KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, September 07, 2007

Interbiu Xkusif: Murtad Guna Mahkamah, Ikut Undang-Undang?


Muqqadimmah: Isu murtad tidak ditangani pantas oleh kerajaan. Pendedahan Mufti Perak diperlekehkan. PM meminta rakyat tidak membincangkan isu ini kerana sensitif. Tetapi gerakan anti Islam terus berlangsung atas pelbagai nama. IFC dikemukakan. Ikuti cerapan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, USTAZ IDRIS Hj. AHMAD berkenaan isu kontroversi ini bersama TARMIZI MOHD JAM.TARMIZI.

Dari segi kelemahan dalam kes Rafie Syazwan. Dia orang Islam, saudara baru; bila meninggal dunia, mayatnya dituntut dan kemudiannya dibakar mengikut upacara agama Hindu. Di mana lemahnya pihak kerajaan dalam isu seumpama ini?

Apa yang kita lihat, ialah sikap biadap keluarga Rafie Syazwan ini yang tidak menghormati agama Islam yang dianuti oleh Rafie sejak lima enam tahun itu. Sebenarnya keluarganya tahu, Rafie itu sudah lama Islam. Sejarahnya, allahyarham pernah buat open house di rumahnya untuk bagi tahu bahawa dia tu orang Islam. Tiba-tiba mayatnya terus dibakar. Nak menunjukkan tentang sikap dan biadapnya yang tidak menghormati anutan Rafie yang sudah menganut Islam.

Bagaimana Ustaz melihat kes Moorthy…

Saya rasa mereka (keluarga Rafie) mengambil pengalaman dalam kes Moorthy dulu. Jadi mereka terus membakar mayat itu kerana tidak mahu terikat dengan pelbagai birokrasi dan akhirnya mayat akan disemadikan mengikut ajaran Islam. Walaupun orang pejabat agama datang, tapi mayat dah hanguspun.Ekoran dari beberapa kes itu timbul IFC. Kemudian Pak Lah buat satu kenyataan isu-isu ini tidak boleh dibincangkan secara terbuka. Disenyapkan dengan alasan isu ini sensitif untuk dibincangkan oleh semua pihak. Boleh tak isu ini di atasi dengan menghalang ianya dibincangkan.Kenyataan Pak Lah itu amat merugikan ummat Islam yang sedia sudah lemah dalam soal untuk mempertahankan aqidah mereka sendiri. Kita lihat, bagaimana beberapa sekatan program dilakukan. Berlaku sekatan di Kuala Kangsar untuk bincang isu ini di Masjid Ridzuaniah. Dihalang kerana kononnya perkara ini tidak boleh dibincang. Ini satu tindakan yang merugikan. Sedangkan kita tengok gerakan untuk murtadkan orang Islam ini, mereka tidak pernah diam. Mereka gunakan dengan berbagai-bagai cara mereka. Melalui sudut perundangan, kononnya atas hak asasi, atas perbincangan intelektual dan yang terbaru ini kita lihat mereka mengedar komik yang menceritakan tentang Jesus dan diberi percuma kepada kanak-kanak.

Kenapa perkara ini tidak dihalang kepada mereka? Sedangkan orang Islam yang nak bincang isu ini, disekat.

Kenyataan Datuk Harussani 250,000 murtad, menggambarkan isu ini sudah kritikal. Tiba-tiba kita dihalang untuk membincangkannya. Sedangkan mereka (IFC) berada pada posisi yang kuat, kita diposisi yang lemah.Maknanya tindakkan Pak Lah ini lebih merugikan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama 14 tuntutan IFC itu pun juga menekan orang-orang Islam. IFC jadi jaguh untuk murtadkan orang Islam. Seolah-olah disokong oleh pihak kerajaan. Di mana nilai sensitifnya (yang dikatakan oleh Pak Lah) isu ini? Kita sebenarnya memiliki seorang PM yang sensitif pada perkara yang tak perlu sensitif. Yang patut sensitif dia tak sensitif. Malanglah nasib kita. Dapat PM yang kredibilitinya begitu dalam menangani perkara tadi. Sepatutnya, perkara ini tak boleh dianggap sensitif kerana kita bincang mengenai hak orang Islam. Kita tak pernah ganggu agama lain macam IFC nak ganggu agama kita.

Kononnya mereka mengatakan, kenapa pula orang bukan Islam tidak ada halangan untuk nak masuk Islam?

Kita tanya balik, adakah agama awak ada penghalang nak masuk agama lain? Agama kami ada peraturan. Kronologinya mudah. Bila kita masuk Islam kena mengucap dua kalimah syahadah. Ini orang panggil aku janji macam kita beli rumah ada SMP. Ini peraturan biasa. Jadi, bila ada orang nak masuk Islam kita jelaskan perkara ini. Bukan masuk Islam kerana nak kahwin atau kerana sebab-sebab tertentu.

Pada pandangan Ustaz, adakah umat Islam menolak prinsip dialog atau wacana bebas ini… dalam membincangkan isu-isu sensitif .

PAS pernah mengadakan beberapa kali sesi dialog ini. Berkenaan Enakmen Syariah Terengganu. Isu hudud. Kita berdialog. Kita jawab tuduhan dan kekeliruan bukan Islam terhadap Islam. Yang tak mahu dialog ialah mereka yang suka mempertikaikan kebenaran. Ini masalahnya. Kita terangkan tapi dia nak samakan apple dengan orange. Jadi payahlah. Ulama-ulama kita bersedia untuk berdialog kerana kita terbuka.Berkenaan tentang wujudnya kumpulan-kumpulan seperti Sister in Islam, Islam Liberal termasuklah Kumpulan Artikel 11 yang terbaru, merupakan pemain Islam yang liberal dengan cuba melihat secara adil matematik.

Macam mana perkembangan ini…tidak dihalang oleh pihak kerajaan!

Ini satu lagi indikator yang menunjukkan tentang kerajaan yang ada pada hari ini dia tidak berusaha untuk nak memelihara aqidah orang Islam. Mereka juga tidak berusaha untuk membela ekonomi orang Islam. Ekonomi bangsa yang terlepas kepada orang lain. Walaupun kita tengok, PMnya orang Melayu, MBnya orang Melayu, Exconya orang Melayu tapi Dasar Ekonomi Baru gagal. Kemudian kita ada pula dasar yang baru tapi ekuiti orang Melayu makin teruk. Gagal semacam hinggalah dalam bab-bab agamapun nampaknya mereka (Umno) tak boleh jaga. Zaman dulu, mak bapa cukup jaga aqidah dan pendidikan agama anak-anak walaupun ekonominya lemah. Sekarang tak berlaku macam itu. Murtad sekarang cukup membimbangkan.

Macam-macam cara yang rasmi boleh digunakan oleh orang Islam nak murtad. Melalui undang-undang dan bijak juga menggunakan mahkamah. Apa yang mendorong mereka murtad?

Ada banyak faktor. Pertama, mereka tak dapat pendedahan Islam yang sebenar. Mereka hanya faham Islam dalam bentuk yang sempit. Islam pada mereka macam pergi haji, puasa, zakat, nikah cerai dan urus orang mati. Yang keduanya, mereka tidak didedahkan tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah macam yang mereka faham tentang perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan solat. Mereka tak tahu ada perkara yang batalkan Islam. Ketiga, media-media tidak fokus terutamanya media elektronik termasuk televisyen dan sebagainya. Yang dibincang dalam tv itu bukan darihal penyakit ummat. Penyakit umat ialah gejala murtad. Tak faham Islam. Yang dibincang berkenaan aspek-aspek yang tidak ada kaitan dengan penyakit umat. Sepatutnya kita sebagai seorang pendakwah, mestilah fokus kepada penyakit semasa yang dihadapi oleh ummat. Kalau sakit kepala bagi ubat sakit perut, mana sakit nak hilang.Keempatnya kita membiarkan orang-orang yang tidak ada latarbelakang agama bercakap atau memperkatakan perkara agama. Mereka tidak mahir dalam bidang agama.Yang kelima, terlalu banyak program-program hiburan macam realiti tv yang digalakkan oleh pihak kerajaan. Dibiarkan secara berleluasa yang menyeret anak-anak muda kita jauh dari beriman kepada Allah SWT. Ada Mentor, Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mencari Cinta dan macam-macam lagi. Keenam, pihak kerajaan terus menyekat program-program agama. Tazkirah Ramadhan tak dibenarkan. Ceramah disekat. Patutnya tazkirah bulan puasa ini diambil kesempatan untuk kita menyampaikan dakwah kepada ummat. Kerana dalam dua keadaan ummat Islam ramai berkumpul iaitu pada solat Jumaat dan solat Terawih. Mengapa kita tak guna kesempatan ini untuk menanamkan kecintaan aqidah kepada umat.Akhir sekali kerana tiadanya undang-undang murtad dilaksanakan di negara kita. Jadi orang tak takut murtad sebab tak kena hukum. Misal kata kes Lina Joy ni menang di pihak JAWI, tak ada ertinya juga. Murtad tetap murtad tapi tak boleh hukum mereka. Inilah masalahnya