KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mei 23, 2009

BN cetak 50,000 VCD kekecohan dalam Dun Perak 7 Mei lalu untuk dahulukan rakyat!


BARISAN Nasional (BN) Perak akan mencetak 50,000 keping video rakaman insiden kekecohan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu untuk diedarkan kepada orang ramai supaya dapat menyaksikan kejadian sebenar berlaku pada hari tersebut, lapor media kuasaan Umno, Utusan Malaysia.

Ketua Pemuda MCA Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, rakaman video tersebut dibuat dalam tiga versi iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan muzik video.

Beliau berkata, tujuan penerbitan video itu adalah bagi menjelaskan kepada orang ramai tentang perkara sebenar berlaku selepas pakatan pembangkang menyebarkan fitnah mengatakan BN yang memulakan insiden kekecohan itu.

‘‘Rakaman video yang diedarkan ini akan menunjukkan insiden sebenar berlaku pada hari kejadian.

‘‘Melalui video ini, kita boleh melihat dengan jelas perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang memulakan provokasi dan sikap biadab seperti berdiri di atas kerusi, merampas dan memijak alat pembesar suara serta membaling buku peraturan tetap DUN,’’ katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Perak di sini hari ini.

Tiada ulasan: