KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, September 04, 2008

Bertemu kembali di Sanggahtoksago.Com dan selamat berpuasa

SAYA mohon banyak kemaafan kerana 'meninggalkan' Sanggahtohsago.Com dalam tempoh sebulan ini. Insya-allah blog ini akan diterus. Kesibukan saya bersama Harakah, menyiap dan memilih kandungan, dami layout untuk persembahan baru terbitan dua kali seminggu dan kemudian ke Ipoh menyertai muktamar.
Selain membuat liputan penuh Muktamar PAS Ke 54 di Ipoh, saya turut menjadi menjadi perwakilan PAS Kawasan Batu.

Kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menyambut kehadiran Ramadhan moga ia diisi dengan amal ibadah dan terus-terusan mohon keampunan dari Allah SWT. Banyak amal ibadat boleh disempurnakan termasuk teraweh, qiamullail dan menderma.

Baginda RasullulLah SAW pada bulan puasa menderma seperti air yang mengalir. Amalan kebajikan yang dibuat pada bulan Ramadhan pahalanya diberi sehingga 70 kali ganda. Amalan sunat pahalanya sama seperti amalan fardu pada bulan-bulan lain. Bonus yang paling besar ialah lailatur qadar di mana pahalanya sanma dengan 1,000 bulan. Ini terkandung dalam al-Quran dalam surah al-Qadr.

Tiada ulasan: