KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Oktober 19, 2009

BN akan tinggal satu kaki jika krisis MCA berlarutan - Nizar Jamaluddin

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yakin jika krisis yang melanda MCA ini berpanjangan, sudah pasti BN akan tumbang kerana MCA adalah parti terbesar bagi kaum Cina di negara ini dan apabila ini terjadi, BN akan tinggal satu kaki.

Oleh kerana itu, tegasnya, banyak pihak mendesak Presiden MCA, Dato' Sri, Ong Tee Kiat, meletak semua jawatan termasuk Presiden MCA dan semua jawatan rasmi dalam kerajaan sebagai mengambil tanggungjawab terhadap undi tidak percaya dari ahli-ahli parti itu, 10 Oktober lalu.

Nizar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, berkata jika beliau seorang yang gentelmen, Tee Kiat patut terus meletak jawatan, ini kerana keputusan Mesyuarat Luar Biasa (EGM) partinya pada 10 Oktober lalu tidak memberi kepercayaan kepadanya lagi.

Dalam EGM MCA Sabtu lalu, para perwakilan MCA membuat keputusan untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Presidennya Dato' Seri Ong Tee Keat. Sebanyak 1,155 perwakilan mengundi usul tidak percaya terhadap Ong sementara 1,141 perwakilan menolak.

Mengulas lanjut, Nizar berkata orang Cina hari ini lebih terbuka untuk mencari pengganti Presiden MCA yang baru, walaupun perletakkan jawatan Ong Tee Kiat nanti boleh membantut usaha Pakatan Rakyat untuk membongkar siapa yang jahat dalam Umno dan MCA dalam isu PKFZ.

Ini amat perlu dilakukan sebagai pemimpin yang berprinsip, ujar beliau. Barangkali Tee Kiat tidak terlibat secara langsung dalam isu tersebut.

Nizar yakin, perletakkan jawatan Mentrei Pengangkutan itu akan menyelamat beberapa kerat pemimpin Umno dan MCA yang terlibat secara langsung dalam sakndal PKFZ itu.

Tiada ulasan: