KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, September 19, 2007

Umno Memang Tidak Pernah Puasa Terima Rasuah! Mari Baca Fakta Ini!


Kalau masuk Umno tak makan rasuah tak sah! Betulkan... nak projek kena sogok. Nak jadi Ketua Cawangan kena belanja. Apatah lagi nak jadi Ketua Bahagian, faham-faham aje le. Nak jadi Naib-Naib atau Timbalan Presidenpun kena hulur sana sini.. Rasuahlah tu!


PADA HEMAT SAYA
TARMIZI MOHD JAM


TERFIKIRKAH kita, dari mana Umno dapat duit untuk menggerakkan parti asabbiyah itu? Berribu-ribu juta dibelanja untuk apa tujuan sekalipunpun, bagi memperkasakan parti yang dulunya dinamakan Umno dan kini Umno Baru tetapi tanpa rasa malu, terus menyebut namanya Umno sahaja.

Umno 1946 iaitu Umno asal telah lama ditalqinkan. Umno hari ini adalah Umno Mahathir selepas Umno 1946 diistiharkan haram. Saya bukan nak mengungkit kembali isu pengaraman Umno dan keangkuhan Mahathir melenyapkan Musa Hitam dan Ku Li. Tetapi, ingin melihat dari sumber manakah Umno dapat duit membiayai partinya.

Dalam satu laporan polis yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1999 ada mengepilkan tiga pucuk surat dari tiga tokoh korporat yang masing-masing mengesahkan memberi wang dan saham-saham kepada Tun Daim Zainuddin dan Umno.

Surat Tan Sri Tajuddin Ramli kepada Daim Zainuddin bertarikh 24 Mei 1990 mengesahkan yang dia (Tajuddin) memegang wang berjumlah RM70,000,000 untuk Daim. Dalam satu lagi surat Tan Sri Azmi Wan Hamzah kepada Daim bertarikh 30 April 1990 mengesahkan juga dia (Azmi) memegang wang sebanyak RM150,000,000 untuk Daim.

Sementara Tan Sri Halim Saad juga menulis surat kepada Daim bertarikh 30 April 1990 yang mengesahkan juga dia (Halim) menderma harta-harta berikut pada Umno Baru; Iaitu 52,208,500 saham Faber Merlin Malaysia Bhd berharga RM1.00 sesaham dan 130,000,000 saham Renong Berhad berharga RM0.50 sen sesaham.

Apa kata Daim bila berdepan isu ini? Daim ketika itu Menteri Kewangan Malaysia dan Bendahari Umno menafikan terus tuduhan atau dakwaan itu. Segala sumbangan dan harta berkenaan, kata Daim bukan miliknya tetapi untuk Umno. Ini bermakna, Daim telah membuktikan dan mengesahkan yang Umno menerima wang rasuah.

Mengapa Tajuddin Ramli perlu berbaik hati menginfaqkan hartanya kepada Umno? Tentulah ada udang disebalik batu. Tajuddin mendapat pelbagai projek kerajaan dari dasar pengswastaan termasuk mengambil-alih Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Apa kurangnya dengan Halim Saad. Infaq hartanya kepada Umno sebagai balasan kepada pelbagai projek mega yang dianugerahkan secara terutup kepada syarikatnya Renong Berhad. Begitulah juga halnya kepada Azmi Wan Hamzah dan tokoh-tokoh korporat terkini, infaq mereka kepada Umno hanya sebagai balasan kecil kepada anugerah projek yang mega-mega diterima mereka.

Pada hemat saya, Umno terima wang rasuah ini bukan isu baru. Sekarangpun masih bermaharaja lela. Atas pelbagai nama dan cara. Musa Hitam pernah mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 20 tahun lalu, dalam perbicaraan kes samannya terhadap rakan saya penulis politik, S.H Alattas.

Musa mengaku bahawa dia ada menerima cek RM1 juta dari Clement D’Cruz iaitu pemilik Holiday Inn Plaza di Johor Bharu iaitu shopping complex yang terpanjang di sana. Bangunan itu dibina di tengah-tengah kawasan perumahan yang jelas bertentangan dengan undang-undang kerajaan tempatan. Tetapi, kerana duit, kerana rasuah, bangunan itu berdiri tersergam megah.

Musa mendedahkan bahawa wang RM1 juta itu bukan untuknya tetapi untuk Umno Johor. Musa ketika itu adalah Timbalan Presiden Umno dan juga Ketua Perhubungan Umno Johor. Kesalahan Musa sama statusnya seperti Daim dan Harun Idris.

Tetapi, Harun merengkok dalam penjara itupun bukan kerana rasuah yang dilakukannya sangat, tetapi lebih kepada isu persaingan jawatan dalam Umno. Musuh Tun Razak dan waktu itu Tun Husein Onn, Perdana Menteri yang berkuasa.

Kalau kita masih ingat, Harun dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah atas beberapa tuduhan rasuah. Antaranya, menerima sogokan wang untuk membina Bangunan Hong Kong and Shanghai Bank Corporation di Benteng, Kuala Lumpur.

Harun memberitahu mahkamah, wang sogokan itu bukan untuk dirinya tetapi untuk Tabung Kewangan Umno. Mahkamah menegaskan ia suatu kesalahan dari segi undang-undang, sekalipun untuk Umno. Maka masuk penjaralah Harun Idris ketika itu Ketua Pemuda Umno Malaysia yang bersuara lantang.

Tidak dinafikan, Harun sebelumnya sudah ada masalah dengan Tun Razak dan Tun Husein Onn dalam politik Umno. Harun adalah pencabar yang digeruni waktu itu.

Jika Musa dan Daim ketika isu rasuah wang ini tercetus, mereka “bermasalah” dengan Mahathir yang jadi PM, merekapun diramal akan berehat panjang dalam penjara. Tetapi, mereka bernasib baik kerana menjadi “pak angguk” setia kepada Mamak Bendahara yang paling berkuasa di Malaysia.

Ketua Penerangan Umno sekarang, Muhamad Muhd Taib juga pernah memberitahu Mahkamah Syeksen Shah Alam bahawa beliau tidak pernah meminta Ketua Umno Bahagian Selayang, Datuk Saidin Tamby mendapatkan habuan RM1 juta dari sesiapa sewaktu beliau menjadi MB Selangor.

Bagaimanapun, menantu tinggal Sultan Selangor dulu, mengaku bahawa Umno Malaysia telah membuat keputusan bahawa kutipan wang untuk Tabung Umno boleh dibuat oleh Umno negeri. Ini satu lagi bukti bahawa Umno memang ada membuat kerja mengutip wang bagi kegunaan parti itu. Kerja ini dilakukan oleh Umno Malaysia dan Umno Negeri.

Pada hemat saya, apa yang dilihat menimpa Harun dan Musa, membuktikan lagi Umno bersedia untuk melanggar undang-undang asalkan parti asabbiyah itu dibayar atau diberi habuan. Inilah rasuah elit dan kerana gejala ini dimainkan sendiri oleh Umno. Maka terkekeh-kekehlah para ahli korporat melihat acahan-acahan Pak Lah kini untuk membanteras rasuah.

Kata Muhamad lagi, pada zaman Mahathir, kerja kutip wang derma (rasuah) ini siap dibekalkan dengan resit. Ia buat secara rasmi tidak lagi selindung-selindung. Maknanya Umno membenarkan sogokan atau rasuah ini sejak selepas merdeka lagi tetapi di zaman Mahathir ditambah nilai dengan dikeluarkan resit.

Tindakan Umno mengeluarkan resit rasmi kepada perasuah adalah suatu keberanian dari dalam mencabar undang-undang. Jika dilihat dari persepsi lain, mungkin dengan mengeluarkan resit rasmi ini akan menggalakkan dan mengurangkan rasa takut perasuah dari kalangan korporat untuk menghulurkan rasuah kepada Umno.

Apakah sikap BPR? Tidak pernah berhajatkah untuk menjaring dan menjala jerung-jerung besar ini? Saya rasa, tentulah sukar tindakan itu mahu diambil. Iyalah untuk mengheret Umno. Sedangkan BPR duduk dibawah dagu Presiden Umno yang jadi Perdana Menteri. Sudah tentulah, yang jadi Ketua Pengarah BPR, budak “suruhan” PM.

Lihat Ketua Pengarah, Datuk Zulkifli Mohd Noor dulu yang didakwa terlibat rasuah, terus dipertahan oleh Pak Lah. Sudah berapa kali kontrak disambung. Setelah bongkor tembelang dan temberangnya, maka barulah Pak Lah beralah. Itulah masih menyanjung tinggi Zulkifli.

Mari kita tinjau isu Skandal BMF? Dalam Laporan Jawatankuasa Siasatan Skandal BMF yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ahmad Nordin, amat jelas ditonjolkan bahawa Fleet Holding yakni syarikat pelaburan bagi Umno ketika itu telah mendapat manfaat yang besar dari Skandal BMF.

Fleet Group dilaporkan menerima RM950,000 daripada Syarikat Kinfe and Dagger di Hong Kong. Malah ada dakwa lain, bangunan Ibu Pejabat Umno PWTC yang tersergam angkuh itu dibangunkan dari hasil duit Skandal BMF.

Keuntungan dari peminjam-peminjam BMF disalur balik kepada Tabung Bangunan Ibu Pejabat Umno itu. Dan tahukah kita bahawa Pengarah Eksekutif Bank Bumiputera dan salah seorang Pengarah BMF itu adalah Bendahari Jawatankuasa Tabung Bangunan Ibu Pejabat Umno PWTC.

Lakonan Pak Lah untuk membenteras rasuah hanyalah gimik untuk orang kampong sahaja. Penubuhan Institut Integriti tidak lebih dari memberi peluang jawatan dan kerja kepada suku-sakatnya. Adalah ganjil, Presiden Umno tidak tahu yang Umno terlibat dalam rasuah sejak azali lagi. Kecualilah, Pak Lah mengantuk dan tertidur juga dalam perkara sebesar ini.

Jaringan rasuah yang berlaku dalam Umno, rasanya kian meluas kebelakangan ini. Oleh kerana, Umno mempelopori taktik rasuah sebegini, maka sudah tentulah parti-parti komponennya yang lain menjejaki teladan tercela itu. Ia juga berlaku dalam MCA, MIC dan Gerakan.

Edmund Terence Gomez dalam bukunya Money Politics In The Barisan Nasional, mendedahkan secara detail jaringan politik wang dan rasuah yang berleluasa dalam parti kerajaan yang sedang berkuasa. Maknanya, Umno sememangnya tidak pernah berpuasa dari beramal dan melakukan rasuah terkutuk, tercela dan terkeji itu!

Persoalannya, apakah yang sedang dicakapkan oleh Pak Lah tentang isu rasuah ini? Bagi saya jelas, isu rasuah akan menjadi tajuk utama media cetak ketika pertabalan Perdana Menteri baru dan ketika menjelangnya demam pilihanraya.


Nota: Foto-foto dikutip dari pelbagai blog dan website tersohor dalam internet.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

This blog was... how dо I say it? Relеvant!
! Finally I have found somеthing that helpеd me.
Many thankѕ!

Feel free to ѕurf to mу ωebsite:
Hotel Discounted (Hotels_Discount) upon Twitter

Tanpa Nama berkata...

It's not my first time to pay a quick visit this website, i am browsing this site dailly and take fastidious data from here daily.

Here is my web page :: Lodge Discount (Hotels_Discount) about Twitting