KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, September 10, 2007

RESPON 3: Web Antu Terlalu Emosional

Cubit-Cubit TOK KETAMPI

TERIMA kasih atas artikel TMJ berjudul PAS Jangan Jadi Serupa UMNO yang banyak disiarkan oleh laman web sehari dua ni… The best!



Nampaknya ada lagi orang PAS yang emosi. Dalam dunia maju macam ni pun, tak pandai gunakan emosi untuk berinteraksi.

Bukanlah bodoh sangat Saudara kita TMJ tu tulis mengenai PAS dalam internet, untuk mendapatkan respon macam komentar Web Antu tu (Tarmizi: Bomba @ Bomber!) Saya puji ulasan Marhain Tua. Nampak matang dan macam tarik rambut dalam tepung.

Tapi, WeB Antu niii tak senonoh memberikan respon.

Ada ke patut, kata dekat TMJ, yang aku sendiripun yakin dia TMJ tu… menegur dengan penuh berani dan tahu rasikonya bila berbuat macam tu. Web Antu menyalahkan orang-orang semacam TMJ yang asyik mengkritik pimpinan PAS tak tentu hala.

Itu tak betul, ini tak betul! Macamlah TMJ tu baru sehari dua menulis dan kritik orang. Kalau dia tak reti, rasa aku diapun tak gunakan internet untuk salurkan maklumat. Dia tahu akibatnya. Dia tahu baik buruknya.

Tak ada apa salahnya tulisannya tentang PAS. Yang jadi salah pada Web Antu, bila mengaitkan dan bandingkan PAS dengan UMNO. Itu saja. Memang pantang orang PAS, samakan dia dengan UMNO. Huhhhhhh

Pada hal Web Antu tu, tak pun pergi kepada perkara pokok yang dibawa oleh TMJ. Soal yang dibangkitkan bukannya soal pakaian ke atau kereta baru atau kereta buruk! Takkan orang macam TMJ, seorang aktivis parti, penulis politik yang tidak asing, berkawan ramai orang: mustahil dia tak tahu memilih isu untuk dibahaskan .

Web Antu nampaknya lebih meluru `membantai’ tulisan TMJ dengan mengemukakan beberapa `bukti’ tentang perkenalannya dengan Haji Hadi di luar negeri. Soal pakaiannya. Soal pidatonya yang ramai menyangka Haji Hadi baca teks.

Soal perbandingan dulu dan sekarang! Masa belum jadi YB dan sudah jadi YB. Apa kene-mengenanya?

TMJ dalam tulisannya bukan tuju kepada Haji Hadi. Itu jelas rasanya. Bukan juga kepada Nik Aziz.

TMJ bangkitkan soal “persembahan” antara YB yang bergelar Exco. Soal mendapat kemudahan kerajaan dan cara kemudahan itu digunakan. Bukan soal kereta lama atau kereta baru.

Rasanya TMJ sendiri tahu dan selalu menulis dalam banyak tulisannya tentang keperluan pemimpin dan ahli-ahli PAS berpakaian kemas, berjubah smart, lilit serban menarik, apatah lagi dalam soal kereta, dia pernah memberitahu kawan-kawannya betapa perlunya YB-YB dan para pemimpin PAS disemua peringkat berkereta baik, cantik dan sempurna. Sebab katanya kita nii pemimpin parti politik. Politik Islam pulak tuu…

Kita pemimpin Islam, semua hal termasuklah pakaian, tutur kata dan kereta mestilah dalam keadaan sempurna, baik dan cantik. Tidak ada cacat pada Haji Hadi atau Nik Aziz. Malah tak ada komen kepada mereka secara khusus dari lenggang-lenggok tulisan TMJ tu…

Apa yang nak dimarahkan sangat oleh Web Antu, kitapun tahu. Tapi meleret-leret sampai menyentuh perkara yang bukan-bukan. Tak tahulah kalau nak bagi tahu kat orang yang Web Antu mengaji kat luar negeri!

“Mengapa simbah minyak pada api? Patutnya simbah dengan air untuk padam api?” ulas Web Antu itu lagi dalam tulisan emosionalnya. Ini lagi penin kepala memikirkanya. Kalau teguran tulisan TMJ itu `minyak’ dan pelaku yang menjadi sasaran kepada teguran itu `api’, maka sudah tentulah sampai qiamat api akan terus menyala dan membakar siapa sahaja.

Kalau teguran itu pula dianggap `minyak’ maka sampai bila-bilapun, pemimpin PAS tidak boleh ditegur, tidak boleh dikritik, tidak boleh dikenen. Sebabnya, kalau ditegur nanti, kebakaran akan berlaku.
Api menjulang lebih tinggi!

Tulisan TMJ memfokoskan soal menggayakan kereta mewah milik kerajaan. Janganlah sampai bawak beli nasi lemak atau jalan-jalan untuk kepentingan peribadi. Itu milik rakyat. Kalau kita hentam UMNO kerana semua hal ini, bila tiba kita memerintah, kita guna pulak kereta itu untuk peribadi. Itu yang ditegur.

Macam masa muktamar dulu, ada kalangan mereka yang sampai tak turun kereta menuju dewan muktamar. Ada yang bukak sikit tingkap ada yang tutup terus. Ada yang lambai tangan ada yang senyum simpul. Ini gaya yang dipertikaikan.

Takkan lah bila dapat naik Mercedesz dah lupa ahli dan para pendokong PAS yang dhaif dan bersusah payah atas kemenangan itu.

Maksudnya, apa salahnya turun dan jalan kaki menuju dewan muktamar. Jabat salam. Senyum simpul dan Tanya khabar. Macam dulu-dulu tuuu. Inilah piagam yang disebut oleh TMJ dalam ulasannya. Piagam ini adalah piagam UMNO.

Kalau dibuat, akan timbul penyakit dalam PAS! Sebab dia akan berjangkit kepada penyakit gila pangkat, gila materialistic dan akhir sekali, budaya fitnah memfitnah menular… Tu dia!

Aku ingat, Web Antu nii…budak baru dalam PAS. Dia kenal Haji Hadi dan Nik Aziz aje gaknya. Entah lah… Kalau dia aktif dalam PAS Wilayah atau mana-mana PAS Kawasan di Malaysia niii…tak lama le jadi aktivis, sebulan dua cabut. Sebab tak tahan dengan karenah kawan-kawan dan pimpinan setempat!

Kesimpulannya, Web Antu memberi amaran supaya jangan ada orang menulis yang bersifat menegur atau mengkritik akan PAS dan kepimpinannya.

Kesimpulannya lagi satu, PAS itu tidak pernah bersalah dan pemimpinnya baik-baik belaka, tidak melakukan kesalahan atau kesilapan. Seolah-olah sifat mereka sebagai manusia yang lemah, sudah diangkat ke langit.

Inilah sebabnya PM, Dr. Mahathir Mohamad, selalu tuduh pemimpin PAS niii…MAKSUM! Undi PAS pulak masuk surga! Dan entah apa-apa lagi. Semuanya berpunca dari cara emosi yang diperkenalkan oleh mereka yang macam Web Antu niiii! Dia aje betul. Orang lain salah.


Puji aje PAS melangit baru orang itu berwibawa. Kalau tegur, hahhhh orang itu mula dipertikaikan…..malang! malang! malang!

Jauhkan emosional, dekati rasional dan tolak Barisan Nasional…………hahhahah


Tok Ketambi, TNB KL

Tiada ulasan: