KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Januari 17, 2012

PAS sambut baik Dr Hassan tak buat rayuan, cabar dedah senarai "perasit" dalam parti Islam itu

AMANAT PIMPINAN


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyambut baik keputusan bekas Pesuruhjaya Selangor Datuk Hasan Mohd Ali yang membayangkan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya sebagai ahli PAS seperti dilapor media.

Bagi beliau, Hasan mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk memilih.

Ketika diminta mengulas gesaan dari sesetengah pemimpin PAS yang mahu Hasan merayu, Mahfuz berkata beliau tidak boleh memberi respon kerana turut terbabit dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat yang memutuskan supaya Hasan disingkirkan.

"Saya boleh kata begini. Kalau betul seperti dilapor media semalam, saya menyambut baik keputusannya yang tidak mahu merayu.

"Saya juga mendoakan agar beliau diberi kekuatan untuk terus berjuang seperti apa yang beliau cakap sebelum ini," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena pada sidang media di pejabat Agung PAS, semalam. Baca lanjut DISINI.

Tiada ulasan: