Jumlah Paparan Halaman

Isnin, Januari 17, 2011

Mohd Sabu gempur Taman Medan, 19 Januari bersama Pemuda PAS Selangor


Ayam tambatan PAS yang tidak asing lagi, Mohd Sabu akan "menggempur" Taman Medan berganding bahu bersama dua lagi tokoh pemuda PAS Selangor, Ahmad Zaidy Abdul Mutalib (Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor) dan Ahmad Shazerain Kapten Zahar (Exco Pemuada PAS Selangor). Mereka akan berceramah pada Rabu, 19 Januari 2011 bermula jam 9.30 malam.

Jurucakap PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan (PJS), Ariffin Mahyuddin memberitahu Sanggahtoksago.Com sebentar tadi, program ini bertujuan untuk mendedahkan beberapa perkembangan politik terkini yang amat mengelirukan rakyat untuk difahami. Katanya, kehadiran bekas Naib Presiden PAS, Mohd Sabu mampu untuk merungkai beberapa isu yang sedang dihadapi rakyat. Orang ramai dijemput hadir ke tapak ceramah di Pejabat PAS Kawasan PJS, No 19, Jalan OJS 2D/17, taman Medan, Petaling Jaya.

0 ulasan: