KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Julai 20, 2010

Umno kian terdesak, terpaksa menakut-nakutkan orang Melayu untuk kekal kuasa!


Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan Umno lain dilihat cuba menakutkan orang Melayu kononnya kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan.

"Inilah pengiktirafan rakyat kepada kita dengan memberi sokongan yang besar terutamanya dari masyarakat Melayu. Sebab itu, Umno takut hilang kuasa dan sebagainya. Maka mereka cuba takutkan orang Melayu menggunakan pendekatan lapok yang digunakan sejak berpuluh tahun lalu," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mengingatkan orang Melayu akan berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri, ini kerana kuasa politik yang diperolehi orang Melayu sejak negara merdeka adalah penting kerana ia telah membolehkan mereka maju dalam pelbagai bidang.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, memainkan isu Melayu terancam dan hilang kuasa tidak lagi sesuai dengan perkembangan politik semasa hari ini kerana rakyat khususnya generasi muda boleh membuat penilaian terhadap sejah mana kemampuan Umno dan BN memerintah negara sejak 50 tahun.

"Jadi saya anggap ini pendekatan dan strategi yang dibuat Majlis Keselamatan dahulu yang menggunakan pendekatan keselamatan dan pembangunan di mana jika selain Umno-BN memerintah tidak ada pembangunan dan negara menjadi huru hara," tegasnya.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, pendekatan lapok tersebut telah dibakul sampah oleh rakyat, ini menunjukkan Umno parti ke belakang sedangkan pemikiran semua kaum termasuk orang Melayu sudah pun ke hadapan demi mengejar keperluan dan perubahan untuk negara.

"Kami dari PAS berkeyakinan pendekatan yang dibawa Pakatan Rakyat berteraskan keadilan dan pembelaan untuk semua kaum dan orang Melayu tidak perlu bimbang terhadap negara ini," katanya.

Tiada ulasan: