KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Mac 23, 2011

Strategi BN kantoi lagi: 'Video seks umpan untuk beli MP Pakatan Rakyat'



BN sedang menggunakan video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai umpan untuk beli ahli parlimen pembangkang, dakwa pemimpin PKR hari ini. Pendedahan ini sudah tentu mengaibkan Bn dan para pemimpinnya yang sedang nazak untuk menghadapi PRU-13 tidak lama lagi.

Mereka bukan mendedah kosong, tetapi mereka antara MP Pakatan Rakyat yang dihidangkan dengan video berkenaan dan ditawarkan dengan imbuhan jika meninggalkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

Malaysiakini melaporkan, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, adalah jelas itulah rancangan mereka untuk menunjukkan video tersebut kepada ahli parlimen PKR bagi menimbul keraguan dan membuat tawaran membeli mereka.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini yang turut dihadiri ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang mendakwa percubaan seumpama itu turut dibuat terhadapnya.

Johari berkata, beliau telah ditunjukkan video itu pada hari Isnin dan ditawarkan untuk dibawa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau mendakwa, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik turut hadir.

Johari berkata, Abdul Rahim memberitahunya yang dia boleh mengatur satu pertemuan dengan Perdana Menteri, dan mereka akan 'menjaganya', serta menguruskan keperluan kewangan dan keselamatannya. 

Katanya, dia mengesyaki BN mahu dia melompat parti dengan tawaran imbuhan kewangan dan mereka cuba menggoncang kepercayaannya terhadap Anwar dengan menunjukkan video seks - yang didakwa memaparkan ketua umum PKR itu melakukan aksi seks dengan wanita yang tidak dikenalinya - kepadanya.

Johari juga berkata Abdul Rahim kemudiannya memintanya membawa lebih banyak ahli parlimen Pakatan untuk menonton video tersebut. Katanya, beliau mengesyaki motif mereka ialah untuk menarik lebih ramai ahli parlimen supaya menentang Anwar dan PKR. Saifuddin pula mencelah bahawa mereka menunjukkan video tersebut serta berjanji imbuhan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

silap...YB johari mau mengaku lompat parti la. bila depa dh ejas utk jumpa PM, masa tu YB johari mau rekod voice...bukti tue.