KLIK JOM FOLO DI SINI
Rabu, Februari 27, 2008
Dr Lo' Lo' CABAR RTM Bagi SATU JAM SEHARI Untuk PAS Berkempen!
Pusingan Pertama PRU ke 12: SPR Tidak Segan-Segan BANTU BN!
MASALAH dan kekecohan yang timbul di hari penamaan calon pada hari Ahad 24 Februari 2008 begitu menjengkelkan kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak konsisten dalam menangani bantahan, khususnya yang dibuat oleh calon-calon parti-parti pembangkang.
Apalagi apabila yang ‘terkena’ dengan dengan halangan-halangan teknikal itu boleh dikatakan kesemua adalah calon-calon Barisan Nasional (BN).
Saya menghubungi Profesor Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk mendapat komen dan penjelasan mengenai perkara itu.
“Jelas bahawa apa yang dibimbangi dan didakwa selama ini yakni SPR berat sebelah kian terserlah. Dan sebagai rakyat, sebagai pembayar cukai dan pengundi kita mempunyai hak untuk membuat tanggapan dan kesimpulan itu”, komennya tegas dan tanpa berselindung.
“Itu semua dilakukan dengan berselindung di sebalik undang-undang. Sdr tahu sebahagian besar daripada undang-undang yang digunakan dalam pengendalian pilihan raya di Malaysia adalah undang-undang kecil”, jelasnya.
Undang-undang kecil, jelas pakar undang-undang perlembagaan itu lagi, ialah undang-undang yang dibuat oleh pihak berkuasa yang diberi kuasa oleh parlimen melalui akta ibu.
“Di sinilah begitu banyak kuasa dalam bentuk budi bicara diberi kepada pihak SPR khususnya pegawai-pegawai pilihan raya (returning officer)” jelas lagi. Sebab itu, katanya, SPR boleh dengan tiba-tiba membuat arahan dan syarat yang kebanyakannya menyulitkan parti-parti pembangkang.
Bagaimanapun, Dr. Abdul Aziz berasa lucu kerana yang banyak melakukan kesilapan ialah calon-calon BN dan mereka terpaksa di selamatkan oleh pihak SPR.
“Dengan kuasa budi bicara yang sifatnya luas dan dalam banyak isu pula mereka tidak punya masalah untuk memberi kelebihan kepada calon-calon BN”, katanya.
Pensyarah undang-undang UIAM itu menjelaskan bahawa sepatutnya mahkamah mengawal penggunaaan budi bicara ini.
Katanya lagi ini dilakukan dengan menggunakan prinsip-prinsip undang-undang pentadbiran yang merupakan sebahagian daripada undang-undang perlembagaan.
“Tetapi seperti yang kita maklum mahkamah, sebagaimana yang didedahkan dalam Klip Video Lingam dan kontroversi Hakim Datuk Kamil Awang pada 2000 dulu, tidak bebas sepenuhnya”, tegas Aziz.
Kalau mahkamah bebas sekalipun Aziz tidak yakin bahawa masalah teknikal itu akan diselesaikan dengan cara yang memuaskan semua pihak. Pilihan raya yang adil dan saksama, katanya lagi, tidak akan membabitkan mahkamah.
Ini terbukti di negara-negara yang maju di mana semua pihak komited dengan ideal untuk mewujudkan sebuah sistem pilihan raya yang adil dan diterima oleh semua pihak. Di Malaysia hanya pembangkang sahaja yang mahukan itu.
“Sebuah pilihan raya yang bebas dan adil adalah yang, antara lain, tidak bergelut dengan soal-soal teknikal seperti yang kita lihat di Malaysia. Dan SPR memainkan peranan yang penting di sini. Tetapi seperti yang kita semua lihat SPR tidak bebas. Selain isu-isu teknikal yang dibangkitkan ini Pengerusi SPR sendiri pernah membayangkan sebelum ini bahawa tangan SPR terikat (atau diikat olehnya sendiri?)” kata Aziz lagi.
Di negara-negara maju pilihan raya membincangkan soal isu, soal program sebagaimana yang kita lihat dalam kempen pilihan raya presiden di Amerika Syarikat sekarang.
“Kita di Malaysia asyik dengan soal-soal remeh yang sepatutnya tidak menjadi isu utama. Prosedur pilihan raya, dari mendaftar sebagai pengundi hingga soal pencalonan seharusnya dipermudahkan. “Tetapi apabila pihak yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya bersedia untuk menjadi kuda tunggangan apa boleh buat?” Aziz menyatakan itu semua dilakukan mungkin kerana pihak kerajaan takut untuk berdepan dengan debat yang terbuka dan adil sebagaimana di tempat lain.
Bagaimanapun Aziz mengucapkan tahniah kepada calon-calon pembangkang – kecuali Saiful Izham di Bukit Selambau – yang kesemuanya berjaya melepasi halangan teknikal oleh SPR dan mampu menunjukkan kesilapan calon-calon BN sendiri.
“Adalah sesuatu yang lucu apabila menteri salah isi borang, terlupa menurunkan tanda tangan dan menyangka yang mereka masih lagi menteri kabinet.
“Sebab itu susah hendak melaksanakan konsep dan tuntutan kerajaan sementara di Malaysia”, ujarnya.
Apakah ini bermakna mustahil untuk pembangkang menang? Aziz berpendapat pembangkang masih boleh memenangi pilihan raya.
Tetapi, jelasnya, itu memerlukan mereka bekerja 150 peratus. “Berbalik kepada SPR hanya kerana Pas menang di Kelantan dan pernah memerintah Terengganu tidak bermakna bahawa SPR bebas. Kita tahu SPR dah buat macam-macam tapi pengundi di negeri-negeri itu bijak”, katanya mengakhiri perbualan.
PRU 12: SPR, Pengundi, Bertanggungjawablah Di Hadapan Allah SWT Kelak!
Mengapa anak Badawi ini suka bersalam dan memegang perempuan? Ada banyak gambar yang mengejutkan bekal disiarkan blog ini menjelang hari mengundi!TERKILAN... tanpa dapat saya sembunyikan, rasa sakit hati. Mengapa dan sakit hati kepada siapa?
Sebagai rakyat Malaysia, rasa terkilan dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) amat tinggi berbanding biasa. Mengapa?
Banyak sebabnya dan saudara boleh membaca sendiri di web-web yang berkaitan. Namun kali ini saya merasa lebih lagi sakitnya dari biasa kerana salah satu bentuk ‘kepelikan' itu telah berlaku kepada ahli keluarga saya.
Ia berlaku kepada isteri saya. Isteri saya sejak awal mendaftar, tempat mengundinya adalah Hulu Bernam, Ulu Selangor, iaitu dikampung kelahirannya.
Bukan sekadar itu malah isteri saya juga telah pernah mengundi di Hulu Selangor pada tahun 1999, semasa pilihanraya yang ke 10.
Walaubagaimanapun, pada tahun 2004 kami sekeluarga gagal membuang undi kerana berada di luar negara.
Namun sejak sebulan lepas, apabila membuat semakan daftar pemilih, entah bagaimana tempat mengundi isteri saya bertukar ke Demit, Kubang Kerian, Kelantan.
Keperitan Menghubungi SPR
Puas kami menghubungi nombor telefon SPR untuk mengadu hal dan mendapatkan penjelasan bagaimana pertukaran tempat mengundi boleh berlaku, tetapi talian SPR asyik sibuk dan tidak pernah diangkat (iaitu nombor 03-8885 6500) yang kami petik dalam web SPR berikut: http://www.spr.gov.my/index/hubungi.htm hampir setiap hari dihubungi tetapi setiap hari jugalah tiada jawapan.
Disebabkan kesibukan saya dan isteri, kami mengambil keputusan untuk membuat surat rasmi dan menghantar faks ke (603)-8888 9117, juga nombor faks yang sama dari web di atas tadi.
Dalam masa yang sama percubaan menelefon dibuat setiap hari, semuanya gagal.
Sehinggalah hari ini (24 Feb 08), muncul nombor baru di televisyen, iaitu 03-9274 62692, nombor ini muncul 3 saat sahaja, namun bila dihubungi, rupanya tersilap nombor.
Akhirnya, dapat juga kami hubungi nombor SPR yang ada manusia mengangkatnya iaitu 0326810280. Namun hasil aduan itu, kami menghadapi kepelikan, keajaiban jahat dan kekecewaan sahaja.
Kemuncak kepelikan
Pegawai wanita tersebut berkata; menurut rekod mereka, kononnya isteri saya ketika mula-mula mendaftar pada 10 Mac 1998 dahulu, alamat asal adalah di Kampung Demit, Kubang Kerian.
Justeru itulah sahaja yang mereka tegaskan, Sedangkan ia tidak benar sama sekali dan isteri saya tiada sebarang urusan dengan negeri Kelantan, juga bukan orang Kelantan.
Namun yang lebih PELIK DAN AJAIB, pada tahun 1999 isteri saya telah pun membuang undinya di Hulu Selangor tanpa sebarang masalah.
Bagaimana boleh diundur waktu dan didaftar di Kelantan pula.. kami tiada mesin ajaib masa Doraemon. So apa sebenarnya ini?!!!.
Adakah ini penipuan dan penyelewengan yang sering digembar-gemburkan oleh pembangkang?
Jika benar, hampir pastilah ia dilakukan oleh pihak yang tidak ada iman tentang alam barzakh dan neraka!!
Hasilnya, kemungkinan isteri saya tidak sempat mengundi tahun ini, kerana pelbagai kesukaran pengangkutan untuk ke Kelantan dan bayi kami pula yang masih berumur 2 bulan.
Saya pula terpaksa membuang undi di Kedah pada hari tersebut. Banyak lagi sebab lain yang tidak memungkinkan saya untuk bertandang ke Kelantan dan Kedah dalam hari yang sama.
Saya masih berusaha mencari muslimah-muslimah Kelantan yang dipercayai untuk menumpangkannya ke Kelantan dan pulang ke KL pada hari yang sama, namun ia amat sukar...
Benar, kami juga ada salahnya kerana tidak membuat semakan lebih awal dan menukar dengan pantas (sebelum 60 hari dari pilihanraya) apabila terdapat kesilapan, tetapi apa yang berlaku mendedahkan "something wrong is happening".
Yang penting pihak SPR wajib bertanggung jawab di akhirat kelak, kami akan tuntut semua hak-hak ini tanpa BELAS KASIHAN.
Semua kita perlu beringat-ingat selalu, sebarang kemenangan pilihanraya menggunakan penipuan, rasuah dan penyelewengan adalah haram serta dilaknat oleh Allah swt dan RasulNya, tiada keberkatan dalam pemerintahan dan rakyat serta negara, kemenangan sebegitu hanya akan memudahkan sesebuah masyarakat dan negara dipandu ke Neraka sebagaimana huraian ‘hilang keberkatan' yang disebut oleh Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam kitabnya Az-Zawajir An Iqtiraf Al-Kabair.
Justeru amat perlu dijaga unsur keberkatan dalam pilihanraya, pembelajaran, pekerjaan, pendapatan, perbelanjaan dan kehidupan seluruhnya.
Jangan kerana inginkan kuasa dan kerusi DUN dan Parlimen yang bersifat sementara manfaatnya iaitu sekitar beberapa puluh tahun di dunia, hingga sanggup menggadaikan masa depan di dalam kubur yang sempit itu dan di padang mahsyar yang berkumpulnya trillion trillion manusia dan disemak satu persatu perbuatannya.
Keadaan yang sama juga terpakai kepada pelajar yang meniru dalam peperiksaan, pelajar yang membeli sijil MA dan PhD, guru yang meniru dalam peperiksaan PTK, usahawan yang menipu, ahli politik yang menipu, pekerja yang menipu dalam amanah tugasan mereka dan lain-lain jenis penipuan, semuanya dinafikan oleh Nabi SAW dari kelompok ummatnya
Ertinya: "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" -- (Riwayat Muslim, 1/99)
Ia juga termasuk dalam umum hadis ini
Ertinya: Barang siapa yang menipu Arab (dan manusia lain) , mereka tidak termasuk dalam kalangan yang boleh mendapat syafaatku, dan tidak layak mendapat belas kasihanku" -- ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3928, 5/724; Hadis ghorib)
Imam al-Munawi berkata, salah satu maksud menipu arab adalah menghalang mereka dari menyampaikan kebenaran sehingga menjadikan orang ramai jauh dari Nabi SAW -- (Penjelasan Al-Munawi dipetik dari Tuhfatul Ahwazi, Al-Mubarakfuri, 10/296)
JANGAN UNDI Pemimpin Umno Yang KORUP - Tun Mahathir MOhamad
PADA 30 Januari 2008, mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menggesa rakyat agar menggunakan sebaik undi mereka "dengan strategik dan matang" agar "tidak meilih mereka yang korup dan batang kayu" berjawatan pemimpin lagi!
Anak Badawi BUKAN PILIHAN PERTAMA Mahathir!
Negara Hampir BANKRAP, Angkara Rasuah & Pembaziran SAKA BN!
Pembaziran dalam bentuk pelbagai projek yang membazir demi untuk memenuhi nafsu serakah pemimpin Umno-BNPEMIMPIN-PEMIMPIN Umno-Bn bukan main takut lagi dengan Manifesto keADILan, PAS dan DAP.
Mereka menggunakan TV, radio dan akhbar untuk menyelewengkan dan menyerang manifesto-manifesto tersebut. Sebaliknya TV sama sekali tidak memberikan liputan kepada pelancaran manifesto keADILan.
Liputan akhbar cuba memperlekeh. Walaupun manifesto keADILan, PAS dan DAP berlainan, terdapat banyak perkara penting yang sama.
Yang utama sekali ialah semuanya berikrar menggunakan kekayaan negara untuk faedah rakyat ramai, terutama yang miskin serta berpendapatan rendah, bukan untuk mengkayakan lagi segelintir yang berkeluarga atau berkaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin utama Umno-Bn, yang merompak kekayaan negara itu.
KeADILan antara lain menjanjikan harga minyak turun, tol lebuhraya terkawal serta tidak naik lagi dan gaji minimum untuk para pekerja pada paras RM1500 sebulan dilaksanakan.
Harga minyak boleh diturunkan sesuai dengan kenaikan harga pasaran dunia untuknya, sebab Malaysia selaku pengeksport bersih minyak mendapat utung yang bertambah besar dari penjualannya.
Sebahagain dari untung boleh diguna untuk menurunkan harga. Tol lebuhraya boleh dikawal sekiranya kerajaan tidak menurut saja kehendak dan kepentingan syarikat serta tokoh-tokoh korporat yang rakus, kebanyakannya berkait rapat dengan pemimpin-pemimpin utama Umno.
Gaji minimum boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan benar-benar mahu menolong para pekerja dan sanggup bertindak tegas supaya pihak majikan atau pemodal yang memiliki syarikat-syarikat besar sanggup berkongsi keuntungan yang mereka kaut untuk digunakan bagi menaikkan taraf hidup para pekerja.
Semua langkah ini akan menolong rakyat ramai dan boleh memurah serta memudahkan lagi penghidupan mereka.
Akan tetapi pemimpin-pemimpin besar Umno-Bn tidak mahu melaksanakannya kerana lebih memikirkan kepentingan hanya segelintir saja yang memang sudah berkuasa dalam bidang ekonomi dan politik.
Janji-janji keADILan tidak akan menimbulkan masalah kewangan kepada negara.
Sekarang ini masalah kewangan yang menuju kepada keadaan negara hampir bangkrap timbul dari korupsi dan pembaziran yang dilaku dan dibiarkan oleh pemimpin-pemimpin besar Umno-Bn.
Mereka berbohong besar konon hendak menghapuskan penyakit ini.
Umat Islam BOLEH PERINTAH Malaysia Tanpa UNDI NON-MUSLIM?

SUDAH dua kali Profesor Dr Abdul Aziz Bari menyatakan bahawa sebenarnya umat Islam di negara ini boleh memerintah sendiri tanpa bergantung kepada undi orang bukan Islam.
Ini tidak bertujuan untuk memperkasa agenda politik perkauman sempit. Sebaliknya untuk mengelakkan kepentingan dan kedudukan umat Islam dijadikan bahan tolak dan tarik khususnya sewaktu pilihan raya, katanya ketika memberi penjelasan kepada idea yang dibentangkan dalam kertas seminar anjuran TERAS dan JHEAIK hujung tahun lalu.
“Peruntukan perlembagaan sudah memadai; sekurang-kurangnya buat masa ini dan tidak perlu dipinda. Dengan itu tidak perlu majoriti dua pertiga di parlimen, “tegasnya.
Pensyarah undang-undang di UIAM itu menyatakan bahawa dalam pilihan raya 2004 parti-parti Melayu dan Islam memiliki sejumlah 115 kerusi yang merupakan majoriti dari keseluruhan 219 kerusi di Dewan Rakyat.
Jumlah ini cukup untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan tanpa mengharapkan sokongan parti-parti lain.
Tambahnya lagi dengan komposisi dimana 60 peratus dari 27 juta penduduk adalah Melayu-Islam, angka tersebut bukan sahaja realistik tetapi tidak ada masalah.
“Kita perlu ingat bahawa sokongan bukan Melayu adalah kerana kita hendak merdeka dan kita perlu meyakinkan pihak British bahawa rakyat negara ini boleh bersatu dan duduk semeja. Ini bukan lagi keutamaan sekarang”, jelasnya lagi.
Dr. Abdul Aziz mengingatkan bahawa politik bukanlah segala-galanya dan Perlembagaan telah meletakkan Raja-Raja sebagai penjaga Perlembagaan dimana peruntukan-peruntukan tertentu hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja-Raja.
“Dan saya tidak nampak kepentingan umat Islam secara logiknya boleh tergadai dalam keadaan perkhidmatan awam, termasuk angkatan tentera sudah didominasi oleh umat Islam,” katanya.
Cadangan di atas tegasnya, di kemukakan kerana beberapa tahun kebelakangan banyak kepentingan umat Islam dan orang Melayu telah digadaikan hanya kerana hendak mengambil hati dan mendapat sokongan mereka.
Ini termasuklah permintaan menggunakan nama Allah untuk penganut agama lain.
“Ini agak memeningkan kerana setiap agama mempunyai nama sendiri untuk Tuhan masing-masing. Selain itu, selama ini orang bukan Islam sering mendakwa bahawa mereka dinafikan hak kebebasan beragama. Mereka juga mendakwa bahawa Islam mula masuk dari pintu belakang dalam pentadbiran negara,” tegas Dr. Abdul Aziz.
Pakar Perlembagaan dari UIAM itu berpendapat bahawa antara masalah besar kita ialah pemimpin UMNO tak faham dan tak mahu belajar Perlembagaan.
Mereka berasa merekalah yang penting yang memberi segala-galanya. Dalam pada itu Dr. Abdul Aziz mengalu-alukan tindakan PEMBELA dan ACCIN menyenaraikan kehendak dan kepentingan umat Islam sempena pilihan raya ini.
Dalam mempastikan kelangsungan Melayu dan Islam di negara ini, semua pemimpin parti-parti politik berkenaan perlu berjiwa besar dan mengutamakan kepentingan umat, bukan tembolok sendiri.
“Sebagaimana dalam solat, kita perlu berundur apabila dikalangan jamaah ada yang lebih baik. Begitu juga pemimpin hendaklah bersedia ditegur sekiranya melakukan kesilapan,” katanya.
Dr. Abdul Aziz berpendapat parti-parti politik yang mewakili umat Islam dan orang Melayu perlu sedar alternatif yang ada.
Beliau menjangka sempena pilihan raya ini akan ada, seperti yang berlaku pada pilihan raya yang sudah-sudah, parti yang akan membuat dakwaan bahawa mengundi parti mereka adalah perlu untuk hidup mati orang Melayu dan Islam.
“Ini tidak semestinya benar kerana kita ada Perlembagaan yang bahagian-bahagian berkenaan tidak boleh dipinda meskipun orang Melayu hilang kuasa politik,” jelasnya.
Bagaimanapun, katanya lagi, sudah tentulah baik kiranya mereka dapat membentuk kerajaan kerana pihak eksekutif penting dalam mencipta dan melaksanakan dasar-dasar yang baik.
Dr. Abdul Aziz mengingat bahawa pilihan raya hanyalah sebahagian daripada perjuangan umat Islam. Ia bukan segala-galanya. Komitmen perlu diteruskan selepas pilihan raya, walau apa pun keputusannya.
NAZRI Kata Tak Boleh, ANWAR AKAN TANDING Juga!
Wan Azizah akan beri laluan kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil selepas 15 April ini!BUKAN Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail saja tetapi suami beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pemimpin de facto parti itu juga ada bercakap secara terbuka bab ini.
Selesai saja tempoh edah kes mahkamahnya pada 15 April ini mana-mana kalangan ahli parlimen parti pembangkang yang menang pilihanraya umum ke 12 ini akan letak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam pilihanraya kecil.
Apapun yang paling awal istihar nak beri laluan itu ialah Wan Azizah yang akan berentap buat kali kedua dengan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Pirdaus Ismail.
Bunyinya pilihanraya ini macam main-main. Malah Pirdaus sendiri menilai Wan Azizah tidak serius nak bertanding pilihanraya jika itu maksud dan tujuannya.
Apa lagi suatu pilihanraya kecil makan belanja berjuta ringgit dan banyak masa yang terbuang begitu saja semata-mata untuk memenuhi kehendak politik seseorang.
Soalnya dari segi peraturan Suruhanjaya Pilihanraya apakah pilihanraya kecil ‘suka-suka’ ini dibenarkan?
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mana SPR antara dibawah portfolionya tegas berkata, “tak boleh.”
Ketika dihubungi petang Isnin untuk mengulas kenyataan Wan Azizah lepas penamaan calon di Permatang Pauh Ahad beliau berkata setahunya peraturan pilihanraya menetapkan pilihanraya kecil hanya boleh diadakan jika seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia atau diistihar muflis.
“Mana boleh pilihanraya kecil nak diadakan ikut suka hati saja,” katanya kepada Agendadaily.
Wan Azizah berkata, "Jika saya menang, saya akan memberi laluan kepada suami saya untuk bertanding di kerusi ini dalam satu pilihan raya kecil selepas beliau tamat tempoh yang ditetapkan undang-undang untuk bertanding pada April ini," katanya.
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dengan pucuk pimpian PKR dan mereka semua telah bersetuju dengan cadangan itu.
Dalam beberapa ceramah politiknya Anwar sendiri telah memberitahu akan bertanding dalam pilihanraya kecil lepas 15 April ini.
SPR Kini Layak Digelar "SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT"!

MAKIN jelas kewibawaan SPR tercabar. Ia sudah tidak boleh dipercayai lagi. SPR adalah pengadil berat sebelah. Sudah tentu hanya mengikut telunjuk tuannya "Barisan Nasional".
Rakyat kini melihat dengan mata kepala sendiri. Penipuan demi penipuan dilakukan SPR. Agenda jahatnya tersirat pada gerak badan Pengerusinya, Rashid Abdul Rahman.
Orang bernama Rashid inilah yang telah memaklumkan kepada rombongan BERSIH bahawa semua peraturan yang dibuat dalam SPR, adalah untuk memenangkan parti pemerintah.
Ini pengakuan. Ini cakap-cakap Rashid sendiri. Sebab itu, himpunan 100,000 muncul tepat pada masanya membantah kejahatan SPR yang terlalu mengikut telunjuk BN.
Malah, kalau diperhatikan arahan SPR agar semua calon mendutikan setem sebagai syarat kelayakan bertanding, itu juga adalah sebahagian dari taktik untuk "memenangkan" parti pemerintah. Inilah yang diucapkan Rashid.
Empat tuntutan BERSIH tidak diendahkan SPR. Anak Badawi langsung tidak gentar dengan PAS dan PKR. Mereka hanya gentar dengan Hindraf. Semua tuntutan Hindraf (dibaca orang-orang India MIC) dipenuhi. Sanggup Najib dan Khir Toto melutut demi undi.
Tuntutan BERSIH dalam penggunaan dakwat kekal, tiada keputusan. Indah khabar dari rupa. Nak ikut boleh, tak nak buat boleh. Sekali lagi SPR bermain api.
Isu pembersihan daftar pemilih dipandang enteng. SPR tidak bersedia untuk membuang nama pengundi yang telah mati, malah masih terdapat nama pengundi yang berumur ratusan tahun dalam daftar pemilih.
Undi pos terus dikekalkan. BERSIH menuntut ianya dihapuskan. Tetapi SPR enggan menghapuskan kerana itu adalah senjata memenangkan BN. Undi pos di Dun Belantek, Kedah contohnya ditambah bagi "menumpaskan" kemenangan PAS sekarang!
RTM pula terus menjadi perkakas penerangan BN. Ia adalah milik rakyat yang menjadi pembayar cukai. Tetapi, stesyen itu digunakan sepenuhnya tanpa malu dan tanpa diambil tindakan oleh SPR terhadap BN.
Apakah semuanya ini? Pertarungan tidak sihat dan tangan parti-parti alternatif diikat ke belakang. Sudah tentulah, BN menang. Pilihan raya hanya rubber stamp untuk BN mendapatkan kuasa.
Hakikatnya, pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali itu tidak telus. Demokrasi sudah mati. Undi yang rahsia penuh misteri. Semuanya angkara saka SPR.
Mulai hari ini, saya cadangkan, jangan sebut SPR itu Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi mari kita cemuh badan ini sebagai Suruhanjaya Penipu Rakyat - SPR juga sebutannya!
Selasa, Februari 26, 2008
DUTI SETEM: Memang PATUT Mohd Sabu "MENGAMUK"!
PAS perlu mengambil tindakan drastik ekoran penafian Setiausaha SPR kononnya tidak pernah membatalkan arahan surat 21 Februari yang mengarahkan setiap Akuan Bersumpah dikenakan matikan setem!MEMANG patut Mohd Sabu, Naib Presiden PAS "mengamuk" di lobi Pejabat SPR, Putrajaya semalam.
Turut naik berang calon PAS Titiwangsa, Dr. Lo Lo Ghazali, peguam PAS, Mohd Hanifa Maidin dan Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Ishak Surin yang mengiringi Mohd Sabu.
Memang patutpun, Nota Bantahan PAS kepada SPR itu dikoyak-koyak dan dihamburkan kepada PR SPR, Sabri Said. Mengapa Rashid Abdul Rahman takut untuk bertemu Mohd Sabu dan rombongan PAS yang lain?
Apa yang menghalang dia untuk turun ke lobi menemui dan menerima Nota Bantahan itu? Atau mengajak Mohd Sabu naik ke pejabatnya?
Nota Bantahan bertarikh 25 Februari 2008 itu, tidak jadi dihantar kepada SPR dan Pengerusinya, yang sudah kian "gila". Nota itu dicarik-carik dan dikoyak-koyak Mohd Sabu, yang juga calon PAS Parlimen Kuala Terengganu!
Berikut kandungan Nota Bantahan tersebut:
PAS menyelar sikap dan pendirian SPR berhubung Pilihan Raya Umum ini yang membuktikan SPR berterus-terusan tempang dan pincang dalam menguruskan pilihan raya dalam negara. Dua perkara yang sangat dikesali PAS sehingga kini adalah;
(1) Pembatalan terhadap arahan Setiausaha SPR yang bertarikh 21 Februari 2008
Pada 21 Februari lalu, SPR melalui Setiausahanya, Dato' Kamarulzaman Mohd Nor telah mengeluarkan arahan bertulis kepada semua calon-calon yang bertanding agar mempastikan yang Borang Akuan Berkanun calon-calon iaitu Borang 5 untuk Parlimen dan Borang 5A untuk calon DUN dikemukakan dengan duti setem yang dimatikan.
Arahan ini telah menimbulkan kesulitan kepada calon-calon PAS namun terus dipatuhi kerana bimbang yang kertas-kertas pencalonan mereka akan ditolak jika gagal berbuat demikian.
Walau bagaimanapun, pada hari penamaan calon, Pegawai-Pegawai Pengurus Pilihan Raya dimaklumkan arahan ini telah ditarik balik melalui surat baru yang dikeluarkan oleh Setiausaha SPR bertarikh 23 Februari 2008 yang tidakpun dikirim kepada calon-calon yang bertanding.
Pihak PAS mendapati bahawa alasan yang paling rasional terhadap penarikan balik arahan ini adalah semata-mata untuk menyelamatkan calon-calon BN yang rata-rata tidak sempat untuk mematuhinya.
Bantahan pihak PAS pada hari penamaan calon berhubung perkara ini tidak dilayan oleh pihak SPR.
(2) Prosedur celup jari yang masih kabur
Sehingga ke hari ini, pihak PAS masih belum dimaklumkan secara terang akan prosedur sebenar yang melibatkan proses baru "celup jari" yang akan dilaksanakan pada Hari Mengundi pada 8 Mac 2008 ini.
Semasa kunjungan Presiden PAS dan rombongan ke Pajabat SPR berjumpa dengan Pengerusi dan ahli-ahli SPR, PAS dimaklumkan bahawa proses ini akan diwajibkan kepada semua pengundi.
Kuku jari pengundi akan dicalit sejurus selepas diserah kertas undi.
Malangnya, sehingga hari ini prosedur sebenar yang akan dijalankan masih samar-samar dan tidak muktamad. Adakah SPR akan melaksanakan proses ini ataupun ianya dibuat atas dasar "optional" atau berpilih atau ia tidak akan dilaksanakan.
PAS mendesak agar SPR segera menjelaskan isu ini kepada rakyat dan parti-parti yang bertanding. Jika tidak, ternyata SPR terus tempang dan pincang dan masalah pengundian berulang, tidak akan dapat diatasi.
Semalam juga, Setiausaha SPR, Kamarulzaman Mohd Nor memberi reaksi yang cukup "menggemparkan" terhadap tindakan Mohd Sabu yang tidak menyerahkan Nota Bantahan tersebut, sebaliknya "mengoyak-ngokyakkan" di lobi SPR.
Utusan Malaysia, 26 Februari 2008 melaporkan kenyataan SPR itu, bagi menjawab apa yang dibangkitkan oleh Mohd Sabu dan PAS sebelum ini.
SPR menafikan ada mengeluarkan surat arahan membatalkan keperluan bagi setiap calon mengemukakan setem hasil yang dimatikan pada borang penamaan calon.
Setiausahanya, Datuk Kamarulzaman Mohd Nor berkata, surat yang dikeluarkan oleh pihaknya mengenai setem hasil itu sebelum ini adalah sejajar dengan peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.
"Mansuhkan arahan yang dikeluarkan oleh saya itu tidak ada. Siapa kata? Saya tidak terima apa-apa maklumat arahan itu ditarik balik.
"Peraturan itu berjalan lama dah tapi orang tak perasan, kali ini kita dapat nasihat perundangan pada Khamis (21 Februari), pukul satu petang dan maklumkan kepada semua calon mengenai keperluan undang-undang itu," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Media SPR di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai kekalutan berkenaan keperluan mengemukakan setem hasil pada Borang 5 dan 5A pada penamaan calon.
Difahamkan pada borang tersebut dicatatkan bahawa setem hasil tidak diperlukan.
Bagaimanapun, beberapa bantahan termasuk yang dibuat oleh parti pembangkang membabitkan pencalonan tanpa setem hasil telah ditolak oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya sekaligus membolehkan calon yang dibantah layak bertanding.
Menurut Kamarulzaman, setakat ini tidak ada sebarang laporan menyatakan bahawa pencalonan yang ditolak adalah membabitkan calon yang gagal mengemukakan setem hasil pada Borang 5 dan 5A.
Justeru, tegas beliau, sekiranya terdapat pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan SPR membenarkan calon yang tidak mengemukakan setem untuk bertanding, mereka boleh mencabarnya di mahkamah.
"Kalau PAS tidak berpuashati, mereka boleh membawanya ke mahkamah di bawah peruntukan Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.
"Kita sentiasa menyediakan ruang untuk mereka mencabar SPR mengikut peruntukan undang-undang," katanya.
Inilah jawapan balas SPR. Ia bukan sahaja satu jawapan "melepas batuk ditangga" tetapi makin menjelaskan lagi badan bebas itu berpihak kepada BN.
Barangkali, pihak BN sudah lebih lama mengetahui keputusan SPR itu. Sama seperti isu pondok panas dalam pilihan raya 2004 lalu.
SPR tetap berperanan sebagai penyelamat kepada BN. Dan inilah yang dikokokan sebagai sebuah badan bebas, kononnya!
Baca rangkap ini: "Justeru, tegas beliau, sekiranya terdapat pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan SPR membenarkan calon yang tidak mengemukakan setem untuk bertanding, mereka boleh mencabarnya di mahkamah."
Jadi apa makna surat pekeliling yang dikeluarkan pada 21 Februari jika arahan itu tidak boleh digunapakai?
Dalam kenyataan SPR di atas jelas, SPR sendiri yang melanggar arahan bertarikh 21 Februari itu dan membenarkan calon yang tidak mengemukakan setem untuk bertanding dengan menegaskan "sekiranya terdapat pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan SPR membenarkan calon yang tidak mengemukakan setem untuk bertanding".
Ini bermakna, pada andaian saya, memang terdapat arahan lisan dari SPR kepada Pegawai-Pegawai Pilihan untuk tidak menolak calon-calon yang tidak mematikan setem pada borang penamaan calon mereka.
Jadi, munasabahlah Mohd Sabu "mengamuk" dan kalau saya, sudah tentu nota bantahan dan gambar Rashid dibakar bersekali tanda protes yang amat sangat atas sikap kurang ajar, biadap dan tidak amanah terhadap tugas.
Seperti mana anak Badawi membuka tirai pembubaran parlimen dengan sikap "menipu" tentang tarikh pembubaran dewan maka begitu jugalah anak buahnya SPR, yang "penipu".
Kita juga bimbang, penyakit penipu yang dianut anak Badawi dan sudah menjangkiti Rashid akan menyebabkan tarikh pilihan raya berubah dan rakyat tertipu dengan angka 8 Mac SPR ini sebagai hari pembuangan undi.
Manalah tahu? Tarikh itu juga suatu penipuan...
Apakah POLIS Beri PERMIT Demo ANTI-IDRIS JUSOH?
Apakah demontrasi penyokong calon-calon tertentu yang digugurkan menjadi calon oleh Idris Jusoh diberi permit oleh polis?By TARMIZI MOHD JAM
DEMONTRASI oleh para penentang Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh benar-benar menunjukkan double standard dan kesulitan menangani permit untuk rapat umum pihak polis.
“Saya tak fikir demonstrasi itu ada permit polis. Saya tak fikir polis secekap itu dan saya tak fikir polis akan membenarkan demonstrasi yang memalukan Menteri Besar Barisan Nasional. Ini berdasarkan apa yang kita lihat selama ini”, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika mengulas perkembangan di Kuala Terengganu sejak pengumuman calon kelmarin.
“Dan insiden itu menunjukkan bahawa hak berhimpun ini penting untuk semua rakyat sebagaimana yang dijamin di bawah Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan. Selama ini orang Umno fikir mereka tak perlukan hak itu”, tegas pensyarah undang-undang di UIAM itu.
Insiden di Terengganu itu benar-benar menempelak Datuk Seri Zainuddin Maidin yang menyiarkan pelbagai klip yang memburuk-burukkan demontrasi aman oleh pihak pembangkang.
Beliau menjelaskan sebagai satu undang-undang keperluan Seksyen 27 Akta Polis 1967 itu perlu dilaksanakan oleh pihak polis dengan saksama ke atas semua pihak.
“Mereka tidak boleh memilih-milih kerana jika itu dilakukan, undang-undang hanya akan dijadikan bahan mainan dan lama kelamaan akan kehilangan keberkesanannnya. Jika ini berlaku bukan sahaja pihak polis tetapi seluruh rakyat akan menanggung padahnya”, katanya lagi.
Dr Abdul Aziz menambah, oleh kerana kesulitan itulah makanya Suruhanjaya Polis yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Dzaiddin Abdullah mencadangkan dalam laporannya bahawa seksyen yang memberi kuasa kepada polis untuk mengeluarkan permit perhimpunan itu dimansuhkan sahaja.
Selain cadangan ini suruhanjaya berkenaan juga mencadangkan supaya cawangan khas dirombak kerana setakat ini operasi dan pertanggungjawaban bahagian ini begitu misteri.
“Kita tahu bahawa anggota-anggota cawangan khas sering digunakan oleh pihak berkuasa untuk menangani musuh-musuh politik mereka, baik di dalam atau di luar Umno”, kata Aziz lagi.
Cadangan paling penting suruhanjaya ialah supaya IPCMC ditubuhkan. IPCMC adalah suruhanjaya bebas untuk menyiasat salah laku pihak polis.
“Anihnya pihak polis yang pada waktu itu di bawah Tan Sri Mohd. Bakri Omar menentang dan mengugut kerajaan dan Perdana Menteri yang pada mulanya akur dengan cadangan itu akhirnya tunduk”, kata Aziz kesal.
Beliau menyatakan penentangan pihak polis terhadap pendirian kerajaan itu bertentangan dengan kehendak Perlembagaan yang melarang mereka berbuat demikian.
Aziz berkata “itulah pertama kali dalam sejarah negara ini perkhidmatan awam membuat penentangan terhadap kerajaan secara terbuka di dalam laman web mereka”
Demonstrasi anti-Idris Jusoh di Terengganu sepatutnya membuka mata pihak polis dan mereka harus sedar dan malu dengan tindakan ganas mereka dalam perhimpunan aman BERSIH di Batu Burok, Oktober lalu.
“Tetapi saya tak pasti polis mempunyai perasaan itu kerana selama ini mereka terang-terang memihak malah berbohong sebagaimana yang berlaku dalam kes penolakan permohonan permit oleh GMI di Kuala Lumpur. Mereka tidak segan-segan memihak kepada kerajaan meskipun pasukan polis sebenarnya dibiayai oleh pembayar cukai, bukan parti Barisan Nasional,” tegas pakar Perlembagaan itu.
Apa pun, kata Dr. Abdul Aziz lagi, mereka yang tidak puas hati dengan Idris Jusoh patut mengundi Haji Abdul Hadi Awang kerana beliau telah membuat janji untuk membenarkan perhimpunan aman dan apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa orang Umno pun memerlukan hak itu.
SANGGAHTOKSAGO.COM TERIMA HITS YANG KE 50,000 HARI INI!
HARI INI 26 Februari 2008 mencacat satu lagi sejarah. Blog SANGGAHTOKSAGO.COM yang baru berusia enam bulan telah menerima pengunjung yang ke 50,000 pagi tadi tepat jam 10.03 minit.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pengunjung blog yang terus mengikuti minda saya, baik ke dalam mahupun ke luar menerusi blog sesawang ini.
Kini, blog sudah dianggap medium sebati dengan komunikasi rakyat yang murah lagi berkesan. Bukan suatu yang aneh, pemilik internet mengutip pelbagai info dari web dan blog.
Sanggahtoksago.Com mula beroperasi pada 18 Ogos 2007. Usianya masih muda.
Namun, inilah yang dikatakan ledakan. Awal tahun 2008 ini, nampaknya jumlah pengunjung terus meningkat 1,000 ke 2,000 sehari.
Masa depan blog sebagai alat propaganda dan sosialisasi politik masyarakat kian diterima.
Pelbagai cara diutarakan bagi meningkatkan akauntabiliti bloggers dalam konteks demokrasi siber di Malaysia.
Saya amat teruja dengan sokongan anda semua dan tanpa anda sudah tentu blog ini tidak seaktif sekarang.
Saya terpaksa update dan terus meningkatkan operasinya tanpa jemu sekalipun masa cukup-cukup terhad; disamping cuba untuk mempelbagaikan persembahan dalam blog ini.
Apa yang penting, usaha untuk menjadikan blog ini wibawa dan dihormati menjadi agenda utama saya kepada semua pengunjung yang dedikasi.
Sokonglah blog ini untuk perubahan politik tanahair, dan berilah teguran membina jika difikirkan wajar. Sekian terima kasih.
16 KERUSI PANAS Yang Dipertarungkan!
Nurul Izzah Anwar akan berentap dengan penyandang Parlimen Lembah Pantai, Shahrizat Abdul Jalil, Menteri anak Badawi!BERIKUT ialah kerusi yang menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum 8 Mac ini:
01. KEPALA BATAS:
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ditentang calon bebas, Subri Mohd Arshad daripada PAS. Abdullah ialah penyandang kerusi itu sejak 1978.
02. PEKAN:
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, penyandang kerusi berkenaan sejak pilihan raya kecil pada 1976, ditentang calon Parti Keadilan Rakyat, Khairul Anuar Ahmad Zainudin.
03. KULAI:
Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting, yang bertukar kawasan dari Tanjong Piai. Beliau dicabar wakil DAP, Ng Papk Siong.
04. SUNGAI SIPUT:
Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, bertanding bagi penggal kesembilan dan merupakan anggota parlimen paling lama berkhidmat. Beliau kali ketiga ditentang wakil Parti Sosialis Malaysia, Dr D. Jeyakumar, yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), serta calon bebas, Nor Rizan Oon.
05. PERMATANG PAUH:
Setelah tewas dengan majoriti tipis 590 pada 2004, bekas Imam Masjid Negara, Datuk Pirdaus Ismail, mencuba sekali lagi merampas kerusi ini daripada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
06. LEMBAH PANTAI:
Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terlibat dalam pertandingan tiga penjuru, melibatkan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar dan calon bebas, N.Periasamy.
07. REMBAU:
Naib Ketua Pemuda Umno yang juga menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, pertama kali bertanding pada pilihan raya, menentang calon PKR, Badrul Hisham Shaharin.
08. KOTA ALAM SHAH (Kerusi Negeri-Selangor):
Wakil DAP, M. Manoharan, yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana pembabitannya dalam Hindraf, sebuah badan tidak berdaftar, menentang penyandang dari BN, Ching Su Chen.
09. JERLUN:
Datuk Mukhriz Mahathir, anak lelaki ketiga bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bertanding pertama kali pada pilihan raya, menentang calon PAS, Idris Ahmad.
10. BATU KAWAN:
Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang akan melepaskan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, berhadapan halangan pertama untuk merebut jawatan pusat, apabila ditentang bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr P. Ramasamy.
11. IPOH TIMOR:
Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mempertahankan kerusi itu, ditentang oleh calon BN, Liew Mun Hon.
12. BATU:
Lim Si Pin, anak lelaki bekas presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, mengikut jejak langkah bapanya dalam politik, ditentang oleh wakil PKR, Tian Chua.
13. BATU GAJAH:
Penyandang Fong Po Kuan daripada DAP, yang menarik balik keputusan untuk tidak bertanding lima hari selepas mengumumkan keputusan itu, berhadapan dengan calon BN, Cheah Yoke Can.
14. KUALA TERENGGANU:
Maimun Yusof ialah calon tertua yang bertanding pada pilihan raya kali ini sebagai calon bebas. Wanita berusia 89 tahun itu akan berhadapan dengan wakil BN, Datuk Razali Ismail dan naib presiden PAS, Mohamad Sabu.
15. MARANG:
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tewas kerusi itu pada 2004, bertanding semula menentang calon BN, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
16. KOTA SAMARAHAN:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib menggantikan bapanya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, penyandang sejak 1970. Sulaiman menentang Hussain Abang Apok daripada PKR dan calon bebas, Awang Bakar Awang Daud.
Polis & SPR GANGGU Ceramah Perkenal Calon TITIWANGSA
MALAM tadi kempen memperkenalkan calon Parlimen Titiwangsa, bermula. Ia diadakan di Markaz PAS Kg. Baru, di tengah-tengah kampung tradisional calon BN, Aziz Jamaluddin.
Malam tadi juga, kami terkejut apabila polis dan pasukan pemantau SPR menghentikan ceramah kononnya tiada permit. Walhal, ceramah diadakan dalam premis PAS tetapi mereke berkeras agar ceramah itu ditamatkan.
Di luar markaz, saya difahamkan ramai kalangan penyokong BN tidak mengetahui apa yang terjadi dalam Pusat Penamaan Calon, pada pagi tadi.
Dalam ceramah saya, selepas Dr. Lo' Lo' Ghazali berucap, turut mendedahkan tiga bantahan yang dikemukankan PAS terhadap calon BN.
Pasal penggunaan title "Datuk", tiada duti setem dan bayaran deposit gunakan cek. Anda boleh baca isu ini DISINI dan DISINI sebagai bacaan tambahan.
Sebenarnya, kami tidak perlu mengutip permit polis pada malam itu kerana ceramah dibuat dalam premis sendiri. Dalam kawasan berpagar.
Tetapi pihak keselamatan dan pemantau SPR, lebih mahu menunjukkan kuasa dari membetulkan keadaan.
Mantan Ketua Penerangan Umno Wilayah, Cikgu Nordin MH Noor hanya sempat mengucapkan "Assalam'mualikum" kemudian bahunya dicuit anggota polis memintanya tidak meneruskan ucapan.
Calon PAS Dr, Lo' Lo', kemudiannya saya (Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah), Ustaz Raihan (Pengerusi Kempen PAS Titiwangsa) dan Cikgu Ishak Surin (Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah)sempat berceramah sebelum mereka tiba.
Saya difahamkan ada komplin dari Bilik Gerakan BN yang betul-betul bersebelahan Markaz PAS Kg. Baru itu.
Ada yang melaporkan, petugas BN begitu keluh-kesah apabila cerita bantahan PAS terhadap calon BN dimainkan oleh saya dan beberapa jawapan konkrit dari Ustaz Raihan, memukau hadirin.
Ini satu lagi jenis dan bentuk demokrasi ala anak Badawi yang sarat di negara ini. SPR satu hal. Pihak polis sudah jadi dua hal. Yang terjerat dan terjerut ialah PAS.
Betul kata Mohd Sabu, pilihan raya kali ini nampaknya makin teruk dan teruk. Demokrasi kian pincang dan hodoh...
RASHID Kecut Perut: Mat Sabu KOYAKKAN Nota Bantahan SPR!
NAIB Presiden PAS, Mohd Sabu bertindak mengoyak-ngoyakkan Nota Bantahan PAS kepada SPR apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman enggan berdepan dengan calon-calon PAS ketika menyerahkan memorandum bantahan berhubung pembatalan 'duti setem' tidak sampai 24 jam sebelum hari penamaan calon.
Dalam rombongan itu, Harakahdaily melaporkan, calon Parlimen Kuala Terengganu, Mohamad Sabu; Calon Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali; calon Parlimen Tanjung Karang, Hanipa Maidin dan calon Parlimen Putrajaya, Mohammad Nor Mohamad yang tiba di lobi SPR meminta Pegawai Perhubungan Awam (PR) SPR membawa mereka untuk bertemu dengan Abdul Rashid.
Bagaimanapun PR SPR Sabri Said memberitahu beliau hanya dibenarkan menerima memo bantahan daripada PAS di lobi sahaja.
Kata-kata Sabri itu, membuatkan Mohamad Sabu, Hanifa, Lo'Lo' tidak berpuas hati dan mendesak Sabri untuk memanggil Abdul Rashid turun bertemu mereka atau mereka bertemu Abdul Rashid, lapor Harakahdaily lagi.
Keadaan menjadi sedikit kecoh apabila Sabri terus menegaskan beliau menerima arahan untuk menerima memo di lobi sahaja selepas beliau menghubungi Rashid melalui telefon bimbitnya.
"Sila panggil dia turun, atau kami yang naik, apa..SPR ni..biadap, pilihan raya kali ini lebih teruk dan kotor daripada tahun 2004," kata Mohamad Sabu dengan nada marah.
"Tak ada, tak ada... kami nak jumpa dia sekarang! Telefon dia sekarang atau biar kami bercakap dengan dia," tegas Hanipa Maidin.
"Sekejap cakap nak duti setem, kejap cakap tak perlu duti setem, bila Umno tidak mampu buat duti setem, SPR terus batalkan arahan itu," tambah Hanipa yang mahukan penjelasan daripada Abdul Rashid sendiri berhubung perkara itu.
"Kalau dia tak mahu jumpa kami boleh kami bercakap dengan dia atau ada mana-mana 'line' telefon di sini boleh sambungkan kepada dia, kami nak bercakap dengan dia juga," celah Dr Lo' Lo'.
"Kenapa beliau tidak mahu jumpa dengan kami, atau SPR takut untuk berdepan dengan kami, kami nak jumpa orang yang mengeluarkan arahan kepada kita, dia (Rashid) yang keluarkan surat itu jadi dia berhak untuk memberi penjelasan," kata Dr Lo'Lo'.
Keadaan bertambah tegang, lapor Harakahdaily, apabila Sabri memaklumkan kepada rombongan PAS mereka tidak akan menerima memo itu jika PAS berkeras untuk berjumpa dengan Abdul Rashid.
Bahkan Sabri turut mengarahkan beberapa pegawai keselamatan untuk menghalau rombongan PAS kira-kira 30 orang.
Atas sikap Pengerusi SPR yang enggan bertemu dengan PAS itu, Mohamad Sabu bertindak mengoyak-ngoyak kertas memo yang hendak disampaikan kepada Abdul Rashid di depan lobi kemudian melempar cebisan kertas itu di situ, lapor akhbar dalam talian tersebut.
Sebelum ini, SPR mengarahkan calon yang bertanding mendapatkan pengesahan duti setem, arahan itu dikeluarkan pada jam 3 petang hari Khamis (21 Februari 2008).
Bagaimanapun, SPR juga membatalkan arahan tersebut pada tengah malam hari Sabtu iaitu beberapa jam sebelum penamaan calon.
Arahan tersebut tidak dimaklumkan kepada calon-calon pembangkang di kalangan PAS menyebabkan PAS membuat bantahan di lima kerusi Dun Marang dan Parlimen Titiwangsa kerana tidak mengetahui arahan memansuhkan 'duti setem' itu. Anda boleh baca DISINI yang tersiar pada Harakahdaily.
PAS terkejut bantahan mereka ditolak kerana 'duti setem' itu terus dimansuhkan melalui surat yang ditunjukkan oleh wakil SPR ketika penamaan calon di Marang.
Isnin, Februari 25, 2008
Video REMPIT: DR. MARSHITAH Tersingkir, AZEEZ Mahu Bela MAT REMPIT!
Inilah barangkali perjuangan yang nak didekati oleh calon BN Parlimen Baling, Abdul Azeez Abd Rahim, Ketua Putera Umno Malaysia hingga sanggup mencatas Ahli Parlimen dulu, Ustazah Datuk Marshitah Ibrahim.
Tapi Azeez tidak tahu, gejala MAT REMPIT ini adalah hasil didikan cara Umno dan BN. Hatta Islam Hadhari pun gagal membanteras gejala buruk anak-anak Melayu ini kerana itu bukan matlamat mereka!
Video Lucah: INGATKAH LAGI Isyarat MB PAHANG INI?
Tiada akhlak, tidak beradap dan jangan dijadikan ikutan. Malang, Malaysia hari ini mendapat Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang yang bermulut celupar dan tidak menghiraukan sensitiviti adat budaya dan moral, juah sekali agama yang murni!
AZIZ JAMALUDDIN Dipilih Untuk KUASAI Pemilik Tanah KG BARU?
POTENSI PAS menang di Titiwangsa cerah. Dr. Lo' Lo' Datuk Ghazali jika nak dibandingkan dengan calon BN, jauh lebih hebat dan jauh lebih mesra rakyat.
Calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Md. Tahir adalah Pengerusi Masjid Kg. Baru, iaitu sebuah perkampungan Melayu yang mundur di tengah ibu kota.
Wakil rakyat Umno di parlimen ini, dulunya gagal dan kemudiannya juga gagal dalam membangunkan satu-satunya perkampungan tradisional ini.
Apa yang mereka (umno) perjuangkan, tiada siapa yang tahu melainkan perjuangan untuk "mengisi" poket mereka.
Barangkali, Aziz Jamaluddin ini dikemukakan oleh Umno Titiwangsa untuk menjadi jambatan atau wakil para kapitalis masuk dan menguasai tanah komersial di Kg. Baru itu.
Khabarnya, Aziz bukanlah tersohor sangat di luar Kg. Baru. Malah, adalah dijangkakan, dia akan ditolak pengundi di Kg. Datuk Keramat dan Kg. Pandan.
Aziz dulunya pernah berkhidmat dengan Menteri Pelajaran, Najib Tun Razak. Pernah dilantik menjadi salah seorang setiausaha kepada menteri itu.
Biarpun Aziz berkelulusan agama, dan kerjanya pernah memantau aktiviti tok-tok gurunya yang terlibat dengan PAS, namun sikapnya yang tidak agresif gagal menonjolkan dirinya dalam Umno.
Antara tok guru Aziz ialah cucu Tok Kenali, allayarham Ustaz Mawardi Adun Lundang, Kelantan.
Aziz memang anak jati Kg. Baru, Kuala Lumpur. Dia bukanlah tokoh hebat dalam Umno Titiwangsa.
Tetapi ada sumber berkata, Aziz terpilih kerana Najib yang mahukan beliau menggantikan anak Aisyah Ghani, Astamam Aziz.
Jika, benar kata sumber itu, maka terjawablah mengapa pimpinan Umno Titiwangsa seperti Ketua Bahagiannya, Datuk Drs Sulaiman Mohd tidak hadir pada hari penamaan calon.
Jika diperhatikan, hanya penyokong dari MCA dan MIC yang beriya-iya menghantar dan memberi sokongan moral kepada Aziz Jamaluddin.
Isunya, apakah Umno Titiwangsa sekali lagi "bercelaru" dengan pemilihan tidak sekufu ini? Takkan tidak ada calon-calon yang berkaliber dalam Umno Titiwangsa yang sedang menunggu giliran menggantikan Astamam?
Jika, Aziz calon Timbalan Perdana Menteri maka sudah tentu isu utama yang terselindung di sebalik pemilihannya ialah bagi membolehkan kerajaan (khususnya proksi Najib) mengambilalih tanah-tanah Kg. Baru untuk tujuan komersial.
Jika tidak, kenapa Aziz Jamaluddin dipilih? Seorang yang tidak terkenal. Bukan aktivis hebat Umno Titiwangsa. Hanya Pengerusi Masjid Kg. Baru yang khabarnya jarang-jarang datang ke masjid...
Sebenarnya, Umno Titiwangsa dalam dilemma.
Kecelaruan yang timbul, tidak mustahil akan digunakan oleh mereka yang tidak puashati dengan pemilihan Aziz, pakat-pakat mengempen dan mengundi Dr. Lo' Lo' dalam pilihan raya ini.
Silap haribulan, jentera pilihan raya Umno yang dikuasai Drs. Sulaiman, akan diserang stroke atau ghaout yang akan menyebabkan Aziz terlondeh seorang diri.
Menurut sumber, kepincangan Umno Titiwangsa ekoran pemilihan Aziz sebagai calon, sudah memberikan kekuatan kepada PAS tidak kurang dari 30 peratus.
Jika, gerakerja tumpu diteruskan, tenaga digembeling sepenuhnya dan aktiviti mesra rakyat didominasikan segera, dekatai kaum Tionghua maka hayat calon BN mampu ditamatkan pada 8 Mac 2008 ini!
Pada firasat saya, jika Aziz Jamaluddin menang maka dia tidak akan jadi wakil rakyat tetapi akan jadi wakil kapitalis untuk melembutkan hati penduduk Kg. Baru yang memiliki tanah-tanah komersial itu untuk dilagangkan.
Hanya Aziz Jamaluddin sahaja, pada perkiraan Umno yang mampu untuk membenamkan apa jua pandangan nagetif terhadap pengambilan tanah Kg. Baru.
Sama ada Aziz sedar atau tidak, beliau sedang "diperalatkan" oeleh wakil kapitalis rakus dalam Umno itu sendiri, sudah tidak penting. Maka sebab itu, dia yang tidak tersohor dipilih bertanding kali ini!
Jika Aziz sedar, singkap selaklah lembaran kitab-kitab yang ditadah dulu, mungkin sempat undur dari terus dijadikan "perkakas" juak-juak Umno yang rapat dengan kapitalis ini.
Sesungguhnya, kapitalis Singapura antara yang telalu berahi untuk membangunkan tanah Kg. Baru ini.
Dan pihak kerajaan juga melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan membentangkan enakmen selepas pilihan raya ini, bagi membolehkan antaranya tanah Kg. Baru dimaju dan dipajakkan selama 60 tahun kepada para kapitalis pilihan hati!
SPR GILA: Kenakan DUTI SETEM Untuk Banyakkan Calon MENANG TANPA BERTANDING Dipihak BN?
APABILA Pengawai Pengurus Pilihanraya bagi Parlimen Titiwangsa enggan memberikan kerjasama dengan pihak PAS ketika bantahan dibuat, maka tentulah terdapat "sesuatu isu" tersembunyi yang hanya mereka (SPR) sahaja yang tahu.
Jika kerja mereka (SPR) profesional dan telus, dan memang sebuah badan bebas tulen, maka tiada sebab pegawai yang bertugas tidak mahu menunjukkan atau membuktikan kepada calon PAS tentang dua bantahan serius yang dikemukakan.
Tiada salah dan cacatnya, jika mereka (SPR) menunjukkan Borang Pencalonan calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Md. Tahir kepada mereka yang membuat bantahan bagi mengesahkan sama ada benar atau tidak calon BN itu tidak mendutistemkan kertas pencalonannya.
Maka, apabila diminta untuk menyemak kesahihan borang itu, mereka (SPR) enggan menunjukkannya - tentu sekali ada yang tidak kena.
Maknanya, borang itu tiada duti stem yang boleh membawa kepada kertas pencalonan tersebut ditolak (jika mengikut pekeliling awal SPR bertarik 21 Februari 2008).
Sikap memihak SPR dalam bantahan berkenaan sama ada calon BN membayar wang deposit pencalonan bernilai RM10,000 menggunakan cek atau bank draf juga ditangani penuh prajudis.
PAS membantah kerana apa yang difahamkan pada peringkat awal, deposit calon BN dijelaskan melalui sekeping cek.
Ini tentulah bertentangan dengan peraturan kerana cek tidak boleh gunapakai sedangkan deposit mestilah dibayar terus ketika penyerahan borang pencalonan tersebut.
Penamaan calon jatuh pada hari cuti hujung minggu, Ahad. Semua bank tutup. Cek tersebut tidak dapat ditunaikan pada hari itu.
Sebab itu ia tidak boleh dibayar melalui cek, kerana tidak semestinya cek tersebut laku. Mungkin cek kosong! Siapa sahaja boleh mengeluarkan cek.
Lazimnya, untuk urusan jual beli, setelah cek benar-benar tertunai, maka barulah jualbeli itu sah. Produk boleh dihantar. Selagi cek tidak clear, maka tiada penghantaran produk dilakukan.
Apabila dibantah, timbul pula kononnya calon BN ini, menjelaskan wang deposit tersebut menggunakan bank draf. Tadi katanya menggunakan cek, kini bertukar sekelip mata.
Isunya, PAS mahu melihat sendiri sebagai pengesahan benar atau tidak, deposit itu dibayar menggunakan bank draf.
Sekali lagi, pegawai bertugas (SPR) enggan memberikan kerjasama yang sepatutnya diberikan kepada bantahan tersebut.
Di manakah nilainya sebuah "bantahan" jika si pembantah tidak dapat mempastikan hakikat sebenarnya dan SPR pula menyorok bahan bukti(pengesahan) yang sepatutnya boleh dilihat dengan mata si pembantah.
Mengapa perlu mengemukakan pelbagai alasan, dan enggan memberi kerjasama yang semudah itu?
Inilah satu lagi "ketololan" Rashid Abdul Rahman dalam mengendalikan SPR. Dan orang inilah yang sangat-sangat dimahukan oleh anak Badawi untuk menjaga badan bebas yang tidak bebas ini!
Apa yang terjadi pada hari penamaan calon, banyak kes dikatakan calon-calon BN tidak mendutistemkan kertas pencalonan mereka.
Walhal, sebelum itu, pekeliling telah dikeluarkan SPR agar semua kertas pencalonan mesti didutistemkan bagi melayakkan mereka menjadi calon. Ini katanya, kehendak perundangan!
Tanpa duti stem, pencalonan seseorang boleh ditolak. Jika pekeliling ini tidak "gila" maka Dr. Lo' Lo' Ghazali yang bertanding di Titiwangsa, sudah patut diistihar menang tanpa bertanding.
Seperti yang terjadi di Marang, Terengganu, kelima-lima calon BN tidak mendutistemkan kertas pencalonan mereka. PAS membuat bantahan berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh SPR itu.
Maka ketika itulah kononnya SPR sudah memansuhkan arahan yang tadinya dikenakan duti setem. Yang peliknya surat arahan dikeluarkan pada 23hb. Februari 2008 yang jatuhnya pada hari cuti hujung minggu, Sabtu.
Bolehkah surat rasmi kerajaan dikeluarkan pada hari cuti umum? Siapa pula mengeluarkannya? Lakukah surat itu?
Ini persoalan baru disebalik isu duti setem yang dipercayai akan meragut lebih banyak "nyawa calon" dari BN jika ia terus dilaksanakan.
BN dan calon-calonnya memang memandang enteng dalam soal teknikal ini, sebab itu calonnya di Dun Kijang terjerat dengan salahlaku kebankrapan.
Walhal, ia boleh dikesan tetapi calon dan BN Kelantan tidak boleh mengesan perkara ini? Jawabnya mudah, mereka tidak ambil berat!
Apabila niat asal untuk menjerat calon-calon pembangkang tidak kesampaian, maka pekeliling baru terpaksa dikeluarkan kerana sudah dihidu lebih ramai calon BN yang tidak berdutisetem.
Inilah demokrasi ala Malaysia. Dan inilah, Pengerusi SPR yang disifatkan "gila" oleh Mahfuz Omar... Dan Pengerusi SPR inilah yang telah menambah waktu mengundi di Selangor pada pilihan raya umum 1999 dulu.
Pada saya, secara peribadi, penama Tan Sri Rashid Abdul Rahman ini ada sesuatu yang "tidak kena" sama ada pada mentalnya mahupun pada hubungan kerjanya dengan BN...
Apa yang jelas, SPR dan dia tidak profesional, tidak telus, tetapi licik mengisi kepentingan tuannya dari BN!
PAS Saman SPR: LIMA CALON BN MARANG TIDAK BERDUTI STEM!
"Kita hanya dengar pegawai berbisik sesama sendiri mengatakan arahan tersebut hanya diterima subuh tadi" - Haji HADI AWANGBy ADNAN IBRAHIM
PAS Terengganu kemungkinan akan mengambil tindakan menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana membuat peraturan yang menyusahkan mereka yang mahu menjadi calon dalam pilihan raya umum kali ini.
Timbalan Pesuruhjayanya, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong, berkata pihaknya akan menyaman SPR yang mengeluarkan surat peraturan mengarahkan mereka yang mahu bertanding dalam pilihan raya kali ini, menyerahkan borang mereka dengan dikenakan duti setem.
Beliau yang berkata demikian ketika ditemui selepas penamaan calon di Kompleks Seri Iman di sini, tengahari tadi, menyifatkan SPR ada niat buruk terhadap pembangkang.
"Sebaliknya apabila berlaku insiden di Marang di mana kesemua lima calon Barisan Nasional (BN) mengemukakan borang tidak berduti setem, dan apabila bantahan dibuat, tiba-tiba SPR mengeluarkan surat yang didakwa bertarikh 23 Februari memansuhkan surat arahan itu yang dikeluarkan pada 21 Februari," ujarnya.
Surat arahan pertama turut menyatakan mereka yang tidak berbuat demikian boleh dibatalkan menyertai pertandingan pilihan raya umum kali ini.
"Kita telah mengemukakan bantahan tersebut ke atas lima calon BN di Marang, bagaimanapun ditolak oleh SPR dengan mengemukakan alasan baru iaitu surat bertarikh 23 Februari, memansuhkan surat arahan 21 Februari.
Bagaimana ini boleh berlaku? Kita tahu di Kuala Lumpur cuti hujung minggu," ujarnya.
Kelima calon tersebut iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato' Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi kerusi Parlimen Marang, Ketua Pemuda Umno Bahagian Marang, Razali Idris, bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang, Alias Abdullah di Dun Alur Limbat, Zaidi Muda di Dun Bukit Payung dan di Dun Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad.
Sebelum itu Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengecam SPR yang menarik kembali arahan supaya semua calon pilihan raya mengenakan duti setem pada borang percalonan.
Arahan tersebut yang didakwanya cuba memerangkap calon pembangkang sebaliknya 'menikam' BN sendiri.
Ia memang cukup menyusahkan kerana surat itu dimaklumkan pada hari Khamis tetapi pembangkang dikatakan tetap berusaha mematuhinya sehingga terdapat mereka yang mahu menjadi calon terpaksa terbang ke Kuala Lumpur berikutan Terengganu cuti umum pada Jumaat dan Sabtu.
Seperti yang dialami calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa di Parlimen Kemaman, beliau terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur dengan kapal terbang pada hari Jumaat apabila mendapat maklumat pada pagi hari tersebut.
Namun begitu berlaku kepada lima calon BN di Marang mengemukakan borang tanpa duti setem.
Apabila PAS mengemukakan bantahan sebaliknya mereka mendapat pembelaan SPR.
Dalam surat SPR yang ditandatangani Setiausahanya, Dato' Kamaruzzaman Mohd Nor menyatakan, "Pegawai Pengurus boleh menolak Kertas Penamaan Calon jika sekiranya Akuan Berkanun (Borang 5 atau 5A) yang dikemukakan bersama kertas penamaan tersebut tidak mematuhi peruntukan di bawah peraturan 4 (7) Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981."
Menurut Ustaz Hadi, PAS kesal kerana penarikan balik arahan tersebut tidak dimaklumkan kepada parti-parti pembangkang.
"Kita hanya dengar pegawai berbisik sesama sendiri mengatakan arahan tersebut hanya diterima subuh tadi," katanya.
Kalau Tak "GILA" Tan Sri Rashid Tidak Berapa WARAS!
SPR terus kontroversi membuka tirai PRU 12 dengan arahan sewel "Duti Stem" dan kemudian ditarik balik kononnya!By ABDUL HALIM MOHD RASHID
Kalau tidak boleh kata gila pun, bagaimana saya hendak percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) waras, lebih-lebih lagi Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman?".
Itulah reaksi spontan Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar terhadap tindakan tidak berpedoman Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai duti setem.
"Tetapi yang lebih penting, SPR mesti membayar ganti rugi kepada semua calon yang telah bersusah payah untuk memastikan borang pencalonan mereka mempunyai duti setem.
"Ganti rugi bukan sahaja setakat kos duti setem tersebut malah mestilah menyeluruh meliputi semua kos, kesusahan serta tekanan yang dihadapi oleh calon-calon semata-mata untuk memastikan borang pencalonan mereka mempunyai duti setem seperti yang diarahkan oleh SPR," kata beliau.
Apa yang sangat menyakitkan hati, katanya, setelah calon-calon bersusah-payah memastikan borang pencalonan mereka mempunyai duti setem seperti yang diarahkan oleh SPR pada 21 Februari lalu, tiba-tiba SPR mendakwa telah mengeluarkan surat untuk menarik balik peraturan itu pada 23 Februari.
"Bayangkan susah payah yang terpaksa ditempuhi oleh calon-calon di Kedah, Kelantan dan Terengganu kerana hari Jumaat dan Sabtu adalah cuti umum di ketiga-tiga negeri itu.
"Saya difahamkan ada calon yang terpaksa naik kapal terbang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk memastikan borang pencalonan mereka mempunyai duti setem," katanya.
Tindakan SPR itu, katanya, amat menyusahkan dan menyakitkan hati.
"Saya bimbang saya tidak dapat mencari istilah yang sesuai selain 'gila' untuk menggambarkan tindakan SPR itu," katanya.
Bagi Mahfuz, hanya dua sebab sahaja yang mendorong tindakan SPR itu.
"Pertama, mereka sengaja hendak menganiaya, menyusahkan serta mengkucar-kacirkan persediaan pembangkang. Kedua, mungkin SPR gila, terutama Pengerusinya.
"Saya tidak tuduh Rashid dan SPR gila. Tetapi, saya tidak yakin mereka waras," Mahfuz mengulangi apa yang telah dinyatakan.
Ahad, Februari 24, 2008
200 SOLAT HAJAT Sebelum Iringi Dr. LO LO
SEBAGAI partai yang memperjuangkan Islam, lebih 200 penyokong PAS menunaikan solat hajat di surau bersebelahan Bangunan IKM, Kg. Pandan sebelum perarakkan calon dimulakan.
Solat hajat diimami oleh Yang Dipertua PAS Titiwangsa, Ustaz Mohd Yusuf Daud bagi memohon kehadrat Allah SWT kemenangan dan kejayaan PAS di Titiwangsa.
Dalam ucapan ringkasnya, Ustaz Yusuf berharap solat hajat itu akan dipermudahkan oleh Allah SWT dalam segala urusan kerja pilihan raya kali ini dan seterusnya PAS diberi kemenangan mengalahkan calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Md. Tahir.
DR LO' LO' Hampir MENANG TANPA BERTANDING Jika SPR Terima Bantahan?
CALON PAS Titiwangsa, Dr. Lo Lo Datuk Haji Ghazali menyifatkan SPR sebagai "pelawak" apabila tiga bantahan yang dikemukakan ditolak mentah-mentah oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya di Pusat Penamaan Calon.
Menurut Dr. Lo' Lo' yang menyampaikan ceramah sejurus keluar dari Pusat Penamaan Calon kira-kira jam 11.15 pagi, tiga bantahan dikemukakan ke atas calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Md. Tahir.
Bantahan pertama apabila pada Borang Pencalonannya menggunakan gelaran "Datuk" sebelum nama Aziz Jamaluddin Md. Tahir sedangkan ia tidak sama dengan nama di dalam kad pengenalan yang tidak punyai gelaran "Datuk".
Namun ia ditolak atas alasan, asalkan namanya ada. Soal ada title apapun tak apa, kata pegawai yang bertugas. Ia dibenarkan!
Bantahan kedua boleh dianggap serius apabila calon BN itu tidak melengkapkan Borang Pencalonan dengan duti stem (peraturan baru yang diperkenalkan secara mengejut oleh SPR).
Pegawai yang bertugas, enggan menerima bantahan itu kerana katanya, peraturan itu tidak jelas dan mereka mengambil sikap menerima pencalonan Aziz Jamaluddin.
Mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh SPR pada 21 Februari lalu, mana-mana calon yang tidak "mematikan stem hasil" boleh ditolak kertas pencalonan mereka.
Paling menyedihkan berkenaan bantahan ketiga juga ditolak mentah-mentah pegawai yang bertugas. Dr. Lo' Lo' difahamkan pada peringkat awal, calon BN menyerahkan sekeping cek untuk pembayaran deposit calon kerusi parlimen dan apabila dipersoal ianya menyalahi peraturan (cek tidak boleh digunapakai), pegawai bertugas menjelaskan ianya bukan cek tetapi bank draf.
Apabila pihak PAS memohon untuk melihat cek atau bank draf berkenaan, bagi mengesahkan status pembayaran wang deposit pencalonan, pegawai bertugas enggan berbuat demikian.
Keadaan ini amat berbaza dengan sikap pegawai bertugas di Pusat Penamaan Calon Putrajaya. Calon PAS, Haji Mohamad Nor Mohamad, dapat mengesahkan satu-satu dokumen calon lawan, kawan akrab VK Linggam.
Pegawai yang bertugas mmeberi kerjasama dalam hal ini, dan ia jelas menunjukkan sikap profesional mereka dalam menjalankan tugas berbanding dengan pegawai bertugas di Pusat Penamaan Calon Titiwangsa.
Apa yang berlaku menambahkan lagi kepercayaan PAS bahawa SPR dan kuncu-kuncunya sentiasa tidak berpihak kepada undang-undang sebaliknya terus memenangkan pihak BN, kecuali dalam perkara yang amat terang tidak boleh dielak.
Para penyokong PAS yang mendengar perkhabaran Dr. Lo' Lo' itu terus menjerit-jerit BN sebagai "penipu! penipu! penipu!" berulang kali dan SPR sebagai "barua BN!"
Adalah dipercayai, Pegawai Pengurus Pilihan Raya di pusat itu sebenarnya enggan memberikan kemenangan tanpa bertanding atas isu teknikal tersebut.
Dan jika hal demikian terjadi kepada calon PAS, maka sudah pasti kertas pencalonan mereka akan ditolak begitu sahaja bagi membolehkan calon BN diberi menang tanpa bertanding!
Lebih 3,000 Iringi DR. LO' LO Ke Pusat Penamaan Calon Parlimen Titiwangsa!
HAMPIR 3,000 penyokong PAS mengiringi calon Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Datuk Haji Ghazali ke Pusat Penamaan Calon di Sek. Men. Aminuddin Baki, Kg. Pandan, pagi tadi.
Dr. Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat diarak sejauh 1 km dengan doa wehdah dan selawat, bermula dari sebelah bangunan IKM Kg. Pandan.
Sebelum itu lebih 200 orang menyempurnakan solat hajat yang dipimpin oleh Yang Dipertua PAS Titiwangsa, Ustaz Mohd Yusuf Daud di surau bersebelahan IKM.
Para penyokong telah berkumpul sejak jam 7.00 pagi terdiri dari muslimin dan muslimat, juga kanak-kanak dengan kawalan keselamatan dari Unit Amal PAS Wilayah yang diketuai oleh Pengarahnya, Saifuddin Mohd Yatim.

