Isu politik wang, tegas beliau, ditimbulkan hanya bertujuan untuk memecah belahkan parti disamping untuk memburuk-burukkan imej PAS sebagai sebuah parti Islam di negara ini.
"Perkara mengenai politik wang ini tidak berbangkit menjelang pemilihan dalam Muktamar PAS Jun nanti. Aduan mengenai politik wang juga tidak pernah diterima oleh pihaknya, jadi ia jelas hanya mainan media untuk memecah belahkan parti," tegas Mustafa pada sidang media di Pejabat Pentadbiran Harakah.
Mustafa juga meminta ahli-ahli PAS agar tidak terpengaruh dengan mainan media arus perdana yang berniat jahat itu.
Justeru itu, beliau mendesak agar semua pihak berhenti membangkitkan isu politik wang dan tidak membuat kenyataan berdasarkan andaian sahaja.
Isu politik wang menjelang pemilihan pucuk pimpinan PAS menjadi perbualan bila media arus perdana cuba memberikan gambaran PAS turut dijangkiti kegiatan rendah moral itu sama seperti apa yang berlaku dalam Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan