Pilihan raya kali ini, kesabaran dan kebijaksanaan anak Badawi benar-benar teruji. Beliau tidak boleh mengantuk atau berkuap-kuap, apatah lagi tidur. PRU 12 ini adalah masa depannya dan menantunya!
By TARMIZI MOHD JAM
RAMALAN banyak pihak bahawa Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan bertanding pada pilihan raya umum 8 MAc ini disahkan hari ini apabila beliau dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Rembau.
Bernama melaporkan, Menantu Perdana Menteri yang berusia 32 tahun itu merupakan antara 12 muka baru yang diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding di Negeri Sembilan.
Berbeza dengan pilihan raya umum lepas yang menyaksikan nama-nama besar berlawan sesama mereka, pilihan raya kali ini sebaliknya menampilkan muka baru yang antara lain terdiri daripada anak dan menantu pemimpin parti termasuk daripada pembangkang.
Dengan hanya tinggal sehari sebelum hari penamaan calon pada Ahad, parti pembangkang turut berhati-hati menamakan calon mereka untuk berhadapan dengan calon BN.
Berbeza dengan pilihan raya umum lepas yang menyaksikan nama-nama besar berlawan sesama mereka, ulas Bernama pilihan raya kali ini sebaliknya menampilkan muka baru yang antara lain terdiri daripada anak dan menantu pemimpin parti termasuk daripada pembangkang.
Pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang akan mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas, yang disandangnya sejak 1978.
Seperti yang dijangkakan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertanding di Pekan.
Abdullah memilih Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang telah menjadi senator selama dua penggal, untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan mencalonkan semula bekas imam besar Masjid Negara Datuk Pirdaus Ismail bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, untuk sekali lagi berhadapan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas tewas dengan majoriti tipis 590 undi pada pilihan raya umum 2004.
Di Johor dan Perak, lapor Bernama, senarai dua calon diubah pada saat akhir apabila MIC menggantikan Pengerusi MIC Tebrau M. Soorianarayanan dengan Ketua Wanita MIC Johor, T. Murukasvary, seorang guru untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh.
Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau membuat perubahan itu berikutan permintaan daripada anggota Wanita MIC yang mahukan calon wanita bertanding.
Bernama melaporkan lagi, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali mengumumkan pula, Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe bertanding bagi kerusi Parlimen Gerik dan bukannya Lenggong seperti yang diumumkan semalam.
Tiga lagi menteri besar mengesahkan akan mempertahankan kerusi masing-masing iaitu Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim (DUN Tambun Tulang), Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (DUN Pelangai) dan Mohamad Hasan bagi DUN Rantau di Negeri Sembilan.
Selepas empat kali pertemuan dengan Perdana Menteri, ujar Bernama, Shahidan akhirnya menamatkan spekulasi bahawa beliau akan digugurkan dan memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa beliau akan kekal di Tambun Tulang dan sebagai Menteri Besar jika menang.
Bagi Johor, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dijangka mengesahkan esok (Sabtu)untuk mempertahankan kerusi negeri yang bermakna semua menteri besar kekal di negeri masing-masing.
Kini, hanya tinggal Johor dan Perlis yang belum mengumumkan senarai penuh calon BN di negeri berkenaan.
Turut menarik perhatian, tulis Bernama, adalah kerusi Parlimen Lembah Pantai yang bakal menyaksikan pertembungan dua generasi apabila penyandang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhadapan dengan Nurul Izzah Anwar, anak Presiden PKR sebagai calon parti pembangkang itu.
Shahrizat, 55, yang pernah menewaskan bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum lepas, berkata beliau bersedia menghadapi sesiapa sahaja termasuk Nurul Izzah, 28, anak Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Satu sumber Umno yang dipercayai berkata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, yang juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri akan mempertahankan kerusi Parlimen Kangar.
Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya sekaligus menamatkan spekulasi beliau akan digugurkan.
Turut menarik perhatian adalah kerusi Parlimen Lembah Pantai yang bakal menyaksikan pertembungan dua generasi apabila penyandang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhadapan dengan Nurul Izzah Anwar, anak Presiden PKR sebagai calon parti pembangkang itu.
PKR hari ini mengumumkan senarai 66 calon untuk bertanding kerusi Parlimen.
Shahrizat, 55, yang pernah menewaskan bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum lepas, berkata beliau bersedia menghadapi sesiapa sahaja termasuk Nurul Izzah, 28, anak Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam Wee Choo Keong, yang menerajui Parti Demokratik Malaysia (MDP), dan Loh Gwo Burne, yang merakam klip video kontroversi mengenai pelantikan hakim, akan bertanding sebagai calon PKR masing-masing di Wangsa Maju dan Kelana Jaya.
Di Sabah, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut, Tan Sri Bernard Dompok akan bertanding kerusi Parlimen Penampang, kembali ke tempat asalnya selepas dua penggal bertanding kerusi Parlimen Ranau.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup, yang telah beberapa penggal menjadi wakil rakyat Sook, kali ini akan bertanding kerusi Parlimen Pensiangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan