KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Mei 20, 2009

Mahathir akui BN akan kalah di Perak jika Dun dibubarkan, ini ketakutan sejati Najib!


MANTAN Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyindir Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak seolah-olah memberi amaran, BN tidak perlu membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya negeri semula di Perak kerana beliau percaya BN akan kalah, lapor Roy Rasul.

Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob, ketika dihubungi menyifatkan, Mahathir berkata demikian kerana beliau yakin itu hakikatnya.

Mungkin juga katanya, Tun Mahathir merasakan Umno terlalu takut untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak atas sebab-sebab yang beliau nyatakan pada media itu.

"Ini kerana mereka yakin, mereka tidak mungkin dapat mencapai kemenangan. Mereka sememangnya tahu 'mood' dan hati rakyat menolak BN dan meminta Dun Perak dibubarkan," katanya.

Di Cyberjaya Khamis lalu, Tun Dr Mahathir di petik media menyarankan supaya BN mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dun Perak.

Beliau berpendapat, BN akan kalah jika Dun dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

Menurut Salahuddin, Tun Mahathir mungkin tidak sanggup meminta untuk dibubarkan Dun Perak tetapi isyarat yang beliau beri itu cukup jelas. Ini kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, mungkin Tun Mahathir melihat kekusutan yang ada pada hari ini memerlukan keputusan perlu dibuat oleh rakyat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

budak salehuddin ni pun sama, saja2pi serah diri kat polis, kena tangkap saham naik la, bukan macam mat sabu, dia betul2 ditangkap..