KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 28, 2009

Mahkamah hanya tafsir undang-undang. Nizar lancar Puasa Sunat dan Mogok Lapar



DATO' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin menegaskan mahkamah bukan dapat menyelesaikan masalah dan kemelut politik yang berlaku di negeri Perak, ini kerana mahkamah boleh menafsirkan undang-undang tetapi rakyat yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang kian kronik ini, LAPOR Johari Jaafar dari lokasi.

Jesteru itu, adalah wajar Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan untuk membolehkan rakyat membuat pilihan sekaligus menamatkan kemelut politik di negeri ini secepat mungkin.

Nizar berkata demikian sewaktu melancarkan 'Program Puasa Sunat dan Mogok Lapar' yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Pejabat Perhubungan DAP Perak, dekat sini 24 Mei lalu.

"Saya mengalakkan orang Islam berpuasa kerana hari ini (24 Mei) bersamaan dengan 1 Jamadil Akhir yang disunatkan dalam Islam, diiringkan dengan solat hajat dan berdoa, mudah-mudahan dibuka pintu hati mereka yang berkenaan untuk membubarkan Dun", katanya.

Menurutnya, pada masa ini banyak perkara tidak boleh dibuat termasuk beliau tidak dibenarkan bersalam dengan orang ramai.

"Saya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang, namun pagi ini saya dilarang untuk bersalam," jelasnya.

Nizar melahirkan rasa kesal kerana beliau bersama pimpinan Pakatan Rakyat tidak dibebarkan berkumpul dan berucap.

"Di Penanti, aman kerana BN tidak bertanding, tetapi pagi ini kami dihalang untuk berkumpul dan berucap," jelasnya

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan media, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan semua pihak dalam membantu program kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut mengalu-alukan sesiapa ikut serta program puasa sunat dan mogok lapar berdasarkan kemampuan masing-masing dan budaya serta agama sendiri.

"Saya mohon rakan media melaporkan berita secara baik dan akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan. Kita ada sikap terbuka dengan rakan media," katanya.

Di majlis itu juga beliau menerima sumbangan cek bernilai RM200,000 untuk Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: