Suwandi antara yang ditembak dengan perluru hidup dalam apa yang dikatakan "rusuhan" di Batu Buruk, Terengganu. Inilah nasib anak merdeka... di tanahair sendiri!
Penduduk Tanjung Labian, Sabah mengucapkan salam takziah buat Pak Lah... Mereka sayangkan Umno tetapi pemimpin Umno tidak mempedulikan mereka. Simbolik! Mereka menyelimut mayat dengan bendera Umno - Sang Saka Bangsa!
PADA HEMAT SAYA
TARMIZI MOHD JAM
TARMIZI MOHD JAM
LEBIH 120,000 ekor babi mengundang isu baru yang boleh dikaitkan dengan pelbagai persepsi. Tiga kawasan tumpuan iaitu Bukit Bruang, Paya Mengkuang dan Man Lok. Semuanya di Melaka. Dulu, isu babi yang tragis berlaku di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan, jiran Melaka.
Kesian penduduk sekitar tiga tempat yang dijadikan kubu babi yang sekian lama memanjang hirup udara busuk saban hari. Bayangkan, setelah 50 tahun merdeka, mereka tidak dipedulikan. Taukeh babi pula dipuja dan dipuji.
Bayangkan 60 tahun babi diternak di kawasan ini. Tanpa lesen! Guna pula tanah kerajaan. Kalau orang Melayulah yang beroperasi begini, rasanya habis kena ratah oleh jentolak kerajaan. Habis taukeh-taukeh Melayu ini dicekup dan dipanjarakan.
Ulasan dan komen penduduk ketika diinterbiu sebuah stesyen tv, membuktikan tiada sebarang tindakan diambil oleh YB-YB mahupun Umno atau pihak kerajaan sebelum ini.
Pada hemat saya, sudah tentulah penduduk yang menjadi pendinding Umno (BN) di sana, tercemar dengan najis babi, bau busuk dan entah apa-apa lagi hasil dari aktiviti kebabian di tiga tempat itu. Yang jelas, mereka sudah derita dengan ancaman bau busuk babi. Dari anak masih kecil hinggalah kini sudah dewasa panjang …
Banyak juga dikhabarkan laporan dan aduan dibuat penduduk kepada pemimpin peringkat akar pokok hingga ke pucuk pokok. Pemimpin kelas bilis dan belanak hingga ke kelas jerung. Tetapi tidak pernah diendahkan kerana pihak-pihak ini agaknya cuba mempertahankan 76 taukeh babi yang “kebal” itu. Ini menyebabkan tiada siapa berani bertindak ke atas tiga kubu babi terbabit.
Pada hemat saya, ada kemungkinan laporan dan aduan yang dibuat penduduk dipetisejukkan oleh pihak-pihak sepatutnya bertindak. Mungkin ada juga “suapan” dari taukeh-taukeh babi ini. Maklumlah macam saya tulis “Umno Tidak Pernah Puasa Terima Rasuah!” lihat http://sanggahtoksago.blogspot.com/2007/09/percayakah-anda-umno-tidak-pernah-puasa.html

.Kalau tak masakan azab sangat mahu membanteras tiga kubu babi itu.
Tentulah ada rasuah agaknya, agar premis mereka tidak disodok. Babi mereka tidak dibunuh atau dipindahkan ke tempat yang lebih menyusahkan mereka. Ini bisnes mereka. Ini kekuatan mereka. Sudah tentu jugalah mereka gunakan “kuasa politik” dalam mempertahankan kubu babi mereka.
Bila stesyen tv dan media cetak lainnya bergegas membuka pekong busuk babi di tiga tempat itu, maka barulah pihak-pihak tertentu tadi membuka mata. Sekadar buka mata tetapi masih liat untuk mengambil tindakan. Taukeh babi masih kebal, sekalipun pasukan keselamatan dan penguatkuasa lain datang untuk bertindak.
Tiada seorangpun terbunuh atau ditembak dengan peluru hidup seperti di Batu Buruk. Taukeh-taukeh babi hanya “menghalau” mereka dengan cukup mudah. Maka, menanglah taukeh-taukeh babi itu mempertahankan kubu babi mereka.
Lebih teruk lagi, ada pandangan bodoh, “kununnya” isu babi di Melaka ini dikhautiri akan dilihat sebagai isu perkauaman! Ia tidak boleh dibincang pada dada media. Sayapun hairan, apa kena-mengenanya binatang debab berkaki empat, pendek pula, dikaitkan dengan perkauman.

Babi di mana-manapun sama saja. Babi di Australia, babi di China mahupun babi di Indonesia, tiada bezanya. Jika, babi menjadi makanan lazat orang Cina, bagi saya tidak sama sekali membincangkan isu babi akan menjadi isu perkauman. Itu suatu hujah yang dangkal dan tumpul. Malah hujah yang mereput sama sekali!
Isunya ialah isu alam sekitar. Isu ketenteraman dan kesejahteraan penduduk lain yang tiada kaitan dengan babi tersebut. Kalau najis babi sudah melimpah ke sungai, sudah tentulah air sungai itu tercemar teruk.
Ditambah pula sisipan bau busuk yang kelak dan pahit. Bau busuk ini akan menusuk masuk ke lubang hidung siapa sahaja di ketiga-tiga tempat itu, tanpa mengira kaum atau agama. Ini kawasan penempatan. Berpuluh ribu penduduk wujud di sana.
Apakah Ali Rustam yang menjaga Melaka, mahu Bukit Bruang, Paya Mengkuang dan Man Lok diserang wabak maut Virus JE seperti yang meranapkan kubu babi di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan? Hingga mencabut berpuluh nyawa penduduk.
Inilah yang ditakuti benar penduduk di sana. Tetapi, kerajaan buat endah tidak endah sahaja. Penguatkuasa amat bimbang untuk menyelesaikan isu ini, hinggakan pasukan keselamatan yang datang untuk bertindak, terkial-kial mempertahankan diri khuatir “kununnya” terkena anak-anak babi yang dijadikan benteng taukeh-taukeh babi itu. Akhirnya, mereka balik begitu saja…
Soalnya, mengapa kerajaan beriya-iya mahu menjaga sangat kepentingan 76 orang taukeh babi itu sedangkan kesan alam sekitar dan ketenteraman terancam teruk?
Adakah kerana penduduk di sana bukan pembangkang (boleh dikatakan Umno semuanya barangkali, selain dari MCA, MIC dan Gerakan), maka mereka boleh ditarik hidung mengikut kata kerajaan atau “telunjuk politik” semata-mata?
Bagi saya, inilah malangnya menjadi pendokong Umno yang setia. Mereka akan kalah dengan pujuk rayu pemimpin mereka. Walhal, saban hari, mereka jugalah yang menghirup bau busuk najis babi itu. Inilah bukti dan iktibar, menyokong Umno tidak dapat apa-apa melainkan terus “menikmati” bau busuk babi semata-mata.
Ali Rustam hanya tersegih-segih sahaja mengulas isu ini. Cuba lihat siaran tv! Dia Naib Presiden Umno dan Ketua Menteri Melaka. Orang Melayu beragama Islam. Tetapi, tiada nada tegas atau memperlihatkan kesensitivitian sedikitpun.
Barangkali, kalau Ali bermastautin di Bukit Bruang, barulah dia tahu betapa azabnya bau busuk itu. Atau mungkin juga, itulah bau yang sangat disukainya… Kita mana tahu naluri dia! Yang jelas, tidak mungkin Ali mahu menetap di ke tiga-tiga atau salah satu dari tempat kubu babi itu.
Pada benak kepala saya, ada isu lain. Mengapa pihak keselamatan tidak “membabi buta” ketika datang ke kubu babi di sana “kununnya” untuk diambil tindakan. Di Batu Buruk, macam-macam qaul yang boleh dibuktikan betapa pasukan keselamatan begitu ghairah menggunakan senjata “kununnya” untuk meleraikan “rusuhan”.
Malah, peluru hidup yang tidak dihalakan kepada babi di Melaka itu, sanggup dimuntahkan hingga mengena sasaran paru-paru dan leher, dua ahli PAS yang berhimpun secara aman. Water Canon digunakan. Gas pemedih mata dipancut bertubi-tubi ke khalayak.
Pada hemat saya, amat malang nasib rakyat Malaysia setelah 50 tahun merdeka. Berhimpun dilarang. Permit dipohon, tidak diberi. Pembangkang sudah diikat kemudian diajak berlawan. Inilah agaknya demokrasi tulen seperti yang didakwakan oleh Senator, Tan Sri Jins Shamsuddin, artis Umno.
Nampaknya, di Malaysia menjadi babi dan taukeh-taukeh babi lebih “aulia” selepas 50 tahun merdeka. Demokrasi dan toleransi telah membela nasib mereka. Mereka tidak diacupun dengan senjata. Malah mata boleh terbeliak besar kerana satupun gas pemedih mata tidak dilantunkan kepada mereka. Jauh sekali nak bermimpi terkena peluru hidup seperti contoh terkini, Tragedi Batu Buruk.
Agaknya, babi tidak mengancam Umno di tiga tempat itu berbanding orang PAS yang silap-silap haribulan, boleh memusnahkan impian Umno bukan sahaja di Kuala Terengganu tetapi di seluruh Terengganu terlepas kepada PAS semula. Pilihan raya kian dekat, isu panas berlambak-lambak. Semuanya menjadi ancaman Umno.
Saya yakin, inilah “asbabul nuzul” kejadian Tragedi Batu Buruk itu. Ia hanya ulangan apa yang terjadi dalam isu Tragedi Lubuk Merbau dan Tragedi Memali. Dan jangan lupa, Tragedi Anwar Ibrahim yang difitnah dan disumbat ke penjara. Akhirnya, penghujung cerita, Umnolah punca segala-galanya.
Tahniah dan syabas kepada babi-babi di Malaysia. Kamu terus dipelihara dalam suasana demokrasi tulen dan hakiki… Nasibmu jauh lebih baik dari kami, pembangkang Umno sepanjang zaman.
PAS terpaksa menggerakan Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi untuk mendapatkan demokrasi. BERSIH dibentuk untuk mendapatkan pilihan raya tidak kotor. Gerakan Anti Korusi dan Demokrasi (GERAK) didendangkan, juga menuju pembentukan demokrasi tulen di Malaysia.
Tetapi, kamu babi, tidak perlu menubuhkan semuanya itu. Berlainan dengan kami yang bukan babi…
Nota: Foto-foto dikutip dari pelbagai sumber blog dan website di maya internet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan