SECARA tradisinya calon yang terlalu kuat berkempen akan kalah kerana biasanya perwakilan Pas tidak suka pemimpin terlalu menonjol. Itu ingatan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Mustafa Ali kepada mana-mana calon yang merebut jawatan tertinggi parti pada Muktamar Agung Pas Jun ini, lapor Bernama.
Menurut beliau, jawatankuasanya tidak menetapkan sebarang etika khusus kepada calon sebagai garis panduan semasa berkempen dan mereka bebas melakukan apa saja yang difikirkan perlu bagi meraih undi.
Katanya, calon dibenar menggunakan media arus perdana termasuk diwawancara dan turun padang berjumpa para perwakilan tetapi pada masa sama tidak dibenarkan menggunakan akhbar rasmi parti itu, Harakah sebagai medium kempen.
''Kita tiada agenda tersembunyi apabila tidak benarkan berkempen melalui Harakah. Larangan ini disebabkan kekangan muka surat, lagipun ia diterbitkan dua kali sebulan. Senarai nama calon akan dibenar untuk dicetak sebagai panduan.
''Tiada etika kempen khusus kerana kita percaya sepenuhnya kepada calon dan lazimnya jika langgar kebebasan yang diberikan susah untuk menang,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Muktamar Agung Pas, Jun ini di Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.
Pas memecah tradisi apabila kali ini mengumumkan lebih awal senarai calon yang akan bertanding berbanding amalan sebelum ini yang hanya akan diumumkan apabila tiba masa pengundian atau semasa muktamar berlangsung.
Senarai pencalonan kali ini juga merupakan yang paling ramai dalam sejarah parti itu mengadakan muktamar dengan pencalonan golongan wanita atau muslimat telah meningkat secara mendadak.
Mengenai rasional perkara itu, Mustafa menjelaskan, pengumuman lebih awal itu bertujuan memudahkan petugas media menjalankan tugas mereka dan juga bagi memberi peluang lebih luas kepada para perwakilan untuk mengenali pemimpin yang bakal dipilih.
''Peningkatan pencalonan muslimat merupakan petunjuk bahawa mereka semakin dikenali oleh Pas kawasan di seluruh negara, ia satu perkembangan sihat,'' katanya.
Sementara itu, Mustafa berkata, bagi jawatan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah disahkan menang tanpa bertanding.
Tambahnya, jawatan Timbalan Presiden menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandangnya, Nasharudin Mat Isa dan dua pencabar, Datuk Husam Musa serta Mohamad Sabu.
- Bagi jawatan Naib Presiden, 16 calon layak bertanding tetapi hanya lima calon mengesahkan pencalonan manakala bakinya menarik diri untuk mengisi tiga kekosongan.
- Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, 86 calon layak, 32 daripadanya menarik diri bagi mengisi 18 tempat.
- AJK Dewan Pemuda, 45 calon layak, 22 daripadanya menarik diri bagi mengisi 12 tempat.
- AJK Dewan Muslimat, 39 calon layak, 16 daripadanya menarik diri bagi mengisi 12 tempat.
- AJK Dewan Ulama, 41 calon layak, 20 daripadanya menarik diri bagi mengisi 12 tempat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan