KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 19, 2012

Malangnya Hassan Ali bukan sesetia Ibrahim Ali, dia bebas "road show" ke angkasa raya

PERSPEKTIF SEJAGAT


Bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Subky Latiff menulis begini: Jika boleh kita mahu ada dalam PAS seorang  ahli macam Dato Ibrahim Ali bagi UMNO, sesudah dihina  dan dipecat dari ahli seumur hidup, dia tidak berubah setia pada UMNO, menunggu untuk diterima semula menjadi ahli UMNO. Ketika UMNO tidak bercadang untuk mengambilnya semula, dia buat macam-macam kegiatan untuk partinya yang membuangnya itu.

Apa pun Hasan tentu tidak dipecat sampai mati. Dia ada peluang untuk merayu kalau mahu, kalau dia rasa parti itu dapat menjadi saluran kepadanya memperjuangkan kepentingan Islam, bangsa Melayu dan raja. Itu pun kalau dia mahu jadi macam kebanyakan ahli PAS yang bercita-cita untuk mati sebagai ahli PAS.

Tentu ramai yang pilu atas tindakan ke atasnya, bahkan mengeluarkan air mata, tetapi tidaklah air mata itu sampai menjadi sebatang sungai baru  di Selangor. Justeru setiap ahli PAS ada juga jasanya disamping ada sebab musabab dia terpaksa dipecat.

PAS pernah memecat keahlian bekas Yang Dipertua Agungnya Dato Asri bersama beberapa orang ahli anggota Jawatankuasa Agung yang lain. Siapa kata Dato Asri tiada jasa dalam PAS? Bahkan besar jasanya kepada parti. Tetapi demi kepentingan parti, jasa-jasa yang besar dan banyak  tidak menjadi sebab seseorang  tidak boleh dipecat.

Pemecatan tidak dibuat atas kemahuan Mursyidul Am atau Presiden parti,  tetapi dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Tentunya ia tidak dibantah oleh Majlis Syura. Baca lanjut DISINI.

Tiada ulasan: