Memorandum Bantahan penyalahgunaan RTM untuk kempen BN PRU 12 diserahkan kepada En. Najarajah, Setiausaha Pentadbiran Kementerian Penerangan Malaysia
SIDANG MEDIA Pesuruhjaya PAS Wilayah, Hj. Mohamad Noor Mohd dan Dr. Lo Lo Ghazali di luar balai pengawal, sejurus menyerahkan Memorandum Bantahan kepada wakil Menteri Penerangan, telah dipetik dan disiarkan oleh RTM melalui Berita Radio Jam 1.00 tengahari dan melalui Berita Ringkas TV2 jam 12.30 tengahari tadi (22 Feb 2008).
Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Tarmizi Mohd Jam menyifatkan langkah itu hanya helah bagi menunjukkan RTM berpegang kepada etika kewartawanan dan pemberitaan yang melaporkan apa terjadi tanpa berpihak kepada sesiapa.
Jika, betul RTM mahu profesional dalam laporannya, kekalkan cara dan gaya begitu agar semua parti politik di negara ini dapat diberi perhatian yang adil dan saksama dalam kempen-kempen pilhan raya setiap parti.
"Kita bimbang, itu hanya gimik untuk menafikan memorandum bantahan kita itu. Seolah-olah, RTM tidak berat sebelah.
"Lihat kami (RTM) melaporkan juga cerita pembangkang!" ujar beliau yang turut serta bersama Pesuruhjaya, Mohamad Noor Mohd, Dr. Lo Lo dan Ishak Surin menyerahkan memorandum bantahan itu pagi tadi.
Malam tadi, RTM melalui slot Berita Perdana memutarkan rakaman deligasi PAS Wilayah menyerahkan Memorandum Bantahan itu selama kira-kira 40 saat.
Penghujungnya, menyelitkan komen Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin yang tetap mempertahankan tindakannya menyiarkan klip video "Demontrasi Konspirasi" sehingga hari penamaan calon.
By NUR HIDAYATUL JANNAH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan