KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Januari 23, 2011

Wikileaks dedah kes rogol: Anwar dakwa jangan takbur, Allah bayar "tunai" kepada Rais Yatim


Dalam kempen Ketua Pembangkang di Felda Tenang malam tadi, Anwar Ibrahim turut menyindir Menteri Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan Datuk Seri Rais Yatim yang dikatakan merogol, seperti yang 'didedahkan' WikiLeaks.

"Saya tuduh dia? Tidak. Ini (pendedahan) WikiLeaks. Ada siasatan dahulu tetapi siasatannya sekarang ditarik. Itu soal dia. Tapi saya nak tunjuk, kamu rasa bagaimana pedihnya bila diaibkan, difitnah, dimalukan di khalayak umum," sindir Anwar.

"Kamu tolong sebarkan, sekarang dengan sendirinya tercampak dan terpalit ke muka kamu," tegasnya Anwar sambil mendakwa sebelum ini Rais didakwa pernah menuduhnya seorang yang "rendah budi pekerti dan akhlaknya". Sehubungan itu, Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri mengingatkan hadirin supaya jangan bersikap takbur dengan orang lain kerana Allah akan membayar "tunai" kepada perbuatannya.

Tiada ulasan: