BERIKUT capan sulung YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei 2009:
DATO' SERI IR MOHAMAD NIZAR: Assalamualaikum, salam sejahtera salam kemenangan... Alamdulillah, kepada seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), serta seluruh NGO dan kelab-kelab penyokong dan hadirin sekalian.
Dan tidak dilupa juga kepada seluruh pegawai serta anggota polis, pegawai mahkamah dan lain-lain yang terbabit. Pertamanya, hari ini adalah merupakan satu sejarah kepada rakyat Perak kerana keputusan hakim, Yang Arif, Abdul Aziz Abd Rahim tadi telah memberi kemenangan kepada rakyat Perak khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat yang tidak jemu menyokong dan memberi semangat kepada saya tak mengira latar belakang.
Kepada seluruh rakyat yang telah menyokong Pakatan Rakyat sesungguhnya keputusan hari ini adalah keputusan yang memberikan suasana yang elok kepada demokrasi di Perak. Dan dengan keputusan ini, seluruh rakyat Malaysia tahu tentang keluruhan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Jadi untuk itu, pertamanya saya dan rakan Pakatan Rakyat akan cuba untuk jumpa Sultan secepat mungkin untuk mendapat perkenan Sultan agar hak rakyat dikembalikan di Perak dengan pembubaran Dun Perak secepat mungkin.
Untuk itu kami (Pakatan Rakyat) memohon Menteri Besar (MB haram) yang ada hari ini iaitu Dato' Zambry Abdul Kadir untuk segera menyerahkan semula tanggungjawab Menteri Besar kepada Pakatan Rakyat dengan cara yang baik dan terhormat. Kepada Zambry, hormatilah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Yang ketiganya kami juga akan memanggil mesyuarat exco dalam masa terdekat ini bagi meneruskan kerja-kerja baik yang telah kami lakukan sebelum ini, sebelum rampasan kuasa yang berlaku di Perak atau yang masih tertangguh.
Keempat, kita juga akan berjumpa pegawai undang-undang kerajaan negeri dan akan memberitahu kepadanya kami akan gantung beliau kerana tidak bagi kerjasama yang baik kepada kami dan yang menyebabkan tiga bulan Perak alami krisis yang amat parah.
Alhamdulillah, saya akan selesaikan dan bagi saya dan seluruh kepimpinan ingin saya nyatakan bahawa ini adalah hadiah kepada seluruh rakyat Perak kemenenangan ini. Saya juga ingin menegaskan ini juga hadiah kepada seluruh ibu kerana bersempena dengan sambutan hari ibu.
Terima kasih sekali lagi, dan saya dengan ini mengambil kesempatan memohon kemaafan atas kesilapan, jika ada kesilapan kami harap dimaafkan dan diampunkan.
Seterusnya bagi pihak Pakatan Rakyat di Perak kami ingin ucapkan terima kasih kepada seluruh ahli Parlimen dan Adun-adun yang sama-sama mempertahankan, menyokong dan berjuang bersama kami terutamanya pada 7 Mei lalu apabila hak rakyat dicerobohi di Dun Perak.
Rakyat bersama Pakatan Rakyat serta keyakinan kami jika bubar Dun Perak rakyat akan bagi sokongan kepada Pakatan Rakyat! Sekian...Terima kasih sekali lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan