KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Mac 23, 2011

PAS Batu mahu Polis siasat secara profesional video seks putih hitam Anwar


Haji Ishak Surin

PAS Kawasan Batu mahu pihak Polis menyiasat dakwaan terbaharu Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan Ahli Parlimen Sg Petani, Dato' Jahori Abdul, serta laporan Polis yang telah dibuat oleh Penasihat PKR, Dato' seri Anwar Ibrahim semalam berhubung terdapatnya video seks yang didakwa melibatkan Anwar oleh Datuk T seperti yang ditayangkan kepada wartawan media tempatan dan luar negeri, 21 Mac lalu di Carcosa sri Negara.

Yang DiPertuanya, Ishak Surin memandang serius fitnah dan adu-domba melampau digunakan untuk menjatuhkan seteru politik, tanpa menghiraukan dosa pahala dan adab moral.

Beliau yakin, misteri video seks ini akan terbongkar tidak lama lagi berdasarkan pendedahan Saifuddin dan Johari yang pernah ditayangkan video berkenaan kepadanya, dan ditawarkan imbuhan jika mereka meninggalkan PKR. 

Kata Ishak, baru-baru ini beliau turut dimaklumkan terdapat sekurang-kurangya lima Ahli Parlimen PKR yang ditawarkan untuk melompat parti bagi melumpuhkan Pakatan Rakyat menjelang PRU-13 tidak lama lagi. Perkara yang sama turut menjadi buah mulut di lobi Parlimen minggu lalu. 

Mengulas lanjut, beliau mahu Polis jalankan siasatan secara profesional tanpa mengira "bulu" atau 'takut" dengan mana-mana orang politik yang terbabit, baik orang politik yang sudah pencen mahupun yang masih berkuasa. 

Tiada ulasan: