KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 19, 2012

Tahniah dan syabas PAS Kuala Langat, satu lagi ujian getir "bermain" dengan kemenangan

RESPONS SEMASA


Saya merakamkan setinggi penghargaan kepada rakan saya, YB Dr Ahmad Yunus Hairi dari Dun Sijangka atas pelantikan beliau sebagai Exco Kerajaan Selangor yang baru menggantikan Dr. Hassan Ali yang dipecat PAS.

Semua rakan-rakan PAS di Kawasan Kuala Langat, diucapkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan atas pelantikan tersebut. Moga yakin, terus sukses dan istiqamah dalam perjuangan. Ia satu lagi ujian getir "bermain" dengan kemenangan.

Rabu, 18 Januari lalu, Kerajaan Negeri Selangor menjunjung kasih kepada Sultan Selangor kerana telah berkenan menyempurnakan Istiadat Pelantikan Dan Angkat Sumpah Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) yang baharu.

"Kami percaya YB Dr Ahmad Yunus ADUN Sijangkang boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, latar belakang Ynus sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat, boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai Ahli MMKN secara efisyen dan profesional.

Tambahnya, pelantikan baharu itu turut melibatkan rombakan kecil dari segi portfolio di mana Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap Portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan manakala Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kini dipegang oleh Menteri Besar sendiri.

Jelasnya, rombakan yang berkuatkuasa hari ini dilakukan bagi memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan dengan lancar, tambahan pula Dr Ahmad Yunus sebelum ini adalah Exco pembantu untuk portfolio Belia dan Sukan.

Khalid juga mengumumkan bahawa Adun Meru, Dr Abd Rani Osman dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (Skimsel) manakala Adun Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat), kedua-dua jawatan itu sebelumnya disandang oleh Datuk Dr Hasan Ali. Baca lanjut DISINI.

Tiada ulasan: