NAIB Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa mendakwa pada 19 Mei lalu, beliau telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, dan hakikatnya benar apabila pada 22 Mei mahkamah membuat keputusan sedemikian.
"Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini," dedah Husam.
"Isunya di sini ialah jika maklumat ini terbukti tepat, adakah wujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan ini? Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini," katanya.
Keputusan ini memberi kesan besar, baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, kata Husam.
"Agung atau Sultan boleh melantik Perdana Menteri atau Menteri Besar yang baru tanpa Perdana Menteri atau Menteri Besar berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya," katanya.
Persoalannya, ujar Husam, samada negara sudah bersedia menerima hakikat kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses 'tabung uji di luar rahim' iaitu Dewan Rakyat atau Dun seperti yang difahami sebelum ini.
"Khususnya Najib, sudahkah bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?" soalnya.
Pada Husam, tiga atau lima hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman negara. Melainkan keputusan mereka yang dilihat wajar, apa lagi keputusan mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan.
"Berbalik kepada Perak. 'Ramalan' saya seterusnya ialah, Majlis BN akan bersidang. Kemudian Zambry kononnya bersetuju menyerahkan mandat kepada rakyat dengan mengadap Sultan Perak untuk pembubaran," katanya.
Memang itu yang dihasratkan oleh Pakatan Rakyat, katanya, tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu nanti.
Husam bertegas sepatutnya proses pembubaran juga perlu didahului dengan keputusan mahkamah yang adil.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan