KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, September 24, 2007

Mampukah BERSIH menganjurkan Perhimpunan 100,000 di Kuala Lumpur 10 November 2007 Ini?

Mohamad Sabu menyampaikan taklimat kepada Ahli-ahli Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan awal Ogos lalu... Mampukah usaha gembeling Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi yang dikepalainya mengumpulkan 100,000 rakyat di Kuala Lumpur pada 10 November 2007 nanti?


Himpunan 100,000 rakyat bukan seperti ini! Tiada sepanduk, tiada slogan, tiada ikat kepala. Ia himpunan rakyat secara aman. Hanya kibarkan bendera Malaysia dan bendara negeri-negeri... Kita mahu berhimpun secara aman!


PADA HEMAT SAYA
TARMIZI MOHD JAM

DALAM pertemuan antara Ahli-Ahli Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dengan Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi (BPDM) pada awal Ogos yang lalu, saya membangkitkan soal mood pilihan raya yang kian suram.

Bagaimana mungkin kita dapat menghimpunkan 100,000 rakyat di tengah-tengah Kuala Lumpur jika usaha mengembelingkan semangat dan keyakinan mereka tidak dilakukan, usik saya. Saya lihat, warga kota macam tidak berminat terhadap politik.

Yang turun padang, hanya aktivis atau pemimpin yang berjawatan. Rakyat mana? Orang awam mana? Ahli-ahli PAS mana? Demo kenaikan harga minyak, tidak dapat sambutan! Undi di kawasan orang Melayu makin merosot…

Pertemuan itu dipengerusikan oleh Pesuruhjaya, Haji Mohd Noor Mohamad yang dihadiri Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi, Haji Mohamad Sabu dan Koordinatornya, Haji Anuar Tahir.

Dalam pertemuan yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Wilayah itu, saya syorkan agar PAS di setiap kawasan membentuk badan atau jawatankuasa Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi yang bertanggungjawab terus kepada menggerakkan pelbagai program di kawasan masing-masing yang menjurus kepada perhimpunan tersebut.

Haji Anuar Tahir bersetuju penuh dengan syor saya itu. Kata saya, ia suatu langkah penting untuk menggerakkan akar umbi dalam tempoh terhad lebih kurang tiga bulan dari tarikh pertemuan. Sekarang tinggal lebih kurang dua bulan. Masa begitu singkat!

Saya menyebut semua program ceramah kelompok, usrah, kelas pengajian, ceramah umum, motivasi, mesyuarat dan pertemuan serta aktiviti PAS yang lain mesti mengetengahkan agenda perhimpunan 100,000 ribu itu. Itu mauduknya. Jangan sekali-kali dilupakan dari setiap program yang anjur. Samada kepada ahlik-ahli mahupun kepada umum.

Jika tidak, kata saya, usaha ini sukar direalisasikan. Ia hanya akan jadi cakap-cakap politik. Waktu pertemuan itu diadakan, belum lagi tercetusnya Tragedi Batu Buruk. Belum ada iklan memburuk-burukkan PAS dengan cerita bakar bendera. Belum ada orang PAS ditembak dengan peluru hidup.

Selepas tragedi buruk di Batu Buruk itu, tiadalah diketahui sejauh mana pula harapan rakyat untuk hadir ke perhimpunan 100,000 anjuran BERSIH ini. Lihat artikel dalam blog saya "Pembangkang Terima Peluru Hidup, Mata Babi Terbeliak Besar" pada alamat

Pada hemat saya, setelah dua bulan berlalu, saya lihat banyak kawasan yang masih terkial-kial dalam isu himpunan 100,000 ini. Malah saya sebut dalam Taklimat Penerangan Pilihan Raya anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat pada 16 September 2007 lalu, kebimbangan kami di Wilayah Persekutuan untuk menghimpunan rakyat ke perhimpunan itu.

Haji Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat turut khuatir perkembangan apa yang saya dakwa itu. Katanya, kalau Wilayah tak bersedia, macam mana kawasan dan negeri lain. Sedangkan Wilayah tuan rumah, tegas beliau ketika respon kepada komen saya itu.

Hujah saya cukup relevan. Jika Ahli Jawatan Kuasa PAS Kawasan pun tidak ghairah bertanya darihal tarikh dan perhimpunan itu, maka agak mudah untuk meramal semangat akar umbi untuk menyertai perhimpunan tersebut nanti.

Tidak seperti orang tertanya-tanya, kisah Batu Buruk atau penangkapan Anwar Ibrahim dalam gelombang reformasi dulu. Minat mereka berkobar-kobar. Semangat mereka berapi-api. Tekad mereka utuh dan pejal.

Minat, semnagat dan tekad AJK dan ahli-ahli, pada saya agak suram, lemah dan layu. Mereka tidak bertanya dari hal Perhimpunan 10 November itu. Mereka tidak berusaha untuk mengajak kawan-kawan atau melobi rakan taulan untuk ke perhimpunan itu.

Malah, saya rasa, tiada “kejutan” dibuat oleh PAS Pusat mahupun PAS Negeri dalam program mega 100,000 ini. Sebagai contoh, disebarkan poster “Himpunan Rakyat 100,000 – 10 November 2007” ke kawasan dan cawangan, sudah tentu ia akan jadi bualan dan siulan. Paparkan objektif dan perkara yang perlu di bawa ke perhimpunan aman itu. Ini penting, bagi menggerakkan akar umbi.

Haji Muhamad Sabu dalam pertemuan itu meminta PAS Wilayah Persekutuan menyedia dan menggerakkan 10,000 ahli dan penyokong BA untuk menyertai perhimpunan. Hujahnya mudah, Wilayah sebagai tuan rumah. Dari segi angka, ia begitu besar untuk dicapai kiranya tiada usaha seperti yang diperkatakan tadi.

Pemuda PAS Pusat boleh kumpul 50,000 setakat ini, suatu yang unggul. Kalau dicampur ieteri mereka sahaja, 100,000 sudah digoyang oleh pemuda sahaja. Tetapi, makna himpunan ini biarlah lapisan bangsa dan umur meratai Kuala Lumpur.

Himpunan ini adalah himpunan aman. Tiada bendera parti dikibarkan. Tiada senjata hatta sebesar mancis apipun dilarang bawa sama sekali. Tiada ceramah atau teriakan slogan. Hanya berhimpunan tanda protes kepada kerajaan yang masih tidak memberikan pilihan raya adil dan bersih.

Soalnya, apakah semudah itu kita menghimpunan rakyat? Apakah semudah itu pihak polis membenarkannya? Dan apakah semudah itu puak Umno membiarkan himpunan itu menujah kepala mereka?

Pada hemat saya, pimpinan PAS juga boleh menjangkakan, apa jua provokasi akan dilakukan oleh mereka. Ya! Seperti di Batu Buruk. Berpuluh atau berates barangkali tempat itu dijadikan ceramah, tiada huru hara berlaku, tup-tup kali ini terjadi “rusuhan”….

Nota: Foto-foto dikutip dari pelbagai blog dan website tersohor di maya internet.

Tiada ulasan: