KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 22, 2008

BANTAH ZAM Jadikan RTM "Perkakas Jentera Penerangan" Kempen BN!



Tarikh: 22hb. Februari 2008

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
No. 18-3 (Tingkat 2), Kompleks Udarama,
Jalan 3/64A Off Jalan Ipoh,
50350 Kuala Lumpur
Telefaks: 03-40421559

Kepada:
Yang Berusaha,
Datuk Zainuddin Maidin
Menteri Penerangan Malaysia
Wisma TV Angkasapuri,
50610 Kuala Lumpur

Assalam’mualaikum wrkt,

MEMORANDUM MEMBANTAH PENYALAHGUNAAN STESYEN RADIO DAN TELEVISYEN (RTM) OLEH MENTERI PENERANGAN MALAYSIA UNTUK KEPENTINGAN BARISAN NASIONAL (BN) DALAM KEMPEN-KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM KE 12


BERHUBUNG perkara di atas, Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan amat kesal, kecewa dan sangat berdukacita dengan sikap Yang Berusaha Menteri Penerangan Malaysia yang terus mengizinkan penyalahgunaan stesyen radio dan televisyen RTM sebagai medium kempen politik Barisan Nasional untuk menangkis, menggilap dan mengelirukan fikiran rakyat serta memburuk-burukkan parti-parti alternatif di negara ini secara berniat jahat.

Memandangkan negara kita Malaysia telah merdeka lebih 50 tahun dan dalam tempoh itu, sudah 11 kali pilihan raya umum diadakan; maka selama itulah kami dapati stesyen radio dan televisyen RTM terus diperguna dan diperalatkan oleh Barisan Nasional (dulunya Perikatan) sebagai “perkakas jentera penerangan” yang berkempen secara konsisten bagi tujuan memenangkan Barisan Nasional dan sekaligus mengetepikan amalan demokrasi yang sihat.

Memandangkan negara kita Malaysia telah merdeka lebih 50 tahun dan dalam tempoh itu, sudah 11 kali pilihan raya umum diadakan; maka selama itulah kami diazab dan dinafikan untuk mendapat hak bersuara secara adil dan telus melalui stesyen radio dan televisyen RTM yang sepatutnya memberi liputan adil dan saksama sepanjang kempen pilihan raya diadakan.

Memandangkan negara kita Malaysia telah merdeka lebih 50 tahun dan dalam tempoh itu, sudah 11 kali pilihan raya umum diadakan; maka selama itulah kami sentiasa menjadi mangsa fitnah dan adu-domba Barisan Nasional yang ditabur dan dipancarkan melalui pelbagai segmen dan iklan yang penuh konsisten dan sistematik, sarat dengan propaganda murahan melalui stesyen radio dan televisyen RTM secara tidak demoktratik, diskriminasi dan berniat jahat.

Memandangkan negara kita Malaysia telah merdeka lebih 50 tahun dan dalam tempoh itu, sudah 11 kali pilihan raya umum diadakan; maka selama itulah kami rasai betapa kempen-kempen pilihan raya di negara ini hanya didominasikan oleh stesyen radio dan televisyen RTM serta media cetak dan media elektronik lain yang jelas diperlakukan oleh Barisan Nasional semahunya dengan membelakang amalan demokrasi yang sihat.

Memandangkan negara kita Malaysia telah merdeka lebih 50 tahun dan dalam tempoh itu, sudah 11 kali pilihan raya umum diadakan; maka kami perhatikan stesyen radio dan televisyen RTM yang berada di bawah Kementerian Penerangan Malaysia terus bertindak, berfungsi dan menunjuk arah bagi memenangkan Barisan Nasional dan memburukkan parti-parti alternatif dengan kedudukan seolah-olah Kementerian Penerangan Malaysia dan agensinya termasuk stesyen RTM sebagai salah satu komponen atau biro kempen jentera penerangan Barisan Nasional.

Maka atas kesedaran, keinsafan dan keprihatinan kami terhadap Kementerian Penerangan Malaysia dan segala agensinya termasuk stesyen RTM sebagai agensi kerajaan yang tidak boleh diperalat, diperguna atau diperkuda oleh sesiapapun termasuk Menteri Penerangan sendiri atau lain-lain individu yang bertaraf pemimpin negara untuk apa tujuan sekalipun bagi mencapai kepentingan politik kepartaian Barisan Nasional.

Berdasarkan rekod kempen-kempen pilihan raya yang telah diadakan sebanyak 11 kali sejak merdeka, serta rekod kempen-kempen pilihan raya kecil; kami dapati stesyen radio dan televisyen RTM terus diperguna dan diperalatkan oleh Barisan Nasional sebagai salah satu “perkakas jentera kempen penerangan” mereka dengan mengetepikan bahawa RTM adalah hak kerajaan yang dimiliki bersama oleh seluruh rakyat di negara ini.

Dan sejak parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 13hb. Februari 2008 yang lalu, sebagai bermulanya kempen-kempen Pilihan Raya Umum Ke 12 maka tiada terdapat tanda-tanda demokrasi sihat dipraktikkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia sebaliknya stesyen radio dan televisyen RTM terus diselia secara rakus oleh tangan-tangan politik Barisan Nasional dengan memuntahkan pelbagai agenda jahat untuk membunuh pengaruh dan sokongan rakyat terhadap parti-parti alternatif.

Tanpa rasa malu, mual dan tanpa perasaan bersalah, Kementerian Penerangan melalui stesyen radio dan televisyen RTM sudahpun memulakan agenda jahatnya melalui pelbagai program yang dirancang, sarat dengan pelbagai iklan politik murahan, semata-mata untuk mencapai dan menenuhi kehendak Barisan Nasional khususnya Umno bagi menarik sokongan rakyat terhadap mereka dan sekaligus meranapkan segala impian parti-parti alternatif yang dibuat secara dominasi RTM; fitnah, adu-domba, dakyah dan pelbagai macam persepsi jahat ditaburkan kepada umum melalui kemudahan stesyen ini.

Maka dengan itu, Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan membantah segala bentuk penyalahgunaan oleh Kementerian Penerangan Malaysia melalui stesyen radio dan televisyen RTM; dan kami menuntut agar Kementerian Penerangan dan stesyen radio dan televisyen RTM bersikap professional, telus, adil, saksama dan menghormati prinsip-prinsip demokrasi yang mengizinkan kempen-kempen dijalankan secara sihat, tidak memperalatkan jentera kerajaan sebaliknya berlaku adil dengan semua parti-parti politik di negara ini, sesuai dengan amalan Demokrasi Berparlimen – parti lawan parti dan bukannya parti lawan kerajaan.

Sekian harap maklum. Terima kasih.

Yang Menjalankan Amanah,

Hj. MOHAMAD NOR BIN MOHAMAD
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan


s.k - Perdana Menteri Malaysia

Tiada ulasan: