KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 22, 2008

FASIK: Umno PERLIS Sedang NAZAK, Shahidan GASAK Radzi

Radzi berkata, Umno Perlis kini berada dalam keadaan kucar kacir dan ahli-ahli tidak bersatu di ketiga-tiga bahagian iaitu Kangar,Arau dan Padang Besar. Ia berpunca dari Shahidan Kassim!

By ABDUL HALIM MOHD RASHID

SIAPAKAH orang fasiq yang dimaksudkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim?

Orang itu tentulah dari kalangan Umno sendiri kerana orang lain tidak boleh memberi sebarang pandangan mengenai perkara itu.

Ketika ditemui selepas pertemuan kali kedua beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya semalam, Shahidan dilaporkan meminta orang ramai “berhati-hati dengan berita yang datang daripada orang fasiq.”

“Esok saya akan maklumkan di Kuala Lumpur atau di Kangar, awak tahulah nanti, saya harap ia menjadi 2,000 kali tanda tanya,’’ katanya lagi kepada pemberita di Putrajaya.

Desas desus menghebohklan beliau akan digugurkan daripada senarai calon untuk pilihan raya kali ini.

Selasa lalu, media diberitahu bahawa ratusan penyokong Shahidan dalam perjalanan dengan beberapa bas ke sini untuk merayu kepada Pengerusi BN mencalonkan beliau.

Desas desus berhubung kedudukan Shahidan tersebar sejak beberapa minggu lalu berikutan kemelut politik di Perlis yang dikatakan antara lain berlaku akibat pergeseran beliau dengan Radzi yang juga penyandang kerusi Parlimen Kangar dan penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid.

Menyorot perpecahan Umno Perlis, ia menjadi besar dan terbuka dan dalam Majlis Gerak Kerja Pilihan Raya anjuran Umno Bahagian Padang Besar Disember lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad secara terbuka menyatakan sudah sampai masanya kepimpinan Umno Perlis digantikan.

Radzi berkata, Umno Perlis kini berada dalam keadaan kucar kacir dan ahli-ahli tidak bersatu di ketiga-tiga bahagian iaitu Kangar,Arau dan Padang Besar.

Beliau berkata, puncanya ialah kepimpinan Shahidan dan mengikut pandangannya sudah sampai masanya Perlis mempunyai Menteri Besar baru.

Menurut Menteri Hal Hal Ehwal Dalam Negeri itu, sebahagian besar ahli-ahli UMNO di negeri itu mahu perubahan.

“Mesti ubah Menteri Besar…dia ketua... kalau tak ubah Menteri Besar, tak bolehlah ubah kepimpinan…you duduk macam tu juga.

“Terpulang kepada PMlah…bukan saya nak ubah…saya fikir ..saya tengok sudah sampai masanya,”katanya.

Sebagai Setiausaha Agung Umno, kata Radzi, beliau nampak semuanya.

"Tiada langsung kerjasama di antara ketiga-tiga bahagian ini malah dalam satu bahagian pun tiada kerjasama antara sesama mereka,’’ katanya.

Beliau mendedahkan, Umno Perlis dilihat bermusuh sesama sendiri seolah-olah mereka berada dalam parti lain.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengumuman calon PAS Kelantan malam ini

BADAN Perhubungan PAS Negeri Kelantan (BPPNK) akan mengumumkan secara rasmi semua calon-calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada satu majlis khas bertempat di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam ini, 22 Feb.

Pengisytiharan semua calon peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen akan diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis tersebut yang bermula dengan solat Isyak dan solat hajat berjemaah.

Pada masa sama juga semua 14 kawasan seluruh Kelantan akan mengumumkan calon di tempat masing-masing secara serentak.

Menurut sumber BPPNK sebahagian daripada calon PAS pada PRU-12 ini adalah muka baru dengan dua daripadanya adalah calon muslimat.

Antara DUN yang akan menyaksikan calon baru ialah Demit, Salor, Kijang, Kadok, Kemuning, Temangan, Tendong, Wakaf Bharu dan Kok Lanas. Bagi peringkat parlimen pula hampir semuanya menyaksikan perubahan kecuali di tiga kawasan parlimen.

Antara tokoh tertinggi PAS yang akan bertanding di Kelantan kali ini ialah Timbalan Presidennya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Dalam perkembangan berkaitan, tiga kawasan parlimen di Kelantan telah diserahkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Machang, Tanah Merah dan Ketereh.

Sehubungan itu orang ramai dan penyokong PAS diminta menghadiri majlis tersebut terutamanya bagi menunaikan solat hajat khas untuk mengekalkan kerajaan Kepemimpinan ulamak yang diterajui PAS. Orang ramai yang ingin menghadiri program berkenaan diminta membawa sejadah masing-masing. Program bermula selepas Maghrib.