KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Februari 27, 2008

NAZRI Kata Tak Boleh, ANWAR AKAN TANDING Juga!

Wan Azizah akan beri laluan kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil selepas 15 April ini!

By ANALISIS AGENDADAILY

BUKAN Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail saja tetapi suami beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pemimpin de facto parti itu juga ada bercakap secara terbuka bab ini.

Selesai saja tempoh edah kes mahkamahnya pada 15 April ini mana-mana kalangan ahli parlimen parti pembangkang yang menang pilihanraya umum ke 12 ini akan letak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam pilihanraya kecil.

Apapun yang paling awal istihar nak beri laluan itu ialah Wan Azizah yang akan berentap buat kali kedua dengan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Pirdaus Ismail.

Bunyinya pilihanraya ini macam main-main. Malah Pirdaus sendiri menilai Wan Azizah tidak serius nak bertanding pilihanraya jika itu maksud dan tujuannya.

Apa lagi suatu pilihanraya kecil makan belanja berjuta ringgit dan banyak masa yang terbuang begitu saja semata-mata untuk memenuhi kehendak politik seseorang.

Soalnya dari segi peraturan Suruhanjaya Pilihanraya apakah pilihanraya kecil ‘suka-suka’ ini dibenarkan?

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mana SPR antara dibawah portfolionya tegas berkata, “tak boleh.”

Ketika dihubungi petang Isnin untuk mengulas kenyataan Wan Azizah lepas penamaan calon di Permatang Pauh Ahad beliau berkata setahunya peraturan pilihanraya menetapkan pilihanraya kecil hanya boleh diadakan jika seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia atau diistihar muflis.

“Mana boleh pilihanraya kecil nak diadakan ikut suka hati saja,” katanya kepada Agendadaily.

Wan Azizah berkata, "Jika saya menang, saya akan memberi laluan kepada suami saya untuk bertanding di kerusi ini dalam satu pilihan raya kecil selepas beliau tamat tempoh yang ditetapkan undang-undang untuk bertanding pada April ini," katanya.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dengan pucuk pimpian PKR dan mereka semua telah bersetuju dengan cadangan itu.

Dalam beberapa ceramah politiknya Anwar sendiri telah memberitahu akan bertanding dalam pilihanraya kecil lepas 15 April ini.