KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 24, 2009

Genesan memang bukan Speaker yang sah - Prof Dr Aziz Bari

KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Speaker haram yang dipilih BN, Dato' Ganesan telah melanggar undang-undang kerana masih mengamalkan karier guamannya sewaktu 'dilantik' sebagai Speaker.

"Sudahlah dia melanggar undang-undang, pelantikannya juga tidak sah. Dalam erti kata lain Ganesan ini memang bukan Speaker Dun Perak. Bagi saya, Sivakumar masih Speaker yang sah," tegas beliau kepada Harakah.

Jelas Abdul Aziz, tidak ada satu masa pun menunjukkan berlaku kekosongan Speaker Dun Perak.

Malah katanya, tindakan mengusung keluar Sivakumar tidak menandakan Speaker Dun Perak itu tidak sah. Situasi ini menegaskan lagi perlantikan Ganesan adalah tidak sah.

"Ketidaksahan itu berkait-kait daripada istana, daripada SUK dan daripada polis kerana masalah pencerobohan sewaktu sidang Dun dan Speaker Sivakumar diangkat keluar oleh pegawai polis cukup menjelaskan keadaan sebenar.

"Daripada segi tindakan pihak polis yang menceroboh, itu memang tidak boleh dan polis telah melakukan jenayah. Dan daripada sudut lain, apakah perkara yang boleh menyatakan Ganesan sah sebagai Speaker sedangkan daripada awal lagi beliau tidak sah sebagai Speaker. Ini kerana perlantikan sebagai Speaker harus dibuat melalui pemilihan," tegas tenaga pengajar UIAM itu lagi.

Dakwanya, Barisan Nasional (BN) cuba menegakkan benang basah apabila memberikan pelbagai hujah kononnya Dato' R. Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri(Dun) Perak yang sah.

Lebih malang lagi katanya, mahkamah mengesahkan tindak-tanduk BN telah menjadikan kuasa mahkamah agak 'tunggang langgang'.

"Sewaktu Speaker Sivakumar menggantung Dato' Zambry Abdul Kader dahulu, BN menyatakan mahkamah boleh campur tangan dalam isu tersebut. Tetapi apabila timbul isu R. Ganesan ini, pihak mahkamah mengatakan tidak boleh campur tangan isu ini.

"Jadi, mana satu yang betul? Mahkamah mengatakan boleh campur tangan apabila hanya boleh memenangkan BN. Kita tidak mahu mengatakan BN berat sebelah tetapi itulah perkara yang berlaku. Sebenarnya apa yang betul ialah mahkamah tidak boleh campur tangan," tegas Abdul Aziz.

"Oleh kerana beliau dihalang daripada melaksanakan tugasnya, sama ada di bawah pokok atau di hotel, persidangan tersebut tetap sah. Malah prosiding mahkamah juga pernah diadakan di dalam hospital dan ia tetap sah," tegasnya.

Abdul Aziz menjelaskan, walau di mana sidang Dun Perak akan diadakan pada 28 Oktober nanti, ia tetap sah diadakan.

Tiada ulasan: