Reda dengan isu negara Islam, muncul pula isu calon PAS, Cikgu Normala Sudirman, tidak bersalaman dengan pengundi lelaki semasa penamaan calon serta ketika melakukan bertemu pengundi di sekitar DUN itu. Bagaimanapun agak mengejutkan apabila dalam lawatan di Pasar Tani, Labis, hari ini, bekas guru itu memakai sarung tangan.
Kemunculan pertama dengan gaya seperti Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu itu menimbulkan tanda tanya dan mencuri tumpuan sama ada ia meerupakan strategi kempen terbarunya, lapor Malaysiakini.
Ditanya pemberita, Normala bagaimanapun tidak mengulas secara langsung berhubung 'perubahan' imejnya itu, sebaliknya menyalahkan BN yang didakwa tidak cuba memahamkan parti komponennya berhubung perkara tersebut.
"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.
"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki," katanya dalam satu sidang media yang dilihat bagi meredakan 'kebimbangan' pengundi. Isu itu mengheret naib presiden PAS Salahudin Ayub yang menjelaskan ia bukan isu kerana setiap kaum mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkan salam dan bersalaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan