KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 09, 2009

Tok Guru NIk Aziz rasmi Pejabat PAS PJS yang diserah Kapten (B) Zahar Hashim Sabtu ini










KAPTEN (B) Zahar Hashim, Ketua Umno Bahagian PJS yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS hujung bulan lalu akan menyerahkan Pejabat Umno Bahagian PJS ketika beliau mengepalai Umno kepada PAS.

Saya sempat mewawancara (Harakah Bil 1403) beliau dan mengorek sebab-musabab mengapa Kapten Zahar menyertai PAS pada sisipan Fikrah bertajuk "Gila kuasa dan rasuah dalam Umno". Meninggalkan Umno. Paling menarik, bersedia menanggung kos pembiayaan urusan ubahsuai pejabat, bayaran gaji kakaitangan dan sewaan bulanan bangunan.

Seingat saya, belum ada orang Umno atau pemimpin Umno yang menyertai PAS 'memunggah' sedikit hartanya untuk dikongsikan dengan PAS. Bukan sahaja membiayai kos penyelenggaraan pejabat yang baru, Kapten Zahar juga menyerahkan sebuah van jenazah untuk kegunaan PAS dan menanggung kos bantuan bulanan kepada fakir miskin.

Esok Sabtu, 10 Januari - Tok Guru Nik Abdul Aziz akan merasmikan Pejabat PAS PJS di Taman Medan selepas solat Isyak dan mengisi Ceramah Perdana di Markaz PAS Taman Medan, menghadap tapak Pasar Malam jam 9.30 malam. Turut berceramah Tok Guru, Kapten Zahar dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Solehen Mohkyi.

Tiada ulasan: