LONJAKAN politik kian membara. Krisis perlembagaan yang tercetus di Perak masih belum reda. Rupa=rupanya, ia menjadi daya tarikan lebih 5,000 para penyokong Pakatan Rakyat membanjiri Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar untuk mendengar sendiri pendapat ahli-ahli panel forum.
Majlis forum bukan suatu yang menarik bagi para penyokong Pakatan Rakyat sebelum ini. Jumlah kehadiran lazimnya mendukacitakan. Tetapi, percubaan PAS Kawasan Bukit Bintang menganjurkan Forum "Matinya Demokrasi di Perak" pada 9 Mei lalu, mengejutkan.
"Tak sangka, orang ramai datang. Macam dengar ceramah umum. Belum ada forum yang kita buat kat markaz ni kehadiran cecah sampai melimpah dewan markaz," ujar Yang Dipertua PAS Bukit Bintang, Radhi Hashim.
Malam itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia yang baru memegang jawatan itu, kali pertama mencecahkan kakinya di markaz yang penuh bersejarah itu. Beliau tidak tahu menuju ke tempat tersebut. Terpaksa diambil di hadapan Kuil Batu Caves. Ragunath Kasevan macam terkejut bila datang ke markas, disambut mesra oleh petugas dan pimpinan PAS setempat.
Ahli panel lain yang tampil mengisi forum malam itu ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dan Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub selain dari Ragunath. Sementara Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad bertindak sebagai moderatornya.
Malam itu satu sidang media diadakan di bilik mesyuarat markaz. Beberapa media berbahasa Cina dan Utusan Malaysia hadir. Pada sidang itu, Mohamad Sabu, Dr Dzul dan Ragunath mengambil bahagian dan bersepakat mengatakan jalan terbaik menyelesaikan krisis di Perak ialah dengan pembubaran Dun.
Dalam dewan, lebih 5,000 menunggu forum dimulakan. Saya membuka tirai majlis dengan sedikit mukadimah, dan kemudiannya menyerahkan acara kepada moderator, Dr Dzulkifli. Hujah-hujah keempat-empat panelis terus mendapat tepukan gemuruh dari hadirin.
Pendapat Mohamad Sabu antara yang diberi perhatian. Setiap kali beliau berhujah, pastinya diiringi dengan gelak tawa dan tepukan gemuruh. Namun, Aziz Bari dan Ragunath melihat isu Perak dari sudut perlembagaan dan undang-undang. Kedua-dua mereka setuju, proses mahkamah tidak upaya menyelesaikan isu tersebut.
"Penyelesaian politik cukup penting. Langkah utama, serahkan mandat kepada rakyat. Bagi mereka tentukan kerajaan mana yang hendak dipilih," tegas Ragunath.
Ragunath antara tetamu yang agak teruja dengan sambutan yang amat menggalakkan. Beliau belum pernah menghadiri forum dengan jumlah kehadiran sama seperti ceramah umum. Apatah lagi, di hadapannya penonton yang berkopiah putih dan sentiasa memberikan ransangan kepada hujah-hujah panelis. Majlis tamat jam 11.30 malam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan