KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Julai 20, 2010

Dasar Umno jadi penghalang: PAS sedia bersatu jika Umno kembali kepada Islam

Selagi Umno BN belum mengubah dasar perjuangan parti mereka kepada Islam sebenar mereka diharap tidak bermimpi untuk bekerjasama dengan PAS, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Taib Azamudden Md Taib. Katanya, jika Umno mahu mengadakan kerjasama mereka harus mengikut dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

"Kalau atas dasar Islam Umno hendak bersama, bila-bila pun kita akan terima. Malangnya sampai sekarang, pentadbiran Islam di negara ini tidak dimerdekakan oleh Umno," tegsanya ketika ditemui.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, PAS mempunyai pengalaman tahun 1974 bergabung dengan Umno-BN tetapi ditendang kerana bimbang dasar Islam yang dibawa PAS. Jelasnya, kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat bersama KeADILan dan DAP menunjukkan penerimaan mereka terhadap Islam lebih baik daripada Umno-BN. 

"Contohnya, mereka DAP sanggup berjuang bersama KeADILan menentang kezaliman dan rasuah sebaliknya Umno bersikap bodoh sombong apabila kita buat teguran," jelasnya. Walaupun ada segelintir yang bercanggah pendapat dengan PAS tetapi ia bersifat individu bukannya pandangan organisasi, katanya lagi.

Berhubung konsep negara Islam, Ustaz Taib Azamudden menegaskan, DAP lebih memahami konsep itu apabila dijelaskan kepada mereka berbanding Umno. "Ini terbukti bahawa apa yang kita lihat selama ini yang menentang PAS dalam menuntut Islam adalah Umno-BN yang lebih hebat berbanding DAP. DAP dah faham apa itu negara Islam daripada Umno faham," katanya.

Ustaz Taib Azamudden berkata demikian mengulas kenyataan Pemikir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JASA) Lokman Nor Adam, yang menegaskan Malaysia boleh mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan jika PAS dan Umno bersatu dan kerjasama.

Beliau berkata, Lokman seolah-olah tidak faham perjuangan kebangsaan oleh Umno dan perjuangan Islam oleh PAS jauh bezanya. Pada wacana tersebut, Lokman berkata cita-cita PAS merealisasikan hasrat itu akan menjadi lebih mudah jika mereka berbaik-baik dan bekerjasama dengan Umno berbanding dengan DAP dan KeADILan.

Tiada ulasan: