Bantahan tersebut "belum pernah ada dalam sejarah Umno Terengganu", sumber itu berkata Idris mengambil langkah yang merugikan dirinya sendiri jika pilihanraya 8 Mac ini menyaksikan peningkatan kerusi pembangkang atau kekalahan teruk calon-calon Umno.
Oleh FATHI ARIS OMAR
BERATUS-RATUS penyokong beberapa bekas wakil rakyat BN yang tidak dicalonkan semula membantah keputusan pengerusinya Datuk Seri, Idris Jusoh dengan berdemonstrasi, termasuk di depan kediaman rasminya.
Tanpa mengira siang dan malam, siri bantahan itu berlanjutan hingga hari ini sejak Rabu, hari Idris membuat pengumuman calon-calon.
Penyokong-penyokong bekas wakil rakyat Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar dan Hulu Terengganu, Tengku Datuk Putera Tengku Awang tidak senang apabila dua pemimpin ini masing-masing digantikan dengan Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dan Mohd. Nor Othman
Bantahan mula kelihatan pada sebelah petang Rabu di depan pejabatnya di Wisma Darul Iman dan berlarutan hingga sebelah malam dalam tempoh beberapa hari ini.
Sebanyak 18 muka baru, termasuk lima di peringkat kerusi parlimen, disenaraikan untuk merebut 32 kerusi DUN dan lapan parlimen.
Penyokong-penyokong bekas wakil rakyat Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar dan Hulu Terengganu, Tengku Datuk Putera Tengku Awang tidak senang apabila dua pemimpin ini masing-masing digantikan dengan Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dan Mohd. Nor Othman.
Dr. Ahmad Ramzi, yang juga Setiausaha Politik Idris, dipertaruhkan untuk bersaing dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Penyokong penyandang kerusi DUN Seberang Takir, Shapian Ali turut marah apabila beliau digantikan dengan muka baru Ahmad Razif Abd. Rahman.
Begitu juga penyokong Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid yang kini digantikan dengan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, anak bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad.
Penyokong dari Dungun, penyandangnya yang digugurkan Datuk Dr Rosli Mat Hassan, dikatakan turut menyertai bantahan tersebut. Dr Rosli digantikan dengan muka baru, Matulidi Jusoh.
Laman web PAS dan blog penyokong mereka cepat-cepat menyiarkan foto-foto demonstrasi tersebut dan komentar yang menggambarkan Umno sedang mengalami masalah dalaman menjelang penamaan calon Ahad ini.
Sumber dalaman Umno memberitahu Malaysiakini, bantahan-bantahan tersebut bukan kepada parti itu tetapi secara langsung terhadap Idris yang didakwanya tidak berunding terlebih dahulu sebelum memilih calon-calon tersebut.
Pada 2004, Idris sebagai Ketua Perhubungan Umno negeri berunding terlebih dahulu untuk melancarkan kempen merampas Terengganu daripada PAS, kata sumber.
"Dulu, bukan 'Gelombang Biru' yang memberikan kemenangan kepada Umno tetapi peralihan pucuk pimpinan negara kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," katanya.
Menurut sumber itu lagi, pilihanraya kali ini benar-benar menguji penerimaan rakyat terhadap kepemimpinan Idris sebagai MB kerana pada pilihanraya lalu, mood rakyat hanya untuk menjatuhkan kerajaan PAS tanpa mempedulikan karisma seseorang pemimpin.
Malah, tambah sumber itu lagi, Idris juga "memalukan" wakil-wakil rakyat yang digugurkannya dengan memanggil mereka hadir di sidang media kelmarin.

Sambil menyifatkan bantahan tersebut "belum pernah ada dalam sejarah Umno Terengganu", sumber itu berkata Idris mengambil langkah yang merugikan dirinya sendiri jika pilihanraya 8 Mac ini menyaksikan peningkatan kerusi pembangkang atau kekalahan teruk calon-calon Umno.
Sumber itu, kini turut terlibat dalam persiapan jentera kempen Umno negeri, berkata kira-kira 100 hingga 200 orang terlibat dalam setiap bantahan.
Hari ini, katanya lagi, mereka berarak beberapa ratus meter dari pantai Batu Burok ke kediaman rasmi MB, yang terletak tidak jauh dari insiden pembakaran bendera dalam rusuhan penyokong-penyokong Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) September tahun lepas.
Bagaimanapun sumber itu tidak dapat menjangkakan sama ada bantahan ini akan berlanjutan secara senyap-senyap atau muncul melalui sabotaj dari dalam sepanjang tempoh berkempen mulai Ahad ini hingga hari pengundian.
Sementara itu kerusi DUN Kemasik yang awalnya diumumkan akan ditandingi oleh calon wanita Radilah Abd. Wahab kini digantikan dengan Rosli Othman, seorang lagi muka baru.
Pertukaran itu disebabkan "alasan teknikal", laporan The Star hari ini dipetik.
Menurut laporan itu lagi, perubahan itu yang telah disedari pada hari yang sama telah dimaklumkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan