KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 27, 2011

Beras percuma untuk rakyat: Tertutup peluang Tok Pa dan Awang Adek nak rampas Kelantan



Seramai 225 penduduk miskin di Dun Wakaf Bharu mendapat sebanyak 10 kg beras percuma setiap seorang pada setiap bulan yang dikendalikan Taksir. Taksir adalah Tabung Kebajikan dan Sosial Rakyat Dun Wakaf Bharu (Taksir). Biar pun tidak dihebah secara besar-besaran melalui media massa, namun kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan.

Dana bagi mengendalikan bantuan beras itu diambil daripada elaun wakil rakyat Dun Wakaf Bharu seperti dijanjikan dalam kempen pilihan raya umum ke-12 lalu. Selepas program itu berjaya dilaksanakan di Dun berkenaan, kerajaan negeri mulai tahun ini memperluaskan skim bantuan beras percuma ke seluruh Dun di Kelantan.

Apalagi, bila Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta dalam belanjawan tahun ini untuk mengendalikan skim bantuan beras percuma. Katanya, seramai 100 penduduk miskin di setiap kawasan Dun akan menerima beras sebanyak 10 kilogram setiap seorang.

”Ini bermakna seramai 4,500 penduduk miskin akan mendapat kemudahan tersebut setiap bulan bermula Febuari 2011. Penduduk yang akan mendapat kemudahan tersebut dipilih dari senarai E-Tegar di bawah kerajaan negeri,” katanya di sini.

Che Abdullah berkata, program itu dicetus kerajaan negeri selepas kejayaan pelaksanaan skim beras percuma dikendalikan di Dun Wakaf Bharu sejak Jun 2010. Difahamkan pelancaran program berkenaan yang dikenali sebagai Skim Al Itt’aam akan diadakan pada awal Febuari ini.

Al Itt’aam bermaksud menyediakan bantuan makanan ruji berupa beras kepada keluarga yang benar-benar memerlukan. "Biar pun program ini sudah lama dirancang kerajaan pusat namun sehingga sekarang tidak nampak ia dilaksanakan,” kata Che Abdullah yang juga Adun Wakaf Bharu.

Kata beliau juga skim berkenaan mengambil kira pendekatan yang digunakan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dengan menekankan aspek keagamaan pada program yang diadakan. Beliau juga berkata, kupon beras yang akan diberi kepada penduduk miskin boleh ditunaikan di pejabat Majlis Tindakan Dun berdekatan. Skim terbabit sebenarnya sudah lama dilaksanakan di negara maju termasuk Amerika Syarikat bagi membantu penduduk miskin.

Tiada ulasan: