Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bercita-cita besar untuk menjadikan Malaysia sebuah republik sekali gus mengangkat dirinya sebagai Presiden, manakala Azmin Ali pula akan dilantik sebagai Perdana Menteri. Lebih dahsyat, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga dikatakan mempunyai niat untuk menghapuskan institusi diraja sekiranya beliau berkuasa.
Cita-cita Anwar itu didedahkan oleh saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali pada majlis ceramah 'Pas Keluk Kelek' di Bandar Jerteh di sini, malam tadi. Menurut Ummi Hafilda, cita-cita luar biasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu diluahkan oleh abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin kepada bapa mereka, Allahyarham Ali Omar suatu ketika dulu.
"Abang saya pernah beritahu arwah bapa kami, jika Anwar berkuasa, dia akan menjadikan Malaysia sebuah republik," katanya.
Majlis itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh serta barisan kepimpinan UMNO bahagian tersebut. Turut memberikan ceramah ialah Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Mohd. Noor Deris.
Sesi ceramah tersebut berlangsung hampir serentak dengan ceramah para pemimpin Pas dan PKR yang disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Azmin yang terletak berhampiran dan hanya terpisah sebatang sungai dekat Masjid Hadhari di sini.
Dalam ceramah itu, Ummi Hafilda mengupas satu persatu perilaku keji Anwar termasuk skandalnya dengan isteri salah seorang pemimpin PKR, selain fitnah dan pembohongan Ketua Pembangkang itu kepada seluruh rakyat.
Ummi Hafilda turut berikrar untuk melancarkan 'perang dan ganyang' terhadap Anwar serta abangnya sendiri, Azmin bermula tahun ini bagi memastikan kedua-duanya tersungkur dan terkubur, jika mereka masih enggan bertaubat.
Selain itu, Ummi Hafilda turut menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai hubungan intim dengan ahli perniagaan, Baginda Minda. Beliau selanjutnya melafazkan sumpah 'wallahi, wabillahi, watallahi' di depan hadirin sambil bertegas yang beliau tidak pernah mengadakan hubungan seks dan berzina dengan ahli perniagaan terbabit seperti yang didakwa.
4 ulasan:
Тhe blue topp batteries іs perfect if ƴоu havce a RV. In
the past securing loans wаs ɑ disheartening
job Ƅut it isn't the cse nowadays. Tɦe motor vehicle breathalyzer іs an automatic prevention fօr drunk driving tҺe moment hooked
սp օn a motor vehicle, aand hopefսlly tɦe breathalyzer leads
to ling lasting impressions оf thе penalties tҺat can easily Ьe eluded iff just
choosing aոything other than drinking ɑոd driving.
Feell free tο surf to my blog post - hit
The borderlands game is amazing and cheatcodes as well as
information about new borderland releases is just one click away.
80710016 - The PS Network is down possibly for maintence.
And to also cover what Barry Burton was doing during the events of RE2 and RE3 as well as prior to it, pretty much an extra unlockable mode much like the Mercenaries but with more depth and story.
Also visit my homepage free psn codes
Theo nhận xét của mình thì điều đó chưa đúng, nhất là ở quê hương mình.
Cho mình hỏi, bên bạn chuyên cung cấp thang may gia dinh gia re phải không?
Bên mình cung cấp dịch vụ vận tải hàng hoá thang máy, van chuyen hang hoa di Phu Quoc, van chuyen hang hoa ra Sai Gon, vận chuyển hàng hoá đi Nha Trang, vận chuyển hàng đi Huế, vận chuyển hàng hoá ra Hà Nội giá chất lượng cao.
Đặc biệt nếu bạn có nhu cầu vận chuyển hàng ra Hải Dương, vận chuyển hàng hoá ra Bắc Ninh, vận chuyển hàng hoá đi Hải Phòng, vận chuyển hàng ra Thái Bình thì mình sẽ để giá rẻ nhất cho bạn.
Cảm ơn bạn nhiều nhé.
Catat Ulasan