Al-hamdulillah, Pelakon Miera Leyana masih mengaku tak sedar diri, kerana memakai baju tidak tutup aurat dan terlampau seksi. Itu suata tanda baik bagi masyarakat artis, semoga Allah memganugerahkan taufik dan hidayah kepadanya.
Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya. Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.
“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi. Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.
“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada media baru-barun ini.
Bagaimanapun, pelakon filem itu akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu. Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.
“Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama," katanya.

3 ulasan:
rasa nk bg pelempang... huh
Macam manalah tahap pemimpin Melayu yang berkuasa sekarang ini? Moral mereka ini terlalu rendah dan amat buruk. Terlalu takutkan bayang-bayang sendiri dek kerana takutkan kehilangan kuasa. Sanggup menabur fitnah dan aib kepada musuh politik mereka walaupun fitnah itu akan jatuh kepada diri mereka semula. Mereka tak terfikirkan langsung balasan Allah selepas mati nanti. Inilah jika memilih pemimpin yang tidak faham dan tidak mengamalkan Islam, tambah buruk lagi ialah tidak mempercayai kewujudan tuhan dan hidup beragama di dunia ini. Mereka lebih percayakan harta dan kekayaan mereka yang boleh musnah sekelip mata sahaja jika Allah mahukan begitu (contohnya, gempa bumi dan tsunami di Jepun) Setakat ini kejayaan paling manis buat pemimpin korupsi tersebut adalah berjaya memperbodohkan semua kaum di negara ini dengan media/massa yang tiada langsung kredibiliti. Masyaallah.
nak kata bodoh.... tak nampak macam bodoh...tapi memang sah tak cerdik.....
Catat Ulasan