KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 16, 2012

Tok Guru Nik Aziz mahu Hassan Ali jaga mulut celopar, jangan buat kenyataan "tak cerdik"



Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat sebagai anggota parti baru-baru ini supaya "jaga mulut" daripada terus mengkritik dasar-dasar parti Islam itu.

Mursyidul am PAS berkata, tindakan Hasan yang menyebabkannya dipecat genap seminggu lalu menggambarkan kenyataan yang "tidak cerdik", lebih-lebih lagi apabila bercakap secara terbuka kepada media milik Umno.

"Nasihat saya (pada  Hasan), jaga mulut. Jaga mulut. (Sepatutnya) kalau ada masalah apa tak betul dengan parti, kita sebut dalam mesyuarat. Ini cakap dalam surat khabar,

"Lebih-lebih lagi surat khabar Umno pula. Lepas itu dibesar-besarkan. Tak cerdik kita bila kita cakap bom bang bom bang kepada orang ramai. Nak kata bodoh tak boleh. Tak cerdiklah," katanya.

Hasan yang merupakan penceramah motivasi terkenal dipecat serta merta daripada PAS pada 8 Januari lalu kerana tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS.

Beberapa jam selepas pemecatannya diumumkan, Hasan (kanan) dalam perhimpunan di rumahnya dilaporkan menyifatkan pemecatannya hanya kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik ketua pembangkang.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di kediaman rasminya di Kota Bharu Khamis lalu, mengenai nasib Hasan, Nik Aziz berkata terpulanglah kepadanya sama ada untuk merayu atau tidak atas keputusan jawatankuasa pusat PAS itu.

"Ikut dialah. Kita beri peluang pada dia merayu. Bila merayu kita tengok keas macam mana keadaannya," katanya tanpa mahu mengulas panjang isu itu. Baca lanjut di SINI.

Tiada ulasan: