KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, September 12, 2007

Dr. Mohd Hasyim Aktif Lajnah Buruh PAS Pusat!

PADA HEMAT SAYA
TARMIZI MOHD JAM

PADA 8hb. September 2007 lalu, berlangsung Mesyuarat Kali Kedua Lajnah Hal Ehwal Pekerja & Peneroka Bandar PAS Pusat. Dalam mesyuarat itu, saya turut mencadangkan lapan program untuk dilaksanakan pada masa terdekat. Sekurang-kurangnya selepas Idulfitri ini.

Saya dilantik sebagai Exco dengan tugas khas sebagai Pengerusi Media & Perhubungan Awam Lajnah. Antaranya, beberapa pertemuan dengan penggerak media sedang diatur termasuk menubuhkan Laman Web Buruh dan Blog Buruh.

Sepatutnya pada mesyuarat itu, rakan akrab saya, Dr. Haji Mohd Hasyim ada bersama. Saya tanya kepada kepada Timbalan Pengerusi, Cikgu Ezam Ahmad, mengapa Dr. Mohd Hasyim tidak hadir. Dia memberitahu, tiada nombor konteks.

Barangkali saya terlupa memberi nombor konteks beliau kepada Cikgu Ezam atau Setiausaha Lajnah, Wan Ghazali. Ramai kenalan Dr. Mohd Hasyim memang tidak tahu nombor konteks beliau. Malah, ada menyangka anak Balik Pulau ini sudah pindah ke Kg. Perlis setelah "menutup" GG Edar.

Dalam pertemuan singkat dengan Haji Anuar Tahir sebelum ini, saya mencadangkan nama Dr. Mohd Hasyim dan Haji Azmi Azman Johari dilantik menjadi Exco Lajnah. Haji Anuar bersetuju dan sangat berbesar hati.

Haji Azmi antara aktivis PAS Wilayah yang paling aktif dalam aktiviti NGO. Barangkali beliau terlibat tidak kurang dari tiga NGO yang kritis seperti Gerakan Mansuh ISA (GMI), Suaram dan Jerit. Bagi saya, pembabitannya itu cukup berharga untuk gerakan Lajnah ini.

Hanya Dr. Mohd Hasyim, sejak tidak lagi menjadi YDP Balik Pulau, aktiviti politiknya dalam PAS dikatakan makin hilang. Namun, hubungannya dengan pemimpin PAS terus segar.

Jadi, saya amat berharap, Dr. Mohd Hasyim dapat bergerak aktif dalam PAS khususnya bersama Lajnah Hal Ehwal Pekerja & Peneroka Bandar PAS Pusat ini kerana Lajnah ini pada realitinya sudah bertindak seperti Kesatuan Sekerja yang hebat, dan sudah tentu amat memerlukan orang seperti Dr. Mohd Hasyim.

Apapun, tahniah kepada Sdra. berdua atas perlantikan tersebut dan pastinya akan merancakkan lagi PAS Pusat dengan pelbagai program Lajnah Hal Ehwal Pekerja & Peneroka Bandar atau panggilan glamournya Lajnah Buruh!

Tiada ulasan: