KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mei 22, 2009

Takziah kepada seisi keluarga Pak Su Wei, dan selamat hadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai

SAYA bagi pihak PAS Kawasan Batu dan keluarga mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada seisi keluarga Pak Su Wei atau YB Hj. Ismail Yaakob, Adun Manek Urai atas berpulangnya ke ramahtullah beliau kira-kira pukul 5.55 pagi tadi.

Mudahan-mudahan seisi keluarganya redha dengan pemergiannya. Pak Su Wei dijemput pergi pada ambang hari Jumaat penghulu sekalian hari dan beliau mula menjadi wakil rakyat di Dun itu sejak 1986. Beliau antara wakil rakyat yang paling lama berkhidmat dan cukup di senangi oleh para pengundi. Berjiwa rakyat, prihatin, peka dan terhadap permasalahan yang dihadapi mereka.

Pada pilihan raya umum 2004, tempatnya diganti oleh calon lain dari PAS, namun calon itu tewas. Selepas itu, beliau diminta bertanding semula dan berjaya memenangi kerusi Manek Urai itu dengan majoriti 1552 undi mengalahkan calon BN.

Dun Manek Urai terletak dalam Parlimen Kuala Krai, yang kini diwakili Bendahari Agung PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli. Isnin ini, Speaker Dun Kelantan, Nasaruddin Daud akan melaporkan kekosongan kerusi Dun ini kepada SPR. Sesungguhnya, dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan. Semoga rohnya terkumpul bersama roh para solehin. Amin! - AL-FATIHAH!

TARMIZI MOHD JAM
Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu
Presiden Gerak Sedar Anak Perak
Blogger Sanggahtoksago

1 ulasan:

Abu Razeen 2 berkata...

mungkin lebih perihatin klu sdr paparkan gambar yg serius bila ucapkan takziah.