KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 27, 2011

Terkejut media online nak dirantai: Presiden NUJ hantar surat kepada PM dari katil hospital



Doktor masih cuba mengesan punca sakit dada yang dialami Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari yang menyebabkannnya gagal hadir ke siasatan dalaman terhadapnya oleh Utusan Melayu (M) Bhd. Wartawan kanan di Utusan Malaysia itu memberitahu, setakat ini, beliau telah menjalaniujian darah, ECG dan x-ray serta masih menunggu keputusannya.

"Beberapa ujian lagi, seperti ujian jantung akan dibuat selepas ini. Mungkin dua tiga harilah lagi di sini," katanya yang kini terlantar di Pusat Rawatan Islam, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sejak semalam.

Semalam, Hata dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam Kuala Lumpur selepas sakit dada ketika menghadiri siasatan dalaman Utusan di Cheras, menyebabkan prosiding terhadapnya terpaksa ditangguhkan untuk kali kedua. Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Hata juga masih tidak pasti sama ada masalahnya itu berpunca daripada penyakit kencing manis yang dihadapinya sejak tahun 2004.

"Tak tahulah kalau ada masalah lain (selain itu). Sebelum ini saya ada sesak nafas sikit-sikit," katanya.

Bagaimanapun, walaupun masih kurang sihat, semangat Hata masih berkobar-kobar untuk memperjuangkan agenda kebebasan media melalui NUJ, yang dianggap menyebabkan beliau disiasat majikannya sendiri.

"Saya sekarang ini sedang merangka surat terbuka kepada perdana menteri.  Surat ini akan menyentuh soal kawalan media di Malaysia. Ia dijangka dihantar hari ini atau esok," katanya.

Hari ini, Hata sempat mengeluarkan kenyataan yang menyuarakan kebimbangan dengan tindakan kementerian Dalam Negeri (KDN) yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk meliputi media dalam talian dan memperkenal garis panduan berkaitan kesalahan hasutan di internet. Berhubung tarikh baru siasatan dalaman terhadapnya, Hata berkata setakat ini masih tiada perkembangan dimaklumkan kepadanya.

Tiada ulasan: