KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 26, 2011

21 tahun PKM lucut senjata berdamai: Selongkar 'Kg Perdamaian Komunis' di Sukhirin, Narathiwat temui Che Dat atau Abdullah CD

Abdullah CD sedang menceritakan kandungan buku dan sejarah berkiatan kepada Pengarang Berita Harakah

Tugutanda pintu masuk utama ke Ban Chulabhorn Patana 12 atau Kg Perdamaian  yang tersergam indah

Inilah rumah kecil Abdullah CD yang dianuegrahkan Kerajaan Thailand kepadanya sebagai tempat berteduh dan menerima tetamu

Karimas (tengah) adalah anak Che Dat hasil perkongsian hidupnya dengan Suriani dan berkahwin dengan Anas Inderajaya (kanan) anak Abdullah Sudin

Ban Chulabhorn Patana 12 adalah sebuah perkampungan baru yang dibina terletak di Daerah Sukhirin, Wilayah Narathiwat, Thailand. Penduduk asasnya terdiri daripada bekas pejuang kemerdekaan Malaya dari Rejimen ke-10 Tentera Rakyat Malaya (TRM).

Sejarah kewujudan kampung ini menarik perhatian ramai, pengunjung, pengkaji sejarah dan mereka yang berjiwa anti penjajah dan sekutunya.

Selepas termeterainya Penandatangani Persetujuan Damai Hadyai pada 2 Disember 1989 antara tiga pihak - Kerajaan Thailand; Kerajaan Malaysia dan Partai Komunis Malaya (PKM), maka bermulalah kehidupan bermasyarakat di kampung ini atas bantuan Kerajaan Thailand. (Gambar: Abdullah CD menceritakan pahit maungnya berjuang memikul senjata di dalam hutan sejak dharurat 1948 diistiharkan penjajah)

Pada awalnya, kampung ini dikenali dengan nama "Kampung Perdamaian ke-4" atau Ban Rattana Kitti 4. Kemudian ia diletakkan di bawah kelolaan Institut Penyelidikan Chulabhorn.

Pada tahun 1993, Prof. Dr. Her Royal Highness Princess Chulabhorn secara rasmi membuka perkampungan ini dan sejak dari itu, kampung ini dikenali sebagai Ban Chulabhorn Patana 12.

Dari Pekan Golok, mengambil masa kira-kira satu jam perjalanan ke kampung ini. Jaraknya 60km. Kedatangkan saya sudah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pejuang kemerdekaan yang juga bekas Pengerusi Partai Komunis Malaya (PKM), Haji Abdullah CD atau Che Dat, 88 tahun. 

Saya menaiki pacuan empat roda milik menantu Che Dat, Anas Indera Jaya (Pak Anas) yang menjemput saya di Pekan Golok. Kami terus menuju ke rumah Che Dat di No 54M. 13 Ban Chulabhorn Pataya 12, T.Sukhirin, C. Narathiwat, Thailand dan terpaksa melalui hampir 12 sekatan tentera di sepanjang jalan. 

Ini kerana Wilayah Naratihiwat, Songkla dan Petani ketika ini, dalam perintah dharurat. 

Saya disambut seorang tua yang bertongkat dengan senyum lebar. Barangkali, beliau telah diberitahu terlebih dahulu oleh pembantunya, Yaakob Ibrahim atau Pak Akob, 54, tentang kedatangan saya "orang sekampung" dengan Che Dat akan tiba sebentar lagi. Kami masing-masing anak Lambor, Parit, Perak.

Che Dat dalam bukunya "Zaman Pergerakan Sehingga 1948" ada menulis beliau berasal dari keturunan Maharaja Lambor. Dan beliau juga "cucu-cicit" Dato Sagor, pahlawan terbilang yang menghalau penjajah Bristih di tebing Sg Perak.

Saya menaiki kereta berasingan dengan Cikgu Ishak Surin; Radhi Hashim dan Ali Maidin. Mereka menaiki kereta Ali, diiringi oleh Pak Akob dan tiba lebih awal. (Gambar: Di dalam Muzium Ban Chulabhorn Patana 12 ini, sarat menempatkan perkakasan senjata, bahan bacaan, alat perubatan, carta organisasi, alat penerangan dan lain-lain)

Pak Anas adalah menantu Che Dat, anak kepada Abdullah Sudin. Beliau berkahwin dengan Karimas, satu-satunya anak Che Dat hasil perkongsian hidupnya dengan wanita Tionghua bernama Eng Miing Ching atau nama Islamnya Suriani Abdullah.

Sepanjang perjalanan dari Pekan Golok menuju Sukhirin, banyak cerita yang dikisahkan kepada saya. Pelbagai soalan juga diajukan  bagi mencungkil sejarah silam, yang bagi saya amat berharga untuk dicerahkan semula. 

Dari jalan utama, masuk ke dalam hutan sejauh 17 km untuk tiba ke perkampungan yang cukup diberi perhatian oleh Princess Chulabhorn, Intitut Penyelidikan Chulabhorn dan Kerajaan Thailand. Kampung ini secara beransur-ansur dilangkapkan dengan kemudahan asas.

Berbagai rancangan kemajuan seperti pembanguna ekonomi, pembangunan kampung termasuk pendidikan untuk para penduduk dan generasi barunya disedaikan.

Walaupun keadaan sedang gawat ketika saya tiba ke sini, alhamdulillah, sepanjang perjalanan yang menerujakan itu, tiada perkara yang tidak diingini terjadi. 

Sambil tersenyum girang, Che Dat menghulurkan tangan bersalam dengan saya, sebaik melangkahkan kaki masuk ke rumahnya. Di situ telah ada Pak Akob serta Karimas.

"Apa khabo orang Lambo?" tanya Che Dat mengusik saya. "Alhamdulillah baik semuenye..." saya menjawab dalam loghat Parit.

Kedatangan saya ke sini, untuk menziarah Che Dat dan meninjau perkampungan ini setelah lebih 20 tahun PKM meletakkan senjata dan berdamai. 

Pada tahun 1993 terdapat empat kampung perdamaian (Ban Rattana Kitti) telah diserahkan di bawah pengelola Intitut Penyelidikan Chulabhorn. Kampung Rattani Kitti 4 di tukar nama kepada Ban Chulabhorn Patana 12.

Ia dirasmikan oleh Prof. Dr. Her Royal Highness Princess Chulabhorn.   Ini menjadikan ia berkembang dengan pesatnya. Di sinilah Che Dat dan isterinya Suriani tinggal bersama bekas perajurit TRM yang lain. 

Persetujuan damai Hadyai telah ditandatangani pada 2 Disember 1989.   Peristiwa bersejarah itu telah memberi sumbangan besar kepada perdamaian dan kemakmuran Malaysia dan kawasan sempadan.

Perjanjian ini menamatkan persengketaan bersenjata secara berunding dan bertolak ansur dan bukanlah dalam bentuk menyerah diri. Ketiga-tiga pihak berikrar melaksanakan persetujuan dengan sebaik mungkin.

Kerajaan Tahiland telah memberikan sebidang tanah, sebuah rumah, bantuan pembangunan kampung dan lain-lain kepada bekas pejuang kemerdekaan Malaya ini. 

Kerajaan Malaysia juga ada membuat tawaran mengizinkan mereka pulang ke tanah air dan memberi bantuan kewangan selama tiga tahun. Ada yang pulang dan ada yang menetap terus di kampung ini.

PKM membubarkan pasukan bersenjatanya dan memusnahkan berbagai jenis senjata termasuk senjata buatan sendiri seperti meriam carbine; meriam katak; periuk api; dan membersihkan periuk api di kawasan sempadan. (Gambar: Di Masjid Darul Aman inilah, pelbagai aktiviti kegamaan seperti sambutan Maulidur Rasul dan bacaan Yassin diadakan).

Pada tahun 1999, pimpinan penting daripada Ban Chulabhorn 9, Ah Ho; Ban Chulabhorn 10, Ah Chen  dan Ban Chulabhorn 11, Rashid Maidin telah datang ke perkampungan ini dalam satu pertemuan antara empat kampung dengan Mejar Jeneral Narong Den-udom.

Tapak kampung ini asalnya ialah tapak perkhemahan Pasukan Rejimen ke-10. Setelah tanah siap diukur, setiap dari mereka diberi elaun sara hidup selama tiga tahun; rumah dan tanah seluas 15 rai sekeluarga serta bantuan alat-alat pertanian seperti baja; benih; dan perbelanjaan membangunkan kampung.

Tiga tokoh PKM iaitu Che Dat atau Abdullah CD; Suriani Abdullah dan Abu Samah Mohd Kasim  diberi penghormatan sebagai pimpinan kehormat Ban Chulabhorn Patana 12. 

Mereka banyak menyumbang terhadap pembangunan "Kampung Perdamainan" ini. Tidak lama kemudian mereka menunaikan fardu haji     dan sempat meluangkan masa mengunjungi beberapa tempat seperti mengadap Sultan Perak di Malaysia; Hong Kong dan China. 

Che Dat dilahirkan 2 Oktober 1923  di Kg Lambor Kiri, Parit, Perak. Dia  terus menetap di kampung ini bersama isteri dan anak menantunya. 

Katanya, ibunya sangat bekehendakkan anak lelaki setelah dikurniakan seorang anak perempuan. Keluarganya sudah merancang nama anak itu nanti ialah "Dat". Atas keinginan inilah maka apabila beliau lahir, dia dinamakan "Che Dat".     

Ceritanya lagi, ada dua kemungkinan dengan kelahiran beliau waktu itu. Satu, umurnya tak panjang dan kedua, dia akan menimbulkan banyak masalah di kemudian hari. Ini ekoran sewaktu ibunya mengandungkan beliau, sang belang selalu menghampiri rumahnya dan ia menggemparkan jiran-jirannya.

"Mereka hairan macam mana harimau boleh sampai ke tengah-tengah kampung yang jauh daripada hutan," ujar Che Dat.

Ayah Che Dat bernama Anjang Abdullah bin Kulop Ali. Kata orang-orang tua Lambor, ayahnya keturunan Maharaja Lambor yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Maharaja Lambor ialah pengasas dan orang yang membuka Lambor di Parit, Perak.

Cerita Che Dat, ayahnya sangat membenci (getik) dengan Inggeris. Dia pernah terlibat dalam gerakan menentang Inggeris secara rahsia di Perak yang dipimpin oleh Raja Chulan pada 1930-an.

Ayahnya bercerita padanya, kumpulannya ada banyak ahli terdiri daripada orang Melayu dan Tionghua. Mereka gunakan isyarat sulit untuk mengenali sesama sendiri dan nbekerjasama antara satu sama lain.

Tetapi kumpulan ini telah diharamkan oleh Inggeris, kata Che Dat. Sultan Perak umumkan pengampunan terhadap orang-orang Melayu dalam kumpulan ini. 

Maka ramailah orang pergi ke Kuala Kangsar mengadap Sultan dan barulah diketahui bahawa kebanyakan orang lelaki di sepanjang Sg Perak menjadi anggotanya. (Gambar: Inilah adalah dewan makan untuk tetamu 5 - 6 orang yang dijaga rapi oleh seorang tukang masak perempuan).

"Jemputlah minum," tiba-tiba suara Karimas menerpa. 

Lidah rasmi PAS, Harakah Bil 1615 terbitan 18 - 20 Februari 2011 (Edisi Jumaat) telah memberi ruang di halaman belakangnya kepada Che Dat muncul menemui peminat dan pencinta kemerdekaan di negara ini. 

Beliau yang sering ditohmah dan dicop sebagai penjenayah, petualang dan pengkhianat bangsa dan tanahair selama ini, sedang giat mencerahkan sejarah hitam yang diturap oleh penjajah dan sekutunya di negara ini.

Che Dat masih memiliki daya ingatan yang sihat dan upaya mengingati banyak perkara tentang sejarah perjuangan PKM yang diketuainya selepas Musa Ahmad belot dalam perjuangan. 

Che Dat bersama isterinya, Suriani Abdullah bergerak aktif dalam memimpin Tentera Rakyat Malaya (TRM) Rejimen ke-10 sehingga rejimin ini cukup-cukup digeruni oleh penjajah British.  

Beliau merupakan pembaca setia Harakah sejak sekian lama. Melalui akhbar ini, beliau dapat mengetahui perkembangan politik tanahair di Malaysia.

Ketika kunjungan saya, Che Dat kelihatan sedikit uzur. Beliau sedang tekun membaca lidah rasmi PAS yang terkini, Bil 1612 bertajuk "Turun Mubarak". Di sudut sebelah kiri pintu masuk ke rumahnya, ada banyak Harakah terdahulu yang disusun. 

Kata Che Dat, Harakah dibeli dari seorang agen akhbar di Pekan Golok, setelah ianya dikumpulkan dua keluaran untuk satu minggu. Kemudian baru diambil. Anak menantunya yang mendapatkannya di Pekan Golok. 

"Nak langgan  dengan pos boleh ka?" tanya Cik Dat kepada saya. Boleh! Tak ada masalah, tapi sampai ke sinikah? balas saya balik. 

Lebih 30 tahun Che Dat dan rakan-rakanya menghabiskan usia tuanya di kampung ini. Ada rakan akrab juga bekas pimpinan tertinggi sudah meningal dunia seperti Abu Samah; Abdullah Sudin dan Kamaruddin Teh. (Gambar: Pusat Kesihatan ini banyak membantu penduduk di sini dalam mengekalkan kualiti kesihatan mereka).

Untuk pengetahuan, di kampung ini terdapat sebuah rumah tamu yang boleh menempatkan 10 hingga 20 orang untuk satu-satu masa. Ia dibina tidak jauh dari Masjid Darul Aman dan Muzium Ban Chulabhorn Patana 12. 

Masjid ini asalnya ialah madrasah dan kemudiannya didaftarkan di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat.  Ia didirikan pada tahun 1988 dengan belanja dari sumbangan Che Dat dan Suriani 500,000 baht; Abu Samah 100,000 baht; penduduk kampung 114,600 baht dan derma pelbagai pihak 9,300 baht.  Pelbagai aktiviti keagamaan diadakan di sini.

Sempena sambutan 50 tahun dharurat (Jun 98), mereka mendirikan tugu peringatan di tapak bekas perkhemahan Rejimen ke-10, kira-kira 1km dari Ban Chulabhorn 12. 

Di sini terdapat kesan-kesan sejarah seperti terowong, pertahanan, dapur tak berasap dan lain-lain lagi.

Banyak juga kemudahan yang disediakan di sini seperti bekalan air paip ke setiap rumah; Pejabat Kesihatan; Sekolah Rendah; Pusat Asuhan Kanak-kanak; jalan raya; bekalan elektrik; dewan serbaguna dan lain-lain lagi.  

Sewaktu mahu berangkat pulang, saya dibawa Pak Akob melihat Sekolah Dasar (sekolah rendah) dan Pusat Asuhan Kanak-kanak yang disediakan. 
Semuanya percuma. Buku teks, yuran malah ada bantuan pakaian. Ia dibiayai oleh Kerajaan Thailand. Dalam masalah kesihatan, di sini ada didirikan Pusat Kesihatan.

Sehari sebelum itu, Pak Akob mengajak kami menjengah muzium yang sarat dengan kenangan lama sewaktu Rejimen ke-10 masih bernafas. Pelbagai tinggalan dan bahan sejarah tersusun indah, termasuk pelbagai buku berkaitan perjuangan PKM dan TRM Rejimen ke-10. 

Di benak fikiran saya, jenuh membayangkan kehidupan anggota Rejimen ke-10 TRM berjuang di dalam hutan lebih 41 tahun lamanya. (Gambar: Di isilah anak-anak bekas perajurit TRM mendapatkan pendidikan rendah)

Malah, ketika "Opp Undur", tempoh berundur dari Temerloh menuju ke Selatan Thai yang mengambil masa selama setahun melalui hutan belantara itupun, cukup memilukan hati saya.          

Cuba bayangkan kehidupan di dalam hutan belantara. Nyamuk, cengkerik, binatang buas, amat bahaya. Hujan panas, embun dan lapar dahaga. Curam, gaung, lumpur. Tempat tidur entah ke mana, hiburan dan lain-lainnya "keseronokan" di ketepikan begitu sahaja.

Mereka sanggup menghabiskan umur lebih daripada 41 tahun kerana mahu membebaskan negara ini dari cengkaman penjajah Inggeris.

Ketika ini, Umno belum wujud lagi. Hanya PKM yang memekik untuk membebaskan tanahair dari penjajah. Sehinggalah Bristish mengharamkan PKM setelah dharurat dilambung tinggi. 

Ramai pemimpin rakyat marhain ditangkap dan dipenjara. Hanya PKM yang yang mengambil tindakan memikul senjata ke dalam hutan bagi memerdekakan Malaya ketika itu.   

Di perkampungan ini tiada perkhidmatan internet seperti di Malaysia. Mereka terpaksa membeli alatan khas bagi membolehkan internet dilayari.  

Di bumbung rumah mereka, ada banyak para bola. Mereka boleh menonton beratus saluran tv melalui setalit tidak berbayar. Di Malaysia, Astro mengenakan bayaran, tetapi ini tidak terjadi di Thailand.

Isterinya Hajjah Suriani Abdullah, 87, kini terlantar sakit tua, dijagai oleh anak menantunya Karimas (anak Che Dat dengan Suriani) dan Anas Indera Jaya atau Pak Anas (anak Abdullah Sudin).

Rumah mereka bersebelahan sahaja. Tidaklah besar, diperbuat dari kayu dan diubahsuai bahagian bawahnya dengan batu-bata. Di sebelah kanan rumah Che Dat ialah rumah Pak Anas, menantunya. Dan di sebalah kiri pula rumah Allahyarham Abu Samah Mohd Kasim, salah seorang pimpinan tertinggi PKM. (Gambar: Tarmizi menyampaikan sumbangan 50 naskah al-Quran kepada Abdullah CD sebelum berangkat pulang).

Kini bekas pejuang-pejuang kemerdekaan Malaya, menetap di "Kampung Perdamaian" sudah 21 tahun, selepas termerai Penandatanganan Persetujuan Damai Hadyai, 2 Disember 1989 antara Thailand, Malaysia dan PKM. 

Sebelum berangkat pulang, Ishak dan Ali turut menyumbangkan sedikit wang untuk pembangunan masjid dan muzium kepada Che Dat dan kami semua turut menerima beberapa buah buku "Memoir Abdullah CD" dari beliau sebagai buah tangan.


Saifuddin Nasution: Mahathir, Najib harus bertanggungjawab terhadap video seks palsu


Fitnah telah menjadi budaya dan amalan UMNO sejak sekian lama, malah di saat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa.  Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Anwar Ibrahim tidak mengejutkan.

Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik (gambar kiri) dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam UMNO, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Najib Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab.

Ini kerana kedua-dua tokoh memainkan peranan penting menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi alat bagi menjayakan sesuatu fitnah.

Pada tahun 1998, Anwar difitnah melakukan liwat dalam satu konspirasi oleh Mahathir yang turut melibatkan hakim, polis, Peguam Negara serta beberapa individu.  Rekod menujukkan mereka diberi ganjaran besar. Hakim Mahkamah Tinggi, Augustine Paul dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Hakim Mahkamah Persekutuan.

Manakala Hakim Mahkamah Rayuan, Pajan Singh Gill dan Richard Malanjum dinaikkan pangkat sebagai sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.  Ariffin Jaka juga dinaikkan dari Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.  Mereka dinaikkan pangkat lebih awal berbanding hakim-hakim yang lebih senior ketika itu seperti Gopal Sri Ram, Mokhtar Sidin, Denis Ong and Abdul Kadir Sulaiman.  Peguam Negara, Mohtar Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Pegawai penyiasat, Musa Hassan meroket daripada ke SAC2 kepada SAC1, Pengarah Siasatan Jenayah dan kemudiannya Ketua Polis Negara.  Timbalan Pendakwaraya, Abdul Gani Patail dinaikkan sebagai Peguam Negara.

SAC 1 Mohd Rodwan Mohd Yusof dilantik menjadi Ketua Polis Melaka.

Individu lain seperti seperti Azizan Abu Bakar yang pada asalanya adalah seorang pemandu telah mendapat ganjaran dan djadikan pengarah sebuah syarikat.

Kemudian fitnah ini diteruskan oleh Najib mencipta satu lagi konspirasi baru, kali ini tuduhan rekayasa dibuat dengan Anwar dituduh meliawat Saiful Bukhari Azlan.  Apakah ada yang percaya bahawa Saiful dan pemain-pemain lain yang menjayakan skrip fitnah ini tidak diberi ganjaran?

Ummi Hafilda Ali kini berceramah ke seluruh negara memburukkan Anwar.  Malaysiakini baru-baru mendedahkan pengakuan seorang ahli perniagaan, Baginda Minda yang mendakwa bahawa seorang menteri senior menawarkan sehingga RM10 juta kepada Ummi Hafilda untuk berbohong terhadap Anwar di dalam mahkamah.

Natijahnya, Mahathir dan Najib seolah-olah memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka digalakkan memfitnah dengan ganjaran besar menanti.  Malah mereka juga akan dilindungi.  Kerana itu, Rahim Tamby Chik dan individu-individu tersebut berani membuat video seks palsu, iaitu fitnah terbesar dan terjijik setakat ini di Malaysia.   

Najib dan Mahathir mesti memikul tanggungjawab!

Sumber: Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution Ismail (gambar kiri) selaku Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.

Nik Nazmi dakwa Perdana Menteri dan Umno terlibat dalam video seks Anwar


Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka "Dato T" berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Anwar Ibrahim.

Eskay (gambar kiri) menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut.  Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Eskay sendiri.  Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.

Pengakuan Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut.  Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.

Saya juga mendesak Perdana Menteri sendiri memberi maklumbalas kepada satu laporan bahawa ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini.  KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas.

Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu.

Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini.

Sumber: Kenyataan media oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar kanan) selaku Pengarah Komunikasi PKR.



Siasatan video seks Anwar lancar: Rahim, Eskay nafi ditahan, polis cuma soalsiasat Shuib



Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, masing-masing menafikan mereka ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal dengan seorang wanita.

Laporan the Star Online hari ini berkata kedua-dua mereka dipercayai ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.

"Apa? Saya tak tahu yang saya ditangkap. Sekarang ini saya di rumah. Saya hanya ke (ibu pejabat) polis malam tadi bagi membantu siasatan mereka dan setelah beri keterangan, saya pulang ke rumah. Tiada disebut mereka mengenai tangkapan. Mungkin mereka (the Star) anggap beri keterangan malam tadi sebagai tangkapan. Saya tidak tahu. Saya di rumah,” kata Rahim.

Eskay pula yang sedang tidur, ketika dihubungi melalui telefon juga terkejut apabila diberitahu mengenai laporan portal berita itu.

"Malam tadi, saya hari beri kenyataan mengikut Seksyen 112 (Kanun Prosedur Jenayah). Saya serahkan rakaman video dan itu sahaja. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pulang lebih awal selepas kenyataannya dirakamkan. Saya pulang kemudian selepas menyerahkan barangan berkenaan untuk siasatan polis. Saya tidak tahu banyak mengenai prosedur polis kerana jarang berurusan dengan mereka (polis). Namun, saya tidak fikir yang sama ditahan. Saya tidak menandatangani apa-apa dokumen.

“Saya sekarang di rumah dan sedang tidur bila awak telefon. Saya deman selesema akibat terkena hujan lebat semalam. Maaf, saya agak pening kerana demam,” kata Eskay.

Sementara itu, akhbar harian berbahasa Cina hari ini melaporkan Datuk Shuib Lazim - datuk ketiga dalam kumpulan 'Datuk T' - dibawa dari rumahnya di Sungai Petani, Kedah ke Bukit Aman.

Menurut isteri Shuib, polis datang dengan menaiki kereta peronda. Adalah dipercayai beliau sedang memberi keterangan di Bukit Aman. Isnin lalu, Rahim dan Eskay yang menamakan kumpulan mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim sebagai 'Datuk T' mengaku bertanggungjawab menayangkan video lucah kepada wartawan terpilih di hotel Carcosa Seri Negara.

Semalam, Rahim yang juga bekas ketua pemuda Umno memberi keterangannya kepada polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kepada polis.

Selain itu, beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam. Selain Rahim, turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam ialah Eskay.

Ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul juga memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bukan dua lelaki yang dilaporkan ditahan polis itu. Johari sebelum ini pada sidang akhbarnya mengakui menonton pita video lucah yang ditunjukkan kepadanya oleh kedua-dua Rahim dan Eskay pada Isnin lalu.

Bekas pengawal peribadi Megat Junid dakwa Eskay sakit hati kerana jambatan bengkok



Seorang bekas pengawal peribadi mendakwa kontroversi video seks politik yang terbaru muncul kerana ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berang dengan ketua umum PKR yang enggan membalas 'jasanya'.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat dengan seorang Menteri mendakwa Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi dalam kes saman sivil yang membabitkan projek 'jambatan bengkok'.

Mahti, seorang anggota Unit Tindakan Khas Polis yang kemudiannya berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada bekas timbalan menteri dalam negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, adalah antara saksi dalam kes berkenaan.

Dalam keterangannya, Mahti berkata Megat Junid telah menyerahkan surat tawaran daripada Unit Perancangan Ekonomi kepada Eskay bagi membantu projek berkenaan diserahkan kepada Merong Mahawangsa Sdn Bhd. 

Eskay menyaman Merong Mahawangsa dan pengarahnya Datuk Yahya Abdul Jalil sebanyak RM20 juta kerana melanggar syarat kontrak.
Tambak Johor

"Hanya selepas itu, saya tahu Eskay ditawarkan projek bagi membina jambatan baru menggantikan tambak Johor,” katanya kepada mahkamah.

Menurut Mahti, beberapa hari sebelum tayangan video lucah di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berjumpa dengannya dan memohon sama ada beliau boleh mendapatkan perkhidmatan empat anggota Unit Tindakan Khas (UTK).

Namun, Mahti berkata beliau tidak mahu terbabit dengan apa yang dirancang oleh Eskay dan memaklumkan kepada ahli perniagaan itu beliau enggan mendengar sebarang butiran perkara tersebut.

Mahti juga berkata ahli perniagaan yang mempunyai hubungan yang meluas itu memberitahunya tayangan video lucah itu mendapat sokongan orang 'nombor satu'.

“Dia bagitau dia buat ini untuk "number 1" itu dari mulut dia sendiri. Saya tak percaya dan tak mahu terlibat. ...dia nak cerita keburukan Anwar tapi saya tak nak dengar, takut terjebak," katanya.

Mahti bagaimanapun berkata beliau tidak mempercayai Eskay dan berpendapat Najib tidak terbabit dengan video seks itu seperti yang didakwa oleh Eskay.

“Saya sayang Najib dan takut dia ni cuba nak kaitkan Najib,” katanya.

Menurut Mahti, Eskay juga cuba memburuk-burukkan bekas timbalan perdana menteri itu tetapi tidak diendahkannya.

"Lepas saya beri keterangan kita ada keluar makan dia marah-marah pasal Anwar, sebab tak mau jadi saksi dia. Dia maki hamun Anwar, kata apa jadi pun saya akan jatuhkan Anwar. Dia kata Anwar ada ambil duit yang sepatutnya untuk dia.

“Dia kata dia dah banyak tolong Anwar. Anwar tak guna, sedangkan dia tolong macam-macam. Dia kata dia bawa Anwar ke Singapore guna kereta kerabat diraja Johor pada tahun 90an pergi buat DNA. Shamsidar dan anak-anak semua dia bawa tiba-tiba Anwar tak mau bantu dia," katanya dengan panjang lebar.

Menurut Mahti lagi, Eskay juga membawanya ke rumah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

“Shuib nampak keberatan. Orang tua orang baik, saya kenal dia,” katanya.

Ditanya oleh wartawan sama ada beliau diminta oleh Anwar bagi mengadakan sidang akhbar hari ini, Mahti berkata tidak ada sesiapa yang mengarahkannya berbuat demikian.

“Lillahi Taala saya tak jumpa Anwar atau Anwar (ada) panggil saya. Apa saya buat ini sebab dia manusia tak kenal budi... pembohong besar. Tak ada siapa yg suruh,” katanya.

Selain Eskay dan Shuib, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Video seks: Polis tahan dua lelaki, rampas bahan bukti



Dua lelaki telah ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.

The Star Online melaporkan difahamkan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.
Portal berita itu yang memetik setiausaha PDRM, Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka.

Katanya, seorang daripada mereka juga memaklumkan kepada polis, lokasi di mana video seks itu dirakamkan dan pihak polis telah menghantar pasukan forensik bagi menyiasat lokasi tersebut.

Ghazali juga berkata kedua-dua lelaki berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti kedua-dua lelaki tersebut.

Beliau juga dalam satu kenyataan media semalam berkata polis telah mengklasifikasikan siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

"Sehingga hari ini, polis telah merakam percakapan saksi-saksi tertentu yang dipercayai mengetahui atau terlibat dalam siasatan ini. Pihak polis akan meneruskan siasatan berprinsipkan profesionalisme sebagai agensiyang berwibawa," petik kenyataan itu.

Semalam, Rahim berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Eskay turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam.

Rabu lalu, Rahim dan Eskay mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, adalah 'Datuk T' di sebalik tayangan video seks tersebut. Mereka telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

Video seks: Najib Tun Razak nafi partinya bernama Umno terbabit



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks yang yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang.

"Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara.

"...sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya, jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak," tambahnya.

Najib yang juga presiden Umno berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Mengenai desakan pihak tertentu agar suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat video tersebut, Najib berkata perkara itu terpulang kepada kerajaan. Beliau berkata polis perlu membuat siasatan rapi dan profesional bagi menentukan ketulenan video itu agar rakyat yakin dengan laporan hasil siasatan yang akan dibentangkan kepada kerajaan nanti.

"Kebenaran dan kesahihan yang mesti ditentukan terutama oleh polis melalui siasatan rapi lagi profesional, dan kalau ada mereka yang pakar dalam hal ini, tentu (ia) boleh ditentukan oleh pihak polis bagi menyokong siasatan mereka," katanya.

Ketika ditanya mengenai persepsi yang mengatakan bahawa polis tidak adil dalam menjalankan siasatan, Najib berkata polis perlu bertindak secara profesional dan menggunakan khidmat pakar bagi menyiasat sama ada video itu diubah secara teknikal atau tidak.

"Kalau ada perbuatan untuk mengubah video itu secara teknikal, perkara ini amat mudah dikesan. Kalau nak 'ubahsuai' video ini ia cukup mudah dikesan dan dapat ditentukan," katanya.

Semalam bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah tampil memberi keterangan mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis.

Dalam pada itu Najib berkata mesyuarat pada malam ini juga berbincang mengenai jumlah keahlian terkini Umno yang mencapai 3,233,586 orang.

Mengenai hukuman penggantungan yang dikenakan kepada ADUN Usukan di Sabah, Datuk Japlin Akim pada 2009 kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju melepaskan Japlin daripada hukuman itu.

"Mulai hari ini, beliau boleh kembali kepada Umno dengan hak sepenuhnya sebagai anggota," katanya. Selain itu, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju untuk mengadakan sambutan Ulangtahun ke-65 Umno pada 11 Mei ini.

"Majlis akan dimulakan dengan Solat Maghrib, bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Solat Isyak seterusnya Umno akan mengadakan satu majlis makan malam serta upacara menaikkan bendera," katanya.

Polis mula periksa lokasi kejadian rakaman video seks



Siasatan polis terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat petunjuk awal apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang dikatakan menjadi lokasi rakaman video itu diperiksa, lapor Bernama.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin, berkata siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat.

"Dua individu ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka. Salah seorang daripada individu yang terbabit mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, disoal siasat selama lima jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Mereka turut menyerahkan video aksi seks seorang lelaki dengan seorang wanita serta seutas jam tangan Omega.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis sedang mengenal pasti identiti individu yang kelihatan dalam rakaman video aksi seks terbabit.

Beliau berkata, siasatan kes itu masuk hari ketiga hari ini dan pasukan khas menjalankan siasatan dari pelbagai sudut, termasuk bagaimana rakaman video itu boleh wujud.

"Kita sendiri hendak tahu apa yang telah berlaku dan banyak isu lagi, justeru hentikan semua spekulasi dan beri peluang kepada pasukan polis untuk jalankan siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Peringatan Hari Polis ke-204 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur.

Ismail berkata, beliau percaya maklumat dan fakta baru akan diperoleh dalam masa terdekat hasil penyiasatan yang dijalankan. "Siasatan mungkin berkembang terus dari fakta-fakta yang kita akan jumpa nanti," katanya.

Ketika ditanya sebab trio yang mendedahkan video tersebut tidak ditahan, beliau menjawab, "Atas kesalahan apa? Kalau sampai masa sudah cukup bukti dan sudah disahkan kesalahan mereka, barulah kita akan bertindak ikut undang-undang.

"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya.

Anwar: Jangan terpesong dari Selamatkan Rakyat dengan helab Umno-BN



Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pakatan Rakyat dan masyarakat supaya tidak terpesong dari perjuangan dan jatuh dalam perangkap keji Umno menggunakan fitnah video lucah untuk memecah-belahkan gagasan itu, lapor TV Selangor. 

"Saya masih mempertahankan bahawa fokus masih program Buku Jingga. Saya memohon agar rakan-rakan terus membaca. Jangan benarkan isu (fitnah liwat, video seks) mengheret kita jauh daripada isu pokok kerana ia akan merugikan kita.

"Jangan lupa menumpukan isu pokok dalam kerangka untuk mengangkat martabat umat dengan akhlak dan ilmu. Buku Jingga adalah dasar ekonomi alternatif. Ini menunjukkan ia ada ruang untuk dikembangkan sekiranya kita menguasai Putrajaya," kata Anwar selepas majlis solat hajat di kediamannya di Bukit Segambut malam tadi. 

Buku Jingga adalah program yang merangkumi pembaharuan ekonomi, politik dan sosial yang bakal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika diberi mandat menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada pilihanraya umum akan datang.

Sejak dua hari lalu, serangan peribadi dilancarkan terhadap Anwar dengan kali ini bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik digunakan bagi mendalangi penerbitan sebuah video seks lucah.

Rahim dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay mendakwa video itu kononnya merakamkan ketua pembangkang itu mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Febuari lalu.

"Mereka (BN) sangat terdesak. Orang macam ini (Rahim Thamby Chik) kalau kategori saksi pun tidak lulus. Ternyata ini cukup jijik dan jahat. Kali ini kepimpinan Umno habis kerana Tamby Chik.

"Penayangan video lucah adalah jenayah selain mengugut saya dan Azizah untuk letak jawatan," kata Anwar.

Dalam usaha mempengaruhi pemimpin PKR, Rahim dan Eskay menunjukkan video itu kepada sekurang-kurangnya dua pemimpin parti – Datuk Johari Abdul dan Badrulhisham Shahrin secara berasingan Isnin lalu.

Kedua-dua mereka menolak bahawa orang dalam rakaman itu adalah Anwar dan mengutarakan hujah-hujah sama bagi menyokong rumusan mereka.

Anwar berkata fitnah terbaru yang dilontarkan menjelang pilihanraya negeri Sarawak tidak harus mengalihkan tumpuan Pakatan Rakyat daripada perjuangan membebaskan rakyat di negeri itu daripada pemerintahan zalim BN.

Katanya, satu cara berkesan untuk menangkis dakyah dan fitnah Umno ialah menerusi penggunaan Twitter, Facebook dan Blog secara meluas di kalangan generasi muda. 
Penggunaan media alternatif itu akan membolehkan rakyat mendapatkan lebih banyak maklumat dan penerangan secara langsung dari kepimpinan Pakatan Rakyat memandangkan media arus perdana dikawal sepenuhnya oleh pemerintah.

Sebelum itu, Johari dan Badrul (berbaju hijau gelap) memberi ucapan ringkas menceritakan pengalaman menonton video lucah fitnah itu.

Badrul berkata, dalang video berkenaan adalah kroni kuat Umno-BN dan menggesa rakyat untuk memperkukuhkan ketahanan mental dan fizikal kerana Umno dijangka memperhebatkan penyebaran fitnah dan dakyah mereka. 

"Mereka rasa mereka boleh kawal keadaan. Ini adalah cabaran penting dan besar. Ini bukan perjuangan Anwar seorang tetapi adalah perjuangan rakyat. Saya minta kita bersedia mental dan fizikal untuk dicabar lebih teruk. Prinsip kita harus jelas," katanya

Video seks: Rakyat mula bangkit ekorann konspirasi terbaharu burukkan Anwar



Sebelum bergerak ke pejabat Risda di Ampang, kira-kira 40 anggota AMK berhimpun di Masjid Jamek Kuala Lumpur selepas solat Jumaat bagi membantah video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

Anwar telah menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video itu dan turut membuat laporan polis. Perhimpunan di Masjid Jamek itu diketuai oleh Shamsul. Turut hadir beberapa pimpinan AMK antaranya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, ketua AMK Batu Rozan Asep Mat Rasip.

Dalam ucapannya, Shamsul berkata pihaknya berhimpun untuk menyatakan pendirian mereka membabitkan kes terbaru itu yang disifatkannya sebagai "fitnah ketiga".

"Ia dirancang untuk memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim diaibkan, kerana beliau membawa agenda reformasi," katanya.

Beliau juga menggesa semua pihak menyatakan pendirian mereka berhubung isu terbaru yang dikaitkan dengan Anwar itu.

Shamsul juga berkata semua pihak hendaklah menolak pemimpin yang didakwa menggunakan cara yang "jijik" untuk menjatuhkan pemimpin mereka. Ini bukan cara yang mengikut undang-undang. Kita akan terus lawan untuk memberi kesederan dan memberi maklumat kepada rakyat," katanya.

Sementara itu di Melaka, kira-kira 100 anggota kumpulan NGO yang menamakan diri mereka sebagai Kumpulan Gerakan Rakyat Prihatin, berhimpun secara aman di perkarangan Masjid Al Azim selepas solat Jumaat, mendesak ditubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat kes video seks tersebut.

Mereka berhimpun selama kira-kira 15 minit, bersama beberapa sepanduk mendesak kerajaan berbuat demikian. Ketua kumpulan tersebut, Shaari Abu berkata, tindakan itu dibuat supaya kerajaan mendengar rayuan mereka berhubung isu yang telah menimbulkan tandatanya di kalangan masyarakat.

"Baru-baru ini rakyat terkejut dengan penampilan tiga individu yang mendedahkan perkara ini, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

"Kami bukan menuduh perkara ini, namun, jika benarkan pemimpin yang dikaitkan terbabit, maka kami mendesak beliau meletak jawatan," katanya. Shaari berkata, bukan sahaja kalangan pemimpin pembangkang, malah mana-mana pemimpin yang berkaitan juga, turut tidak terkecuali.

"Sekiranya mana-mana pemimpin sekalipun yang terlibat dalam apa-apa kes yang boleh mengaibkan negara dan sehingga mengkucar-kacirkan keharmornian negara, mesti meletak jawatan. Justeru, kami NGO berharap sangat agar suara kami didengar, kita tidak menuduh individu tersebut cuma kita mencari keadilan dan kebenaran," katanya.

Semalam, pemimpin PKR di seluruh negara membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' berhubung penayangan video tersebut.

Desak letak jawatan: Jangan percaya lagi Rahim Tamby Chik di Risda



Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mendesak pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meletak jawatan berhubung isu tayangan video seks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Desakan itu dibuat oleh ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin yang berhimpun bersama kira-kira 20 anggota AMK di pejabat Risda di Jalan Ampang semalam, lapor Malaysiakini.

Ini kerana Shamsul mendakwa bekas ketua menteri Melaka itu bersalah terlibat dalam jenayah mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan bahan berunsur lucah. Shamsul menyifatkannya sebagai satu fitnah jahat, satu pengkhianatan terhadap politik Malaysia kerana menggunakan cara 'membalas dendam".

Bercakap dalam satu sidang akhbar, beliau berkata, kalau dahulu Rahim meletakkan jawatan kerana menjadi liabiliti kepada parti, dan sekarang Shamsul mendakwa bekas ketua menteri Melaka itu menjadi liabiliti kepada negara kerana melakukan jenayah dan mengaku mendedahkan pelakuan lucah.

Menurutnya lagi, pihaknya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini berhubung pengakuan Rahim yang menjemput ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan didakwa cuba menawar sejumlah wang untuk melompat parti.

Shamsul kemudiannya bersama tiga pemimpin AMK cuba untuk bertemu dengan pihak pengurusan Risda untuk menyatakan pendirian mereka dan menyerahkan memorandum berhubung isu berkenaan.

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorandum mendesak Rahim melepaskan jawatan. Sehubungan, itu, katanya, beliau akan menyampaikan memorandum tersebut kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap Risda.

Shamsul serta penyokongnya kemudiannya beredar dari situ sambil melaungkan beberapa kali "undur Rahim, "siasat Rahim" dan "komplot Jahat" beberapa kali. Kira-kira 30 anggota polis mengawal keadaan di situ dan membuat membuat halangan jalan menuju ke pejabat Risda. Tiada tangkapan atau kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Carcosa Sri Negara: Bangunan bersejarah jadi mangsa politik jijik



Cuba anda bayangkan, mungkinkah White House, kediaman Presiden Amerika Syarikat menyewa Blair House, iaitu rumah tetamu rasminya kepada orang yang tidak diketahui identitinya, untuk menayangkan "filem lucah", sebagai serangan terhadap pembangkangnya?

Kelmarin, seorang lelaki yang menggelar dirinya Datuk T (gagal dikenalpasti kesahan gelaran Datuk-nya, memandangkan semakin ramai Datuk muncul buat masa kini) telah menayangkan satu klip video di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.  

Pengamal media yang diundang menerima sms pada awal pagi, "terlepas peluang keemasan kalau tak datang".  Maka suasana pemandangan Tasik Perdana yang aman dan tenang di sekitarnya berkocak, diusik dengan "kegemparan" tersebut.

Menurut laporan, penganjur amat berwaspada sepanjang proses ini.  Mereka yang hadir diminta untuk memakai jubah.  Motifnya cukup meragukan dengan aturan sedemikian.  

Hotel yang berkelas tinggi biasanya tidak akan menyewa tempatnya kepada pihak sedemikian, agar tidak menimbulkan kebimbangan penyewa hotal yang lain - melainkan jikalau tujuannya dijelaskan.

Seandainya Datuk T berterus-terang, maka "tayangan" tersebut semestinya dibatalkan.  Mustahil untuk mana-mana hotel yang memiliki reputasi antarabangsa menyewa tempatnya untuk tujuan membongkar keperibadian orang lain.  Hal ini berkaitan dengan jenama, maruah dan tanggungjawab undang-undang - yang mustahil untuk dikompromi.

Jadi, Carcosa Seri Negara yang dimiliki sepenuhnya kerajaan menjadi satu-satunya pilihan.  Keadaannya mudah dikawal, kesepian kerana terasing dari kesibukan bandar, maka tidaklah menarik tumpuan orang yang tidak berkenaan.

Tadi saya menyebut "keperibadian".  Betul, kejadian ini melibatkan keperibadian orang lain.  Dari segi perundangan jenayah di Malaysia, ia cukup untuk disabit dengan pelbagai tuduhan jenayah.  

Namun demikian, seperti kes Chua Soi Lek yang berlaku tiga tahun lalu, dari Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein hinggalah IPD Kuala Lumpur - semuanya tidak berminat dengan perakam video, sebaliknya meminta agar mangsanya membuat laporan polis terlebih dahulu.  Ia seolah-olah apabila anda dirompak peragut, dan anda meminta pertolongan daripada polis yang sedang menyaksikan apa yang berlaku - kemudian anda dibalas oleh polis tersebut, "Sudahkah kamu buat laporan polis?"

Lebih-lebih lagi, "Datuk T" menyiarkan klip video seks secara terbuka, malah mendesak agar orang yang kononnya dalam video tersebut berundur bersama isterinya, dan mengugut "(babak yang lebih hebat) akan datang lagi".  Takkanlah seseorang begitu angkuh, seandainya tidak disokong dengan kuasa yang besar di sebalik tabir?

Seandainya anda menghantar sms, malah mengundang media dalam facebook untuk menonton bersama di sebuah kafe tertentu - klips video seks penyanyi terkenal Indonesia, Ariel bersama teman wanitanya - malah mendakwa "akan datang (lagi adegan-adegan yang hebat)".  Saya sanggup "potong" - jikalau tiada apa-apa berlaku kepada anda selepas itu.

Carcosa Seri Negara dibina atas cadangan Residen-Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham pada ketika itu.  "Carcosa" dinamakan Sir Frank Swettenham sendiri, dan menjadi kediaman rasmi wakil-wakil tertinggi British.  Pada September 1956, Tunku Abdul Rahman yang bermurah dengan hati "rakyat", meluluskan usul dalam mesyuarat untuk menjadikan bangunan di atas bukit ini sebagai kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British selepas merdeka.

Keputusan ini semestinya tidak direstui nasionalis dalam UMNO.  Pada pertengahan tahun 1980-an, Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Anwar Ibrahim (gambar kanan) cuba menyerang dengan wacananya, seiring langkah "decolonize" oleh Mahathir Mohamad - berjaya memaksa London untuk melepaskan aset ini kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1987.  

Tunku Abdul Rahman biarpun marah apabila dituduh oleh generasi muda bahawa beliau cuba "memikat hati British", namun hanya boleh mengeluh kerana senario tidak lagi memihak kepada dirinya pada ketika itu.

Perubahan berlaku mengikut peredaran zaman.  Setelah Carcosa menjadi rumah tetamu rasmi negara, maka ia juga jatuh ke dalam genggaman UMNO.  

Anwar Ibrahim yang didakwa sebagai lelaki dalam klip video seks itu, mungkin lebih rela "Carcosa" masih "Carcosa" yang asalnya - melihat kepada nasib dirinya pada hari ini.  Sebagai bangunan rasmi kediaman diplomat asing, ia semestinya tidak akan menjadi mangsa pergelutan kuasa politik yang jijik.

Penulis Jerman, Thomas Mann pernah berkata, "Tief ist der Brunnen der Vergangenheit. Sollte man ihn nicht unergruendlich nennen?".  Maknanya, masa silam terlalu kompleks, sarat dengan kontradiksi yang tidak terhingga.  Apabila terlalu ke depan untuk memperjuangkan nasionalisme, ia tidak terelak untuk membayar harganya.  Ada kalanya, jenaka sejarah ini cukup zalim.

Sumber: Josh Hong adalah penganalisa politik dan kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Tulisan ini disedut, disunting dan diterjemahkan dari teks asal, yang disiarkan pada 22 Mac 2011.

"Datuk T" tidak menulis tetapi merekacipta dengan roh yang tidak bermaruah



Siapa Datuk T?  Maka mulalah cerita si penglipur lara berhubung kumpulan manusia bergelar "Datuk" yang berkeliaran di bumi 2Malaysia.  Tetapi aksi berkeliaran mereka tidak serupa aksi yang dipersembahkan oleh Zarathustra, seorang watak ciptaan ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzsche dalam karya beliau "Thus Speak Zarathustra". BACAAN LANJUT.

Zarathustra berlari ke sana ke sini sambil berteriak: Tulislah dengan darah, dan kau akan merasakan bahawa darah adalah roh.  Tidak!  Kumpulan manusia bergelar "Datuk" tidak menulis tetapi merekacipta dengan roh yang tidak bermaruah.

Darah tidak mengalir dalam tubuh badan mereka.  Asalkan motif politik tercapai, tidak apa kalau roh menjadi kotor.  Begitu kotor dan jijik sehingga darah tidak sanggup mewarnai roh malahan menjauhi roh.

Kumpulan bergelar "Datuk" bukan seorang tetapi beberapa orang.  Ada Datuk T, ada Datuk W, ada Datuk M, ada pula Datuk TC.  Sebelum itu, memoir Tun M mendakwa kononnya insan bergelar DSAI terlibat dengan kegiatan seks perempuan sementara dakwaan liar liwat sedang dipertikaikan sepanjang proses perbicaraan mahkamah, kini timbul rakaman video seks yang nampaknya cuba membuktikan kesahihan memoir Tun M.

Kebetulankah?  Yalah, ini kan bumi 2Malaysia.  Apabila wujud rakaman video seks selepas diterbitkan memoir, namanya kebetulan.  Segala-galanya hanyalah kebetulan.  Melainkan kalau perut buncit watak rakaman video seks diukur dan dibandingkan ukuran berkaitan dengan insan bergelar DSAI, kebetulan muka cun kelihatan sama tinggi juga kerana kecanggihan teknologi.  Ini kebanggaan legasi Mahathirisme, apabila teknologi dan politik seks bertembung, segala kemungkinan wujud tanpa syak-wasangka.

Jangan tanya aku siapa Datuk W, Datuk M dan Datuk TC.  Aku cuma seorang penglipur lara yang berlari ke sana ke sini menceritakan kisah Datuk T kepada khalayak umum yang minat dengan cerita seks yang penuh misteri.  Mungkin pengarang berpengalaman media talibarut bumi 2Malaysia tahu jawapannya.  Otak kecil seperti otak durianku tiada jawapan dalam hal ini.

Khamis, Mac 24, 2011

Sanggahtoksago.Com setuju ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bedah video seks Dato' T

Blogger Sanggahtoksago.Com yang juga Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Dato' Tarmizi Mohd Jam (gambar) mengalu-ngalukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat kesahihan ketulenan video seks yang dikatakan membabit Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pembersihan imej berkenaan penting buat Pakatan Rakyat dan diri Anwar, yang sering dikaitkan dengan isu-isu membabitkan seks, sesuatu yang sukar di terima oleh rakyat di negara ini.

Tegasnya, dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja itu, isu ketulenan klip tersebut tersebut dapat ditentukan dan dengan itu siasatan mendalam ke atas video seks berkenaan akan menyokong pandangan banyak pihak bahawa lelaki yang melakukan seks dalam video tersebut adalah “100 peratus bukan Anwar”, atau sebaliknya.

Tarmizi juga yakin, Suruhanjaya Siasatan DiRaja berkenaan mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab yang lebih profesional bagi mencari kebenaran keaslian video tersebut dan membuktikan siapakah watak yang berada di dalam video itu.

Terdahulu, PAS Kawasan Batu mahu pihak Polis menyiasat dakwaan terbaharu Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan Ahli Parlimen Sg Petani, Dato' Johari Abdul, serta laporan Polis yang telah dibuat oleh Penasihat PKR, Dato' seri Anwar Ibrahim semalam berhubung terdapatnya video seks yang didakwa melibatkan Anwar oleh Datuk T seperti yang ditayangkan kepada wartawan media tempatan dan luar negeri, 21 Mac lalu di Carcosa Sri Negara.

Yang DiPertuanya, Ishak Surin (gambar) memandang serius fitnah dan adu-domba melampau digunakan untuk menjatuhkan seteru politik, tanpa menghiraukan dosa pahala dan adab moral.

Beliau yakin, misteri video seks ini akan terbongkar tidak lama lagi berdasarkan pendedahan Saifuddin dan Johari yang pernah ditayangkan video berkenaan kepadanya, dan ditawarkan imbuhan jika mereka meninggalkan PKR.

Kata Ishak, baru-baru ini beliau turut dimaklumkan terdapat sekurang-kurangya lima Ahli Parlimen PKR yang ditawarkan untuk melompat parti bagi melumpuhkan Pakatan Rakyat menjelang PRU-13 tidak lama lagi. Perkara yang sama turut menjadi buah mulut di lobi Parlimen minggu lalu.

Mengulas lanjut, beliau mahu Polis jalankan siasatan secara profesional tanpa mengira "bulu" atau 'takut" dengan mana-mana orang politik yang terbabit, baik orang politik yang sudah pencen mahupun yang masih berkuasa.

Rabu, Mac 23, 2011

Mana tindakan tegas Polis terhadap penganjur tayangan video seks?

Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) kesal dengan tindakan pihak yang menayangkan video seks membabitkan nama DSAI kepada pihak wakil-wakil media. Apakah motif sebenarnya tindakan tersebut? MAP berpandangan ia sewajarnya diadukan kepada pihak polis bagi tindakan pengadilan yang sewajarnya.

Demikian ditegaskan Pengerusi MAP, Mustafa Kamil Ayub dalam satu kenyataannya. Beliau juga mempersoalkan mengapa video yang boleh dianggap sebagai video lucah ditayangkan kepada umum disebuah tempat awam, tanpa tindakan tegas pihak Kerajaan Persekutuan. Sikap membiarkan sahaja penayangan tersebut amat disangsikan motifnya.

Katanya, MAP berpandangan, pengendalian kes ini wajarlah dibuat dengan berhemah kerana ia membabitkan pendedahan terhadap generasi muda. Para ulama juga sewajarnya menasihati pihak yang terbabit dalam pengendalian kes seumpama ini.

Rakaman pendedahan Datuk Johari Abdul berhubung dalang disebalik video seks

Mahfuz Omar sampai Kuliyyah Maghrib di Madrasah Al-Ikhwan


Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar akan memberikan Kuliyyah Maghrib kepada ahli kariah Madrasah Al-Ikhwan, Desa Bakti, Selayang Selangor pada 27 Mac ini. Demikian satu sms yang diberi kepada Sanggahtoksago.Com sebentar tadi. Umat islam dipelawa hadir beramai-ramai.

Kuliyyah Maghrib MP Padang Terap di Masjid Lama Gopeng


Kuliyah Maghrib Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria akan diadakan di Masjid Lama Gopeng, selepas solat maghrib pada 27 Mac ini.  Demikian satu kenyataan ringkas penyelaras rpogram, Ustaz Ibrahim Malbar kepada Sanggahtoksago.Com sebentar tadi. Umat Islam dijemput hadir bagi mengimarahkan imu dan masjid.

Katanya, Ustaz Nasir juga akan berceramah bersama Yang DiPertua PAS Gopeng, Sdra Abdul Rahim Nordin di Markaz PAS Tanjung Keramat, Tapah, Perak jam 9.30 malam.

Ustaz Ahmad Awang di Tapah Road isi slot Maulidur Rasul


Bekas Pengarah Pusat Islam yang juga bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Ustaz Ahmad Awang akan menyampaikan ceramah Maulidur Rasul di Surau Tinggi Kg Baru, Tapah Road, Perak pada 27 Mac ini selepas solat Maghrib. Menurut Yang DiPertua PAS Gopeng, Ustaz Abdul Rahim Chen, ia merupakan sambutan bagi mengimarahkan aktiviti ilmu dan men gingati Nabi Besar SAW. Orang ramai dijemput hadir.

Anwar dakwa Najib, Rosmah terlibat mencatur kes liwat



Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengendalian kes dicaturkan oleh pihak tertentu melibatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan dan dirinya.

"Asas yang disebut oleh pendakwa, jelas bertindak bagi pihak tuan-tuan dan puan mereka kerana ternyata Najib dan Rosmah terlibat dari awal," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Malah, Anwar mempertikaikan tindakan pihak siasatan yang tidak melakukan tindakan yang sama mengambil DNA daripada dua kes yang telah dimaklumkan sebelum ini iaitu melibatkan dua pemimpin utama kabinet.

"Kenapa tidak tuntut daripada Najib memberikan DNA dalam pembunuhan Altantuya? Kenapa tidak minta DNA dari Rais Yatim dalam kes rogol pembantu rumah Indonesia?" ujarnya ketika ditanya alasan terhadap desakan kumpulan demonstrasi yang mahu beliau menyerahkan DNA dalam kes liwat membabitkan dirinya dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari.

Pada masa yang sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh juga membidas institusi kehakiman dan penyiasatan kes liwat beliau yang dirasakan tidak munasabah. Ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media di Bangunan Parlimen baru-baru ini, beliau mempertikaikan mekanisme penyimpanan DNA yang dilakukan pihak penyiasatan yang diragui.

"Bagaimana mungkin air mani yang disimpan dalam almari daripada tarikh kejadian masih boleh digunakan tanpa memasukkannya ke dalam freezer (peti ais). Ia boleh jadi berubah bentuk dan struktur sekaligus menjejaskan rupa asal DNA itu.

"Ini semua tidak masuk akal," tegasnya.

Sementara itu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut menyelar tindakan penghakiman dalam kes tersebut yang disifatkan sebagai kes politik."Ia merupakan satu kes yang bersifat politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang," katanya.

Pada sidang media yang sama, Anwar turut memaklumkan bahawa Pakatan rakyat telah bersetuju untuk menghantar satu rombongan menemui dua Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat iaitu Kedah dan Kelantan bagi membincangkan isu loteri dan judi.

"Kita telah bersetuju untuk menghantar satu rombongan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Tian Chua, Anthony Loke Siew Fah, Dato' Mustapa Ali dan beberapa orang yang lain berjumpa dengan kedua-dua MB ini bagi membincangkan perlaksanaan undang-undang ke atas dua perkara tersebut.

"Ia akan diadakan dalam tempoh terdekat ini," katanya lagi.

Sedang menyingkap siapa di belakang tabir video seks Carcosa Sri Negara?



Carcosa Seri Negara yang dimiliki sepenuhnya kerajaan menjadi satu-satunya pilihan. Keadaannya mudah dikawal, kesepian kerana terasing dari kesibukan bandar, maka tidaklah menarik tumpuan orang yang tidak berkenaan. BACA SETERUSNYA.

Tadi saya menyebut “keperibadian”. Betul, kejadian ini melibatkan keperibadian orang lain. Dari segi perundangan jenayah di Malaysia, ia cukup untuk disabit dengan pelbagai tuduhan jenayah. Namun demikian, seperti kes Chua Soi Lek yang berlaku tiga tahun lalu, dari Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein hinggalah IPD Kuala Lumpur – semuanya tidak berminat dengan perakam video, sebaliknya meminta agar mangsanya membuat laporan polis terlebih dahulu. 

Ia seolah-olah apabila anda dirompak peragut, dan anda meminta pertolongan daripada polis yang sedang menyaksikan apa yang berlaku – kemudian anda dibalas oleh polis tersebut, “Sudahkah kamu buat laporan polis?”

Lebih-lebih lagi, “Datuk T” menyiarkan klip video seks secara terbuka, malah mendesak agar orang yang kononnya dalam video tersebut berundur bersama isterinya, dan mengugut “(babak yang lebih hebat) akan datang lagi”. Takkanlah seseorang begitu angkuh, seandainya tidak disokong dengan kuasa yang besar di sebalik tabir?