KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, September 10, 2007

RESPON 5: Teguran Tarmizi Mohd Jam Perlu Diketengahkan!


SAYA berpendapat elok kiranya teguran Tarmizi Mohd Jam terhadap gelagat sesetengah wakil rakyat PAS dalam komentar beliau PAS JANGAN JADI SERUPA UMNO diketengahkan dan dibincangkan oleh pucuk kepimpinan PAS.



Sebagai parti yang memperjuangkan Islam saya kira wakil-wakil rakyat PAS perlu mencontohi kepimpinan Rasullulah s.a.w dan juga kepimpinan para sahabat dari Khalifah Saidina Abu Bakar hingga ke Saidina Ali. Inilah model kepimpinan bagi wakil rakyat PAS.

Kalau betul teguran Tarmizi bahawa sudah ada wakil rakyat PAS yang memperlihatkan "gejala metarialistik, gila pangkat, orputunis dan sikap suka fitnah-memfitnah sesama sendiri", maka gejala ini perlu dibendung serta diperbetulkan diperingkat awal ini lagi sebelum ianya menjadi penyakit.

Dengan ikhlas saya ingin cadangkan supaya kereta-kereta rasmi wakil rakyat PAS yang menjadi ahli exco diganti kepada Proton. Sebagai saorang yang pernah memilikki kereta Mercedes dan BMW (brand new dan bukan second hand) saya akui kadangkala dalam saya berjaga-jaga timbul juga perasaan riya.

Saya berkupiah sambil memandu untuk menghapuskannya tapi maseh boleh perasaan riya itu menular masuk. Kerana ingin mengelakkan diri dari riya yang merosakkan amal ibadat, maka saya jual kereta-kereta mewah itu dan kini hanya memandu sendiri kesana sini dengan sebuah kereta Proton Iswara model awal 1990an.

Ini hanyalah pengalaman saya dan tak semestinya yang berkereta mewah itu semuanya lemah seperti saya kepada desakan perasaan riya.

Saya juga hanya tinggal di rumah link house kos sederhana walau pun saya berkeupayaan membeli banglo di kawasan perumahan mewah.

Dari pengalaman saya apabila berkereta mewah seperti Mercedes dan tinggal di kawasan perumahan mewah, mahu tak mahu diri kita akan mengalami perubahan. Yang ketara sekali adalah dilanda perasaan riya.

Yang keduanya timbul nafsu tamak haloba yang susah hendak disangkal dan berlaku penumpuan segala tenaga untuk memperolehi lebeh banyak lagi kekayaan dan harta. Lama kelamaan sanggup memberi rasuah (menyuap) pihak-pihak berkuasa tertentu untuk memperolehi kelulusan permit dsbnya.

Dan kalau tak berjaga-jaga akan timbul pula perasaan besar kepala dan tak mahu mengikut nasihat dan menerima pandangan orang lain. Harta kekayaan sasaorang itu menjadi ukuran.

Hanya nasihat dan teguran dari mereka-mereka yang dianggap sama taraf dari segi kekayaan sahaja yang akan diterima. Orang-orang bawahan mula dipandang rendah dan dianggap alat yang boleh dipergunakan untuk mendapat untung. Ini antara ciri-ciri buruk yang ada pada sikap materialistik.

Oleh itu berhati-hati. Kalau kena penyakit materialistik payah diubat kecuali dengan pertolongan Allah jua.

Sobri Jehan

Tiada ulasan: