeza dengan Indonesia, Pemilu diadakan apabila tempoh penggal pemerintahan tamat dan tarikhnya sedia diketahui umum.

Di Malaysia, ia adalah kepunyaan "mutlak" Perdana Menteri dan Presiden parti pemerintah, yang mungkin tidak diamalkan di negara-negara lain. 

Oleh SAFAR JUMAAT - penulis yang rapat dengan serambi kuasa PWTC.

PAS sokong sebab tuntutan Bersih 2.0 tidak bercanggah dengan Islam - Ustaz Nik Zawawi




HIMPUNAN Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu mengundang kontroversi. Ekoran itu PAS dituduh dan dilebelkan dengan bermacam-macam gelaran. Malah ada yang berani mendakwa, himpunan aman itu haram menurut Islam kerana ia diketuai Dato' S Ambiga, pemimpin bukan Islam. Editor Harakah, DATO' TARMIZI MOHD JAM dan Wartawan, MOHAMAD SHAFRI SHAMSUDIN mendapatkan penjelasan daripada Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi Salleh berhubung perkara ini. Ikuti butirannya.

Berdasarkan Islam, adakah Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu diizinkan? 

USTAZ NIK ZAWAWI SALLEH: Dalam Islam, kita  diajar apabila melihat sesuatu perkara yang tidak betul berlaku maka satu tindakan mesti diambil. Ini seiring sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud "Apabila kamu melihat kemungkaran atau ketidak adilan berlaku, maka kamu dikehendaki ubah dengan tangan atau kamu mengubah dengan mulut atau kamu mengubahnya dengan hati, jika tidak berkuasa. Itu adalah selemah-lemah iman". 
Jadi, hadis ini memberi gambaran bahawa tindakan atau respons daripada melihat penyelewengan ini adalah satu kewajipan. Kewajipan ini bermula daripada cara yang aman dan ia berakhir dengan peperangan. Demonstrasi merupakan jalan tengah dan himpunan yang dibuat adalah aman. Sudah tentu ia tidak bercanggah dengan agama malah ia merupakan satu tuntutan dalam Islam.

Umno-BN cuba mengaitkan PAS tunduk kepada Pengerusi Bersih 2.0, Dato' Ambiga yang bukan Islam dan anti-Islam. Salahkah PAS bergabung dengan Ambiga dalam isu bersama yg dituntut Bersih?

Sebenarnya tidak timbul masalah PAS tunduk kepada Ambiga. Sekarang ini kita mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana dia sedar tentang masalah keadilan. Kesedaran Ambiga itu adalah lebih baik daripada Umno itu sendiri. Umno yang tidak sedar dengan kezaliman yang dilakukan, walaupun dia mengaku beragama Islam.
Sedangkan Ambiga yang beragama Hindu mempunyai kesedaran ini. Kita mahu bersama dengan mana-mana kaum atau agama dalam perkara yang dituntut oleh agama masing-masing, merupakan satu tuntutan juga di dalam Islam. Sebab itu Rasulullah SAW menyebut dalam Al- Fulfudur. Al- Fulfudur adalah peristiwa yang berlaku sebelum Rasulullah menjadi nabi. 
Sabdanya sekiranya Al- Fulfudur berlaku dalam Islam, nescaya aku akan mewajibkan kepada umat Islam untuk bersama-sama. Ini menandakan bahawa Islam adalah agama yang terbuka, sebuah agama yang berinteraksi dengan agama yang lain. Mana-mana perkara yang mempunyai kepentingan bersama, Islam meletakkan kerja sama yang erat. Masalah yang ada bukan kita tunduk kepada Ambiga atau Ambiga tunduk kepada Islam. Tetapi kita mempunyai persamaan disudut perkara yang kita perjuangkan.   

Bukankah ada perbezaan antara menyokong Ambiga dgn menyokong tuntutan Bersih?

Kita bukan masalah Hindu, Kristian atau apa. Jadi, sekarang ini mana-mana orang yang membawa masej tuntutan Bersih 2.0 maka kita boleh bersama.  Jadi, kita dengan Bersih 2.0 berbeza dengan kita dengan agama lain. Kita dengan Bersih 2.0 biasa sahaja dan oleh kerana mesej dalam Bersih 2.0 jelas sesuatu yang baik dilihat oleh Ambiga, agama Kristian, Hindu, Budha dan lain-lain menyebabkan kita boleh bersama. 
Apa yang ada dalam Islam sama sekali tidak bercanggah dengan agama yang ada disudut prinsip keadilan dan sebagainya.  Ia berbeza dari sudut kaedah penyembahan dan konsep ketuhanan. Selain daripada itu tidak ada perbezaan, tetapi kelebihan Islam ia adalah lengkap (syumul).

Ada lapan tuntutan Bersih 2.0. Berdasarkan rekod apakah tuntutan ini selari dgn kehendak Islam?

Tuntutan Bersih 2.0 memang selari dengan Islam. Semua tuntutan yang dibuat adalah untuk memastikan perjalanan sistem pilihan raya berlaku dengan bersih dan adil. Jadi, setiap benda yang bersih dan adil ini merupakan satu juzuk daripada agama. Jadi apa yang dituntut bertepatan dengan agama. (Gambar: Mohamad Sabu bersamalam dengan para penyokong Bersih sebaik beliau dibebaskan dari tahanan polis).
Adalah wajib bagi kerajaan untuk tunduk kepada agama. Masalah ini bukan tunduk kepada Bersih 2.0. Sepatutnya perkara seperti kepincangan pilihanraya ini tidak berlaku. Tuntutan lapan perkara itu juga tidak seharusnya dituntut oleh rakyat. Tuntutan itu sepatutnya telah lama dilaksanakan oleh kerajaan. Ini adalah kerana ia melibatkan keadilan dan kesejahteraan bagi memastikan perjalanan pilihan raya berlaku dengan baik. Ini adalah satu kewajipan dalam agama.

Ada orang persoal, tuntutan ini berkait dengan demokrasi, sedangkan pilihanraya itu tidak Islamik. Bagaimana PAS menyangkal dakwaan ini?

Sebenarnya orang yang menyatakan pilihan raya ini tidak Islamik, orang itu tidak belajar agama dan jika belajar pun sekadar boleh sahaja. Orang ini juga mempunyai pemikiran yang kolot kerana sebagai mana yang saya tegaskan agama kita ini adalah terbuka dan Islam mengajar kita kita mengambil apa sahaja teori di dunia yang tidak bercanggah dengan agama. Kita boleh ambil.
Jadi sistem demokrasi berparlimen, walaupun ia datang daripada negara Barat tetapi ciri-ciri yang ada juga wujud di dalam Islam. Sebab itu pilihan raya itu tidak bercanggah dengan agama dan kita lihat kemenangan di Kelantan berpihak kepada Islam. Semua ini memberi gambaran pilihan raya itu boleh diterima dalam Islam. Bagaimanapun ia bukanlah satu-satunya jalan. Sekiranya pilihan raya ini berlaku dalam keadaan baik maka diwajibkan kepada umat Islam utuk bersama-sama di dalam pilihan raya.
Tetapi, jika pilihan raya ini sudah meyeleweng terlalu jauh maka diwaktu itu umat Islam diharamkan untuk mengikutinya sebagai mana yang berlaku di Palestin sebagai contoh. Sebelum ini mereka tidak masuk pilihan raya tetapi apabila perubahan berlaku maka mereka kembali semula kepada pilihan raya kerana tabiat Isla itu memang begitu. Ini kerana dari sudut fekahnya "hukum itu boleh berubah disebabkan suasana dan masa". Jika suasana itu memberi ruang kepada Islam, ia boleh bersama tetapi jika berlaku sebaliknya maka Islam mengharamkan kaedah tersebut. 
Jadi, tidak timbul sama ada pilihan raya itu Islamik atau tidak. Sebenarnya orang yang bercakap sebegini kita dukacita kerana mereka ini tidak mengkaji sirah secara dalam dan tidak membaca kitab secara bahasa kasarnya. Tidak menghayati kitab-kitab yang dikarang oleh ulama Islam.   

Pada pemerhatian Ustaz, apa impaknya Himpunan Aman Bersih 2.0 baru-baru ini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat?

Kita memperolehi banyak kelebihan terutama kepada PAS. Jadi, tuntutan Bersih 2.0 kita buat secara aman. Bila kerajaan berkeras dan bertindak sehingga ada yang menyebabkan kecederaan dan kematian, kita memperolehi untung politik yang tinggi di mana rakyat mula melihat, Bersih 2.0 mahu kepada kebaikan, keadilan dan kesejahteraan. (Gambar: Pak Jabit atau L Man Kadir Shamsi (kanan) pelakon filem turut memberikan sokongan padu kepada Bersih)
Tetapi, teroris ini daripada kerajaan sendiri. Sebelum ini mereka banyak menuduh terdapat kumpulan teroris, pengganas dan sebagainya. Tetapi, apa yang terjadi dalam Himpunan Aman Bersih 2.0 itu yang mengganasnya adalah kerajaan. Ia juga jelas rakyat yang menyertai himpunan itu mahukan keamanan dan kedamaian. Kita juga berjaya merapatkan hubungan sesama kaum dan agama melalui himpunan ini. Kita juga melantik Ambiga sebagai pengerusi. Ia turut disertai wakil parti dan NGO. 
Malah kita kagum dengan Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said yang menunjukkan kesedaran sebagai warganegara. Walaupun dia seorang yang bebas tetapi sanggup bersama begitu juga dengan masyarakat Cina dan India. Jadi, mereka yang memahami tuntutan Bersih 2.0 ini adalah aman tetapi tiba-tiba mereka mendapat tentangan daripada kerajaan dan polis begitu rupa menyebabkan hubungan silaturahim, persahabatan, persefahaman berlaku dalam PAS. Apa yang disebut sebagai 1Malaysia oleh Umno terbukti gagal. Kita yang meletakkan "Ummatan Wahidah" bermaksud umat yang satu, alhamdulillah berpihak kepada kita.  

Bagaimana kesedaran orang-orang Melayu di luar bandar?

Dalam tinjauan saya, masyarakat Melayu di luar bandar, khususnya generasi anak mereka yang memiliki facebook, twitter, blog dan sebagainya sangat positif dengan tercetusnya Bersih 2.0. Perkembangan menarik dikalangan anak muda. Mereka boleh mempengaruhi generasi yang lebih tua terutama keluarga dan ibu bapa. Bersih 2.0 yang ditonjolkan di dalam tv sebagai perhimpunan haram dan ganas, mula mendapat perhatian masyarakat luar bandar dan mereka tahu tidak sedemikian. 
Yang mengganasnya adalah kerajaan. Rakyat yang menuntut, melakukannya dengan aman. Malah pada hari himpunan itu ada kedai yang dibuka kehabisan tisu dibeli oleh peserta Bersih 2.0. Ada satu restoran pula nasinya masih mentah tetapi habis dijual. Maknanya tidak timbul pekedai perlu tutup kedai. Demonstrasi ini tidak mengganggu soal ekonomi, pekerja atau sebagainya dan mula disedari oleh semua pihak. InsyaAllah ada kebaikannya. 

Macamana Pakatan Rakyat nak bolos di kawasan Melayu yang masih kekal dalam genggaman Umno-BN?

Sekarang ini kita lihat mana-mana tempat bukan sahaja orang Melayu tetapi rakyat yang tidak menerima maklumat termasuk India di estet dan sebagainya telah diperbodohkan media massa yang ada. Kita cuba menembusi benteng ini dengan beberapa strategi dan perancangan. Ini termasuk memperkenalkan rakan facebook dengan masyarakat luar bandar dan kita akan menghidupkan program seperti Anak. 
Maknanya Anak ini selain dari memberi penjelasan isu berhubung dengan Felda, tetapi dia juga mengorak langkah memberi kesedaran lain termasuk agama dan sebagainya. Dewan Ulama juga menyusun progran dengan turun ke peringkat akar umbi dan alhamdulillah kita mendapat sambutan yang cukup baik. Bila kita turun dengan membawa hidangan ilmu kita dapati masyarakat luar bandar ini semacam tidak pernak mendengar ilmu yang menyentuh politik, pentadbiran, isu pendidikan, ekonomi, kesejahteraan. 
Apa yang biasa mereka dengar tentang Islam hanya menyentuh soal ibadat sembahyang dan zakat sahaja. Seolah-olah semacam Islam itu agama yang tidak lengkap. Bila kita sebut Islam itu agama yang syumul kepada mereka, alhamdulillah cukup menarik dan mereka mula sedar dan insyaAllah perubahan boleh berlaku.

Mana mau lari hah: Najib, Rosmah takut konspirasi terbongkar



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor enggan ke mahkamah sebagai saksi dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang konspirasi  mereka terbongkar. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Najib dan Rosmah tidak mungkin dapat menyembunyikan penglibatan mereka dalam kes itu, sekiranya dipanggil ke mahkamah.

Ini kerana bukti menunjukkan Najib berjumpa dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, dua hari sebelum pengadu itu membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, mendakwa diliwat Anwar. Selain itu Saiful juga bertemu Datuk Mumtaz Jaafar iaitu pembantu khas kepada Rosmah. Kenyataan Najib dan isterinya turut direkodkan oleh Pegawai penyiasat DSP Jude Pereira sepertimana yang diberitahu pegawai polis itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mac lalu.

“Dalam dua-dua latar belakang ini, Najib dan Rosmah ada peranan penting dalam keseluruhan kes fitnah ini. Kalau mereka disoal siasat, saya tidak yakin mereka boleh sembunyikan konspirasi ini. Ia akan mengesahkan pendapat rakyat bahawa mereka terlibat dalam keseluruhan konspirasi fitnah ini. Kita tahu di mahkamah, soalan akan ditanyakan secara khusus, sebab itu mereka tidak berani tampil sebagai saksi,” kata Rafizi kepada Keadilandaily.

Tambahnya lagi, Najib sepatutnya menggunakan peluang yang ada untuk membersihkan imejnya dengan hadir ke mahkamah, namun ternyata mengelak berbuat demikian. “Kalau betul Najib tak terlibat dia boleh hadir sebagai saksi kerana ia baik untuk imejnya dan Rosmah. Lebih baik tampil di mahkamah berikan keterangan yang betul,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan kes itu hanya mengulangi semula skrip pada 1998 dengan beberapa watak masih dikekalkan. “Kaedahnya sama dari segi cara , malah watak-watak dari 1998 juga adalah orang yang sama seperti Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Rodwan Yusof (bekas Ketua Polis Melaka).

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden bahawa Najib dan Rosmah,akan hanya ditemubual jika mereka disepina dengan alasan mereka bukan saksi utama. Ia termasuk juga bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof.

Justeru mahkamah akan memutuskan Isnin ini sama ada permohonan Anwar memanggil 15 orang saksi termasuk Najib dan Rosmah untuk dibawa ke mahkamah dibenarkan atau sebaliknya.

Kongkalikong BN: Sepuluh majalah gagal diterbit, 400 kakitangan 'dipaksa' cuti


Antara kakitangan Dawama Sdn. Bhd. yang dipaksa menerima notis 'cuti' tanpa gaji bermula 1 Ogos lalu membantah tindakan syarikat itu dan menyifatkannya suatu penganiayaan.


HAMPIR 400 kakitangan Dawama Sdn. Bhd. dipaksa menerima notis 'cuti' tanpa gaji bermula 1 Ogos lalu sehingga satu waktu yang tidak dimaklumkan, termasuk Sabah dan Sarawak. PAS mahu satu penyiasatan menyeluruh dijalankan, kenapa tragedi ini boleh terjadi kepada sebuah syarikat yang mendapat kontrak tetap daripada Dewan Bahasa Pustaka (DBP) mencetak dan memasarkan buku Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, menyifatkan isu Dawama ini menjadi satu lagi bukti bahawa kerajaan Umno-BN tiada wibawa mentadbir dan menyelamatkan institusi bangsa. 

''Ini akibat dasar pengswastaan ala BN yang membebankan rakyat dan mengkayakan kroni. Akhirnya segala kerugian, rakyat akan terbeban, kerana kerajaan terpaksa mengambil alih syarikat yang menghadapi masalah," tegas beliau. Model pengswastaan BN mudah sahaja hendak fahami, untung kroni sapu, apabila rugi rakyat tanggung, ujar Ustaz Idris. 

Sementara itu, Gerakan Darurat Bahasa (GDB) menggesa kerajaan membatalkan penswastaan kerja-kerja mencetak dan memasarkan bahan terbitan DBP dan mengembalikan fungsi asal agensi Kementerian Pelajaran itu. Tegas Setiausaha Penyelaras GDB, Hasni Abas, langkah kerajaan menswastakan urusan mencetak, mengedar dan memasarkan terbukti gagal, dan sudah tiba masanya aktiviti itu diselenggarakan sendiri oleh DBP selaku sebuah badan berkanun kerajaan. 

"Sebagaimana menjadi kebimbangan kami selama ini, dasar menswastakan tiga fungsi ini (mencetak, mengedar dan memasarkan buku) terbukti gagal. Dan, sebagaimana kami telah minta sebelum ini, GDB berharap kerajaan akan kembali menyerahkan kerja-kerja mencetak dan memasarkan buku dan majalah kepada DBP sendiri. Sebagai sebuah badan berkanun, DBP patut diberikan peranan itu... sebagaimana kita dapat lihat dalam badan-badan berkanun yang lain seperti Felda," kata Hasni. 

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Sdn Bhd Zainal Awit berkata, tindakan pengurusan syarikat itu amat keterlaluan kerana menyebabkan kesemua kakitangan kehilangan mata pencarian. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pula menyifatkan tndakan Dawama memberi cuti suatu keputusan yang salah.

Sehubungan itu Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor berkata, majikan perlu menyediakan hari kerja bergaji selama 12 hari setiap bulan sebelum meminta seseorang bercuti dan kaedah itu boleh diteruskan pada bulan-bulan berikutnya. Peruntukan berkaitan ditentukan oleh Akta Kerja dan Akta Perhubungan Perusahaan.

Akibat krisis ini, DBP tidak dapat mengeluarkan 10 majalah bulanan, edisi Julai seperti biasa bulan lalu kerana syarikat Dawama Sdn Bhd sedang menghadapi masalah kewangan. DBP mengeluarkan majalah bulanan Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, Dewan Siswa, Dewan Budaya, Dewan Pelajar, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Dewan Kosmik, Dewan Sastera dan Pelita Bahasa.

Tiada maklumat rasmi terbaru tentang kadar edaran majalah-majalah keluaran DBP, tetapi butiran Media Planning Guide menunjukkan pasarannya adalah antara 30,000 hingga 100,000 naskhah sebulan. Dawama ialah syarikat yang bertanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan DBP menerusi kontrak yang ditandatangani pada 1 September 2002.

Tempoh kontrak dengan syarikat konsesi itu adalah selama 12 tahun dan akan tamat pada 2014. Sejak tahun 2002, DBP telah mengalami kerugian RM20 juta hingga RM40 juta setiap tahun. Sebelum diswasta DBP mencatat keuntungan setiap tahun RM20 juta. DBP yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 dengan nama asalnya Balai Berita. 

Loceng amaran sudah 'berbunyi': 7,260 pengundi baru masuk Kota Raja


Dr Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, Selangor

AHLI Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mendakwa, loceng amaran sudah 'berbunyi' apabila kemaskini terakhir daftar pemilih menyaksikan 7,260 nama akhirnya ditambah ke kawasan itu. "Ini merupakan peningkatan tertinggi pemilih antara semua kawasan pilihan raya di Selangor," katanya yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS.

Sehingga kini, PAS sudah mengenalpasti lebih 100 lagi nama didaftarkan sebagai pengundi di kawasan parlimen walaupun tidak menetap di situ, kata beliau. "Kami akan pergi ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membantah lebih kurang 100 nama hari ini atau esok, kerana kami memerlukan masa untuk memanggil semua membantah bersama-sama," katanya.

Mereka pada awalnya menemui 1,000 nama, kebanyakannya orang Sabah, yang berdaftar sebagai pengundi baru di Kota Raja, lapor Malaysiakini. Bagaimanapun, selepas semakan oleh kakitangan Pakatan Rakyat di sekitar kawasan tersebut, mereka menemui sebahagian daripada mereka benar-benar penduduk setempat.

PAS bagaimanapun terus mempersoalkan penempatan semula melibatkan jumlah yang ramai dari kawasan lain dan kenapa mereka mahu menukar kawasan mengundi ke Kota Raja. Pembangkang sebelum ini mendakwa Umno-BN menjalankan tindakan itu untuk memecahkan majoriti yang dimenangi wakil rakyat Pakatan dalam pilihan raya umum lalu.

Mengapa tak beri laporan post-mortem? Syak Polis sorokkan sesuatu kes Baharuddin Ahmad


Punca kematian Baharuddin terus jadi misteri...

KEENGGANAN pihak berkuasa mendedahkan laporan bedah siasat kematian Baharuddin Ahmad yang dikatakan akibat sakit jantung telah mengundang persoalan sama ada laporan daripada polis itu palsu atau sebaliknya.

Menurut Ketua Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin, beliau percaya ada perkara yang tidak kena dan menimbulkan keraguan berhubung laporan bedah siasat Baharuddin yang tidak didedahkan dan tidak diserahkan kepada keluarga. Ini kerana katanya, polis tetap konsistan dengan kenyataannya bahawa Baharuddin meninggal dunai bukan kerana keganasan polis sebaliknya akibat komplikasi jantung.

"Justeru laporan bedah siasat mendedahkan sebaliknya telah menimbulkan persoalan apakah laporan bedah siasat daripada polis palsu dan tidak berasaskan fakta yang sebenar," soalnya. Beliau mendesak kerajaan jangan berselindung dalam perkara ini dan keluarga mangsa perlukan inkues kerana jelas ia membabitkan kematian.

Jelas Shamsul, sepatutnya dalam kes yang kononnya dipertahankan polis mangsa meninggal dunia kerana jantung seharusnya laporan itu dedahkan kepada keluarga bukannya menggunakan mahkamah untuk mengetahui laporan itu.

"Jika benar ada masalah jantung, sudah tentu tercatat dalam laporan bedah sisasat. Ini tidak, keluarga pula terpaksa membuat tindakan menggunakan mahkamah untuk dapatkan laporan itu, sekali gus menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat dan apatah lagi keluarganya," katanya. Tambahan pula katanya, pihak polis beriya-iya mempertahankan tindakan yang terlalu minima digunakan terhadap peserta Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

"Saya nak tanya, apa yang polis nak sorokkan? Seba telah jelas dalam laporan-laporan media, isteri kepada allahyarham menegaskan suaminya tidak sakit dan tidak pernah ada masalah jantung," tegas beliau.

Sementara itu, Peguam yang mewakili keluarga Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu, berkata banyak perkara yang diragui tentang kematiannya, termasuk punca kematian yang ditulis pada sijil kematian. Menurut Ahmad Jufliz, sijil kematian yang dikeluarkan pada 11 Julai itu hanya ditulis 'pending laboratory analysis' di butiran punca kematian.

"Laporan bedah siasat hanya mengambil masa sekitar dua minggu untuk siap, namun keluarga mangsa masih lagi tidak diperolehi sebarang dokumen bedah siasat," ujarnya. Allahyarham sebelum ini turut dikesan mengalami patah tulang rusuk, patah gigi dan luka pada bibir.

Pada 1 Ogos lalu balu allahyarham, Rosni Malan memfailkan notis di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya laporan bedah siasat suaminya didedahkan kepada umum. Rosni, 55  turut merayu orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantunya mencari kebenaran dan keadilan terhadap arwah suaminya.

Melayu dulu atau 1Malaysia dulu: Najib cukup gentar kepada Muhyiddin!


Dato Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS

PERDANA Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak secara terbuka mengakui bahawa beliau begitu takut kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

"Secara terbuka Najib membuktikan kepada seluruh dunia beliau begitu takut kepada Muhyiddin apabila beliau enggan mengulas kenyataan timbalannya itu bahawa 'beliau orang Melayu dahulu, kemudian barulah orang Malaysia'.

"Kenyataan Muhyiddin itu dilihat umum sebagai penentangan kepada konsep 1Malaysia yang dikatakan diajar kepada Najib oleh firma Yahudi Zionis, Apco Worldwide yang kemudiannya dijerit-jeritkan olah beliau di sana sini setiap hari seolah-olah ia adalah ideanya sendiri," katanya.

Bagi Mahfuz, keengganan Najib menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu juga membuktikan Najib sanggup mengetepikan hampir apa sahaja termasuk konsep 1Malaysia yang dijajanya kerana ketakutannya yang amat sangat kepada Muhyiddin.

"Bagi Najib, tidak mengapa beliau ketepikan propaganda yang dijerit-jeritkannya setiap hari itu asalkan beliau tidak dilihat cuba menentang atau mencabar ketegasan timbalannya yang menekankan bahawa beliau orang Melayu dahulu kemudian barulah orang Malaysia," katanya.

Beliau menyifatkan Najib begitu bermasalah kerana selepas setiap hari diejek dengan tuduhan "takut bini", kini beliau sendiri yang membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau begitu takutkan timbalannya. Mahfuz juga melihat rasa takut kepada Muhyiddin yang dizahirkan secara terbuka oleh Najib kepada seluruh dunia itu juga menjadikan perpecahan antara mereka sebagai perpecahan terbuka.

"Ia bukan rahsia lagi kerana secara terbuka Najib memperlihatkan ada perpecahan antara beliau dan timbalannya. Ia menunjukkan kepada umum tentang krisis dalaman yang dilihat semakin parah di dalam Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Najib yang tergesa-gesa membatalkan cutinya dan segera pulang ke Malaysia baru-baru ini mempunyai kaitan dengan krisis dalaman tersebut.

"Semua orang tahu kemampuan Muhyiddin dalam soal seperti itu. Kejatuhan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) dahulu dilihat hasil dari usaha yang diterajui oleh beliau," katanya. Ketika menjawab soalan para peserta Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di ibu negara baru-baru ini, Najib enggan menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu.

"Saya tidak akan jawab soalan yang akan menyebabkan perpecahan di antara saya dan timbalan saya. Di Malaysia, ini amat bahaya. Orang akan dakwa, Perdana Menteri dan timbalannya tidak lagi sehaluan," kata Najib.

Muhyiddin bukan sahaja menegaskan 'beliau Melayu dahulu' di dalam Dewan Rakyat pada 31 Mac tahun lalu, malah mengulanginya beberapa kali selepas itu termasuk dalam persidangan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Kenyataan beliau dikecam pelbagai pihak termasuk komponen BN seperti Gerakan.

Kenyataan itu juga disindir oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz apabila beliau berkata: "Saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?"

Malah, Presiden Perkasa Dato' Ibrahim Ali menyifatkan Muhyiddin tidak faham 1Malaysia berikutan kenyataannya itu. "Bukan seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kata beliau Melayu dulu baru warga Malaysia dan bukan juga seperti Dato' Seri Nazri Aziz yang kata beliau warga Malaysia dulu baru Melayu. Saya faham 1Malaysia tapi mereka tidak," kata Ibrahim.

Bersih 3.0 jika tempoh 3 bulan kepada SPR penuhi tuntutan tak tercapai?


Maria Chin Abdullah, AJK Pemandu Bersih 2.0

BERSIH 2.0 akan meneruskan agenda mereka menuntut pilihan raya yang adil, dan mereka juga memberikan tempoh selama tiga bulan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan lapan tuntutan itu. Rakyat tahu SPR mempunyai kuasa untuk melaksanakan tuntutan Bersih. Ikuti wawancara Editor Harakah, DATO' TARMIZI MOHD JAM dan Wartawan, SALMIYAH HARUN bersama Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah baru-baru ini berhubung tindakan lanjut Bersih 2.0 bagi menghadapi PRU-13 nanti. 

Apakah memorandum Bersih 2.0 sudah diserahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong?

Ya, sudah diserahkan pada Khamis 21 Julai yang lepas. Sehingga kini masih belum ada respons daripada Yang DiPertuan Agong.

Selepas 9 Julai, apa tindakan susulan Bersih dalam memberikan tekanan kepada pihak kerajaan agar memenuhi lapan tuntutan Bersih?

Dalam Debat "Apa Selepas 9 Julai?" di Shah Alam baru-baru ini, kita bagi tempoh tiga bulan kepada SPR untuk memenuhi tuntutan rakyat  kerana suruhanjaya itu ada kuasa untuk melaksanakan tuntutan Bersih sebagaimana dijelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi Bersih, SPR sepatutnya menerima semua laporan yang dituntut oleh Bersih termasuklah undi pos atau pengundi hantu dan sebagainya, dalam masa yang sama laporan itu perlu diambil berat oleh SPR. 
Namun, sekarang ini SPR menegaskan mereka tidak ada kuasa untuk menggubal undang-undang. Tetapi kita tegaskan SPR tidak perlu menggubal undang-undang tetapi membina tuntutan rakyat dan masyarakat. Buat satu penyiasatan bahawa parti politik dan masyarakat sivil boleh hantar pemerhati dan pemantauan kepada mereka. Bersih akan meneruskan perjuangannya, dengan lapan tuntutan segera itu walaupun pada awalnya kita ada 15 tuntutan dan yang selebihnya mungkin mengambil masa yang panjang. 

Apakah tempoh tiga bulan itu mencukupi?

Kita akui kita bagi tempoh yang agak panjang kepada SPR untuk meneliti tuntutan Bersih walaupun PRU-13 dijangka akan berlaku bulan November ini. Kita tahu, mereka adalah sebuah institusi yang mungkin mengambil masa yang lama untuk meneliti tuntutan kita. Walaupun, kita sudah bincang dengan mereka sudah lama sejak tahun 2005 sehinggalah kita bina Bersih 2.0 dan terus mendesak tuntutan yang sama bagaimanapun, SPR masih tidak mampu melaksanakan tuntutan Bersih sebelum ini. Kita bagi tiga bulan. Kita lihatlah macam mana reaksi SPR nanti. Dalam pertemuan di wacana baru-baru ini SPR ada berjanji akan kaji semula tetapi tidak ada perjanjian bila masanya. 

Debat antara Pengerusi Bersih 2.0 Dato' Ambiga dengan Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar di Shah Alam 26 Julai menjelaskan kepada rakyat tentang tidak seriusnya SPR untuk melakukan reformasi. Apa komen Puan? 

Saya rasa, dia (Wan Ahmad) tidak ada jawapan untuk soalan yang dikemukakan pada hari itu berkenaan tuntutan-tuntutan Bersih 2.0. Dia tidak ada penjelasan apa respons SPR terutama membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, memanjangkan tempoh berkempen. Saya harap selepas wacana itu SPR ambil perhatian. Kalau tidak, kita masih ada tiga bulan bagi SPR buat reformasi apa yang kita tuntut.

Wan Ahmad cuba menyalahkan BN kerana enggan memberi kerjasama untuk reformasi dalam sistem pilihan raya. Apa patut SPR lakukan?

Isu ini bukan timbul pada hari ini sahaja, tetapi sudah lama 50 tahun. Tetapi SPR pula menyalahkan kerajaan kerana enggan memberi kerjasama, sedangkan dalam Perlembagaan SPR ada kuasa untuk mengumpulkan semua institusi yang terlibat dalam pilihan raya. SPR mempunyai kuasa dan boleh membuat arahan misalnya, akses kepada media yang adil untuk semua parti. SPR boleh buat! 
SPR boleh kata dalam masa tiga bulan kami boleh bersihkan senarai pemilih. Dia ada kuasa tidak perlu tangguh-tangguh. Bagi saya SPR sengaja bagi alasan untuk tidak mahu bertindak. Kuasa yang ada pada dia, malangnya dia tidak guna. Akhirnya memberi alasan tidak ada kerjasama dengan BN. 

Baik contoh kuasa yang SPR ada?

SPR ada kuasa untuk berbincang dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, dan menegaskan semua parti politik mesti ada akses dengan media. Dan bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah ini. Bila ada masalah SPR mesti fikir bagaimana hendak mengatasi masalah itu.

Apakah Puan berpuashati dengan sokongan rakyat terhadap Himpunan Aman Bersih 9 Julai lalu? Kenapa?

Lebih daripada puas hati. Pada 9 Julai sebenarnya menunjukkan himpunan rakyat Malaysia dan ia tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi di luar negara. Ini menunjukkan rakyat mempunyai kesedaran politik yang baru, sebagaimana mereka mahu melibatkan diri dalam proses-proses membuat keputusan. Mereka tidak mahu politik perkauman dan tidak mahu keganasan sebagaimana dalam himpunan itu. Politik perkauman sudah tidak diperlukan. Kerajaan harus sedar rakyat hari ini mahukan politik baru  

Himpunan Bersih 3 ada ditanya dalam debat di Shah Alam. Apa cadangan Bersih jika lapan tuntutan ini tidak diberi perhatian langsung oleh SPR?

Kalau tidak ada 'advance' dalam tuntutan Bersih itu. Kita kembali kepada rakyat untuk mempersoalkan mereka (SPR). Saya tidak kata 'ya' atau 'tidak' untuk Bersih 3, kerana bila kita menggerakkan himpunan seperti itu kita mestilah betul-betul bersedia dan perlu ada kekuatan. Tarikh 9 Julai mempunyai kekuatan tersendiri. Jadi apa yang berlaku pada 9 Julai adalah kekuatan daripada rakyat bukan daripada kami. Jadi, rakyat telah membuat keputusan dan mempunyai kesedaran diri sendiri. 

Masyarakat di bandar sangat celik dengan Bersih. Isunya sekarang, apa tindakan Bersih bagi memahamkan masyarakat di kampung dan pendalaman?

Kita ada rancangan untuk mengadakan sesi perbincangan dengan NGO di setiap negeri. Kita mulakan di sini. 
Dan kita adakan pertemuan dengan masyarakat di pendalaman di seluruh negara. Supaya mereka juga faham dengan tuntutan dan hak mereka untuk pilihan raya bersih dan adil. 

Ulama Umno jadi 'terompak kayu, selipar jepun' - Tuan Guru Abdul Hadi Awang


Wakil Hamas, Dr Yusuf Al-Shurafi yang juga Ahli Parlimen, Gaza, Palestin ditunukkan pelan pembangunan dewan besar Masjid Rusila

PAS menyifatkan golongan ulama yang berada dalam Umno sebagai 'terompah kayu' atau 'selipar jepun' sahaja. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS bersama menyokong perjuangan Gabungan Pilihan Raya Telus dan Bersih (Bersih 2.0) mendapat persetujuan Majlis Syura Ulama PAS.

Katanya, tidak menjadi suatu kesalahan Islam menyokong sesuatu tindakan yang baik meski pun dikendalikan oleh orang bukan Islam selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan Hadis. Berbeza, katanya dengan golongan ulama dalam Umno yang sekadar dijadikan 'terompah kayu' atau 'selipar jepun' oleh pemimpin-pemimpin Umno dan BN.

"Kita (PAS) sokong dan setuju. Hasrat Bersih 2.0 suatu cadangan yang baik dan kita sokong. Dalam PAS ini ada Majlis Syura Ulama. PAS tidak boleh membuat keputusan melainkan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama agar tidak bercanggah dengan al-Quran dan Hadis. Ulama-ulama dalam PAS bukan ulama 'terompah kayu' atau 'selipar jepun' yang digunakan untuk tujuan mengambil air sembahyang dan selepas itu ditinggalkan di luar masjid sahaja. 

"Serupa dengan ulama-ulama dalam Umno jadi 'selipar jepun' atau 'terompah kayu' digunakan oleh pemimpin-pemimpin mereka (Umno-BN),” jelasnya pada majlis Ceramah Perdana Pasca Bersih 2.0 dan Pelancaran Dana Pembangunan Dewan Besar di Dataran Rusila, Marang, baru-baru ini. 

Sebaliknya, menurut beliau golongan ulama dalam PAS berani menyatakan kebenaran hukum. Kata Ustaz Abdul Hadi, Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah membuat kenyataan menyokong agenda perjuangan Bersih 2.0 yang lalu. 

"Ulama dalam PAS berani menyatakan hukum benar adalah benar dan salah adalah salah. Tuan Guru Nik Aziz buat kenyataan PAS bersama dengan Bersih 2.0 dan saya juga buat kenyataan kita setuju ikut pada 9 Julai lalu. Maka, rakyat pun keluar berarak setelah beberapa langkah tiba-tiba kita ditembak dengan gas pemedih mata. Bukan sahaja pedih mata, sesak nafas. Jika orang uzur boleh mati dan dimaklumkan ada orang yang mati. Saya tengok ramai anak-anak muda yang ditahan," ujarnya.

Namun begitu, kata Ustaz Abdul Hadi cabaran yang dihadapi oleh rakyat dalam perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu tidak sehebat yang dilalui oleh umat Islam di Palestin. Sebelum itu, Ustaz Abdul Hadi melancarkan Dana Pembangunan Dewan Besar di Dataran Rusila, Marang di hadapan lebih 20,000 hadirin.

Hadir sama pada majlis tersebut tiga Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Dato’ Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob serta beberapa orang tetamu dari kepimpinan Hamas yang juga Ahli Parlimen Gaza, Palestin.